Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perjanjian Presiden Amerika, Donald Trump dengan Tuhan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Pada 29 November 2020, Mahaguru Ching Hai Tersayang meluangkan masa yang berharga daripada suluk meditasi intensifnya untuk dunia bagi bercakap dengan pasukan Supreme Master Television. Beliau mengingatkan kita supaya menjaga diri baik-baik pada bulan musim sejuk dan juga menjawab beberapa soalan termasuk memberikan pandangan tentang visi dalaman yang individu lain ada tentang Presiden Amerika, Donald Trump.

( Guru, kami ingin berkongsi tentang seorang artis. Namanya Ricardo Colon yang berkata dalam talian, “Saya nampak kanopi malaikat yg besar di atas Rumah Putih.” ) Ya. ( Dia dengan serta-merta balik ke rumah dan mula berdoa sekali lagi untuk Presiden. Dia kata, “Saya nampak empat malaikat besar melayang di atas Presiden Trump kita.” ) Ya, saya tahu, saya dah kata. ( Ya, Guru. Dia juga berkata, “Lebih kurang tiga atau empat minggu yang lalu, saya asyik alami visi dalaman ini. Saya tak suka politik. Saya suka Nabi Isa. ) Ya. ( Saya hanya melukis apa yang Roh Kudus tunjukkan kepada saya lebih daripada satu kali. ) Oh! ( ...Lukisan lebih memberikan gambaran daripada yang kata-kata boleh. ) Pasti. ( Tapi saya akan kata orang yang kamu lihat duduk di meja tulis itu ialah orang untuk waktu seperti ini yang terpilih untuk melaksanakan mandat Tuhan yang diberikan kepadanya.” ) Pasti, itu apa yang saya asyik beritahu kamu. ( Ya, Guru. ) Mungkin beliau tak sedar akannya tapi saya sedar akannya. ( Ya, Guru. Dia berkongsi lukisan-lukisan itu dalam talian. ) Benar ke? ( Mereka memaparkan gambar Presiden Trump di meja tulisnya di Rumah Putih dikelilingi oleh begitu banyak malaikat Syurga dan dipeluk oleh Nabi Isa dan malaikat. )

Ya, ya, ya, ya. Saya telah menghantar lebih banyak perlindungan. (Oh!) (Wau, Guru!) Dan berdoa untuknya setiap hari. Apabila kita berdoa, mungkin keadaan akan berubah. Okey? ( Ya, Guru. ) Tenaga negatif masih kuat di dunia ini kerana banyak orang belum keluar daripada situasi susah sepenuhnya. Bukan sahaja disebabkan oleh wabak tetapi juga disebabkan oleh activiti harian dan gaya hidup mereka. ( Ya, Guru. )

Saya akan beritahu kamu satu rahsia. Presiden Trump ada malaikat dan Timbalan Presiden Pence juga ada malaikat. (Wau!) Ini pasukan yang baik, kerja baik. Pasukan Presiden Trump adalah bersih dan baik. Okey? (Ya, Guru.) Kamu tahu apa yang kita katakan baru-baru ini atau mesej yang kita sampaikan memang telah memberikan kesan.

Hari ini, saya lihat wartawan menulis untuk melindungi Presiden Trump. (Ya.) (Oh!) Jon Voight bersuara sekali lagi. (Oh!) (Wau!) Dia kata Presiden Trump ialah satu-satunya orang yang dapat menyelamatkan Amerika... (Wau!) menyelamatkan negara kita sekarang. Sebelumnya dia tak kata ‘satu-satunya orang’. Beliau baik. Saya memang berdoa agar beliau memegang kuasa empat tahun lagi. (Ya, Guru.) Kerana parti lain mungkin membatalkan segalanya yang telah dibuat oleh Presiden Trump. Lepas empat tahun lagi, bermula semula adalah susah. (Ya, Guru.) Itu pun jika beliau dapat menang atau dapat mulakan semula. (Ya, Guru.) Banyak perlindungan untuknya. Jika tidak, beliau telah alami nasib malang (Oh!) seperti rebah atau apa-apa saja yang lain boleh berlaku kepadanya, tak dapat menguruskan hal ehwal negara dengan baik pun. (Ya, Guru.)

