Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Heaven Testimonies, Part 9 — Happy Doggie Angel

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Li-Hua: Sebelum ibu saya datang ke Bumi, beliau perlu cari orang yang sesuai untuk menjadi anaknya bagi menyempurnakan ujiannya. Beliau mencari-cari. Banyak malaikat datang tetapi tiada satu pun yang setuju. Saya juga datang kepadanya. Beliau secara ikhlas minta saya bantunya menyempurnakan tugasnya. Saya bersetuju dan beliau begitu gembira. Kemudian beliau turun ke Bumi.

Li-Hua: Kadangkala saya turun ke sini untuk lihat ibu masa depan saya dan saya mendapati beliau masih begitu kecil. Jadi saya berfikir saya boleh menjadi anjing dulu kerana jangka hayat anjing lebih kurang ialah masa yang diperlukan untuk ibu saya membesar. Suatu kali, saya nampak malaikat berbaris untuk dilahirkan sebagai pelbagai anak anjing yang mulia dan cantik. Pada masa itu, saya juga ingin menjadi anjing, jadi saya menyertai baris menunggu.

Li-Hua as angel: Wau, hebatnya! Itu Maltese. Aku ingin sekali menjadinya.

Angel: Baiklah! Engkau boleh menjadinya dulu.

Li-Hua as puppy: Begitu banyak anak anjing! Aku tak dapat menyelit-nyelit untuk mendapatkan ibu anjing. Lihatlah apa yang boleh aku buat! Mmm… Wau! Panasnya. Panas dan manis juga. Begitu sedap! Rasa begitu seronok membesar.

Li-Hua as puppy: Huh? Seseorang memegang aku. Wau, ada katil dan mangkuk makanan untuk anjing! Yek! Kenapa daging dan tulang lagi?

Caregiver: Kenapa awak tak makan?

Li-Hua as puppy: Wau, salad! Sangat bagus! Mmm… Sedapnya!

Caregiver: Oh, macam tu! Awak suka salad juga! Ini dia. Yang selebihnya semua untuk awak.

Li-Hua: Bagi memudahkan saya pergi bermain di taman, penjaga saya memasang pintu anjing di bawah pintu. Wau, dah hujan ni! Begitu baik! Tanih taman adalah basah, lembut, dingin dan sejuk. Rasa begitu seronok! Ini begitu selesa.

Caregiver: Hei! Kenapa awak buat dirimu menjadi begitu kotor? Mari! Masuk ke dalam untuk mandi!

Li-Hua: Penjaga saya sering letak longgokan kain cucian yang sudah kering dijemur di balkoni. Saya akan masuk ke dalam longgokan pakaian ini lalu tidur di dalamnya.

Caregiver: Bayi kecil, bayi kecil!

Li-Hua: Pada mulanya, saya tak nak jawab panggilannya. Tapi saya takut dia akan berasa risau, jadi saya menyalak beberapa kali.

Li-Hua: Masa saya sebagai anjing dah hampir tamat. Pada suatu hari, sewaktu penjaga saya tiada di sisi saya, saya bersedia untuk meninggal. Tapi penjaga saya mendapat tahu dan memeluk saya dgn serta-merta. Secara perlahan-lahan saya tinggalkan badan anjing. Lepas seketika, saya menjadi malaikat yang sama saiz dengan penjaga saya. Saya mendapati dia tak dapat faham apa yang dilihatnya, jadi saya terus menukar diri menjadi anjing. Penjaga saya faham dengan serta-merta dan melambai kepada saya dgn gembiranya untuk mengucapkan selamat jalan. Saya segera balik ke Syurga di atas.

VO: Lepas suatu ketika, Pei-Yun masih ingat, sekumpulan malaikat berkumpul dengan teruja untuk melihat Mahaguru Ching Hai menari dengan baik sekali!

Angels: Wau! Mahaguru Ching Hai akan menari!

VO: Hari Mahaguru Ching Hai menari ialah 25 Oktober 1995 dalam perayaan Hari Mahaguru Ching Hai. Pada masa itu, Pei-Yun sudah hampir dilahirkan sebagai manusia.

Boy angel: “Cepat! Dah tiba masanya engkau dilahirkan.”

Little angel: Aku nak menjadi anjingmu.

Many angels: Kami juga nak menjadi anjingmu.

Li-Hua as angel: Minta maaf. Aku hanya boleh pilih sesetengah drpd kalian.

Li-Hua as angel: Saya mengikut malaikat ke tempat Tuhan. Tuhan bersemayam di singgahsana-Nya. Tuhan suruh saya memilih kelemahan saya apabila saya menjadi manusia. Tapi saya terlalu malas nak pilih.

God: Nak, hanya Guru tak perlu memilih kelemahan.

Li-Hua as angel: Maka aku nak menjadi Guru!

God: Menjadi Guru ialah kerja yang susah, tahu? Engkau ada misi sendiri untuk dilaksanakan sekarang. Aku akan biar engkau ingat akan Syurga tapi engkau takkan ingat apa misimu.

Li-Hua as angel: Kemudian saya mula memilih kelemahan saya. Saya pilih banyak.

Arch angel: “Engkau dah pilih terlalu banyak!”

Li-Hua as angel: Saya segera menyingkirkan sesetengah kelemahan.

VO: Pei-Yun dilahirkan pada keesokan paginya, pada 26 Oktober 1995.

Li-Hua: Kemudian semasa saya membesar di Bumi, saya sentiasa ingat akan Syurga. Saya tak sebutnya sehingga saya bersembang dengan ibu saya baru-baru ini. Sekarang bapa, ibu, adik, anjing saya dan saya hidup bahagia bersama. Selepas melihat kisah ini, saya harap semua orang boleh menyayangi haiwan sebagaimana kita menyayangi keluarga kita.

Kesan sampingan vegan: satu-satunya pilihan anda ialah Syurga.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk saksikan dan muat turun lebih banyak testimoni, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/20)
1
2021-05-24
12400 Tontonan
3
2021-07-06
9513 Tontonan
9
2022-02-25
6568 Tontonan
10
2021-07-31
7956 Tontonan
15
2022-05-05
6418 Tontonan
16
2022-12-28
4753 Tontonan
19
2024-01-02
5466 Tontonan
20
2024-06-04
3095 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android