( Guru, pada 3 November, Sadhu Sundar Selvaraj memaparkan video di YouTube, berkata bahawa Presiden Trump ialah calon pilihan Tuhan. Dia juga sebut malaikat di sekeliling Presiden Trump dan beliau perlu terpilih sekali lagi untuk melaksanakan perjanjian yang dibuatnya dengan Tuhan. ) Ya! Wau! Siapakah sadhu ini? Adakah dia terkenal? ( Sebenarnya saya tak pasti, Guru. Saya rasa dia di India. ) Tak kira apa pun, dia seorang sadhu, takkan berbohong. (Ya, Guru.) Kerana mereka mematuhi rukun tidak berbohong, kerana jika berbohong, mereka tahu akibatnya. (Ya, Guru.) Dan buat apa dia berbohong tentang ini kerana itu bukan presidennya dan bukan di negaranya. Amerika bukan negaranya. (Ya, Guru.)

Ada begitu banyak wartawan, pemberita, ahli politik atau bukan ahli politik, mereka semua... mengecam Presiden Trump selama ini. (Ya, Guru.) Nampak tak? Jadi sesiapa yang menyebelahi Presiden Trump pasti tahu akan risiko (Ya, Guru.) mungkin diperlakukan dengan begitu juga. Saya sedar akan itu tapi saya perlu mengatakannya. Saya seharusnya katakannya lama dahulu lagi, cuma saya ragu-ragu. Saya bercakap dengan lembut dalam semua persidangan sebelumnya, apa yang saya beritahu kamu tentang En. Trump. (Ya, Guru.) Hanya baru-baru ini oleh sebab saya terdengar bahawa beliau membenarkan peralihan kuasa, jadi saya perlu bercakap dengan lebih jelas, (Ya, Guru.) lebih pasti. Kerana pegawai yang bertanggungjawab untuk tabung peralihan kuasa telah digesa atau diganggu, jadi dia perlu melakukannya dan Presiden Trump perlu berlembut demi keselamatan dan ketenangannya.

Dia dunia ini, bukan hanya dua atau tiga orang ini saja. Cuma mereka tak mengatakannya tapi ada sekurang-kurangnya 90 orang yang nampak malaikat di sekeliling Presiden Trump. (Wau!) Bukan sahaja saya, En. Voight atau pertapa di India itu. (Ya, Guru.) (Oh!) Atau sesiapa saja Carlos (Colon) itu. Bukan mereka saja. Ada lebih 90 orang lagi yang nampak mereka. (Wau!)

( Boleh Guru beritahu kami apa perjanjian itu antara Tuhan dengan Presiden Trump? ) Beliau perlu berdamai. Ya. Itu kerjanya, misinya. (Oh!) Kita dapat lihatnya dengan jelas sekali. Lebih banyak negara berdamai dengan Israel juga. Ini bermakna perdamaian dengan Amerika dan dunia. (Ya, Guru.) Kerana ia diantarai oleh kerajaan Amerika, oleh Presiden Trump. Saya masih berdoa untuknya setiap hari pada bila-bila saya tak bekerja.

Guru juga menjelaskan bagaimana meditasinya telah membantu pada waktu tidak pasti wabak COVID-19 ini.

( Boleh Guru beritahu kami bagaimana meditasi Guru telah membantu masalah COVID-19? )

Saya telah menulis dalam diari, biar saya baca... (Ya, Guru.) Saya telah menulis di sini di sesuatu tempat... untuk saya sendiri. “Mesti lebih banyak bermeditasi untuk menyokong tiga badan tambahan. Kerana tiga badan tambahan ini perlu menanggung karma COVID-19 untuk dunia.” (Oh! Wau!) Saya tak dapat lakukannya seorang diri.

Kerana jika saya tanggung terlalu banyak seorang diri, maka ambil masa yang lebih panjang. (Faham.) (Ya.) Ambil masa yang lebih panjang bermakna lebih banyak orang akan mati. (Oh!) Dan juga mungkin saya tak dapat menahannya (Oh!) untuk jangka masa panjang. Kerana saya perlu buat kerja lain. (Ya, Guru.) Sesetengah kerja kamu tak tahu pun. Jadi saya perlu kekal stabil, sekurang-kurangnya agak stabil. (Ya, Guru.) Jika tidak, jika saya tak bermeditasi, akan menjadi lebih teruk. (Ya, Guru.) (Faham.) Seluruh dunia akan mati. (Oh!) Memandangkan kamu tanya, saya beritahu kamu. (Ya, Guru. Terima kasih.)

Ia (meditasi Guru) membantu juga supaya planet kita tidak musnah atau tercampak ke dalam lohong hitam. (Oh! Wau!) Kamu telah lihat berita bahawa lohong hitam membuat bintang menjadi seperti mi. (Ya, Guru.) Ini adalah benar. (Wau!) Kerana bintang ini telah berbuat jahat. Jadi ini suatu hukuman. (Wau!) Bintang ini bukan hanya satu bintang, satu orang atau satu makhluk saja. Sama seperti planet kita seperti sebuah bintang juga tetapi berbilion-bilion makhluk di atasnya. (Oh!) Sama juga, mereka menemui enam galaksi di dalam satu lohong hitam. Itu disebabkan oleh hukuman. Lohong hitam ialah neraka. (Oh!) Itu neraka nampak fizikal. (Oh!) (Ya, Guru.) Jika planet kita tak cukup berhati-hati, tiada berkat dan perlindungan yang mencukupi, ia akan terbang atau tersangkut di dalam lohong hitam, (Oh!) (Wau!) salah satu lohong hitam yang berdekatan dengan kita. Saya tak tahu berapa lama. Bergantunglah. Cara kita saling berperang dan membunuh berbilion-bilion, bertrilion-trilion haiwan setiap tahun macam ini, tidak lama untuk alami nasib yang sama ini. Saya tak tahu macam mana lagi memberi amaran kepada manusia. Saya hanya boleh bermeditasi dan berdoa. Saya harap suatu hari nanti kita akan kembali ke sifat pemurah yang inheren dalam diri semua manusia dan semua makhluk supaya kita tidak mengetahui perkataan ‘penderitaan’ lagi, apalagi kita sendiri menderita. Semoga Tuhan rahmati kita semua. Amin.

Mahaguru Ching Hai Yang Paling Berbelas Kasihan, kami amat berterima kasih selama-lamanya atas kasih sayang tanpa syarat dan usaha besar Guru untuk menyelamatkan planet kita dan semua makhluk daripada penderitaan. Terima kasih kerana berkongsi lebih banyak pandangan tentang Presiden Donald Trump dan masa depan kita. Semoga Syurga Tertinggi sentiasa melindungi dan menyokong Guru supaya beliau boleh teruskan misi mulianya dengan tenang dan selamat. Semoga kita manusia bertaubat dan bertindak dengan serta-merta untuk menghentikan kitaran seksa dan derita dan mengamalkan gaya hidup vegan berbelas kasihan sekarang juga demi keamanan dunia yang berpanjangan dan Syurga di Bumi yg menggembirakan dalam Kemurahan Tuhan.

Untuk siaran lengkap persidangan dengan Mahaguru Ching Hai ini, saksikanlah Antara Guru dengan Anak Murid pada tarikh kemudiannya.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-20
330 Tontonan
38:04

Berita Wajar Diberi Perhatian

2024-12-20   1 Tontonan
2024-12-20
1 Tontonan
2024-12-20
1 Tontonan
2024-12-20
1 Tontonan
2024-12-20
1 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android