Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kekuatan Spiritual dalam Krisis Melalui Perpaduan antara Agama, Bahagian 2 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang kami jemput anda saksikan bahagian dua perhimpunan doa yang bertajuk ‘Kekuatan Spiritual dalam Krisis Melalui Perpaduan antara Agama’ bersama Mahaguru Ching Hai (vegan), Father Colin Gereja Episcopal, Bada Haridas, Presiden Kuil Hare Krishna Laguna Beach, Father Bill Krekelberg Gereja Katolik St. Catherine dan mesej yang mengharukan daripada Rabai Elimelech Gurevitch daripada Pusat Yahudi Chabad, di Laguna Beach, California, Amerika Syarikat pada 6 November 1993.

(Sekarang saya ingin memperkenalkan kepada kalian Mahaguru Ching Hai.) Terima kasih. Saya kelihatan asing bagi kalian tetapi saya bukan orang tak dikenali. Pertubuhan kami berkongsi dengan kalian segala kedukaan dan ketakutan sekarang ini, dengan apa-apa saja cara kami dapat, serta bantuan bencana banjir di Barat Tengah baru-baru ini. Anak murid kami cuba mengumpulkan beberapa ratus ribu dolar dengan keupayaan kecil kami bagi beli mainan untuk kanak-kanak dan beberapa jenis peralatan tandas utk keperluan mendesak. Saya harap itu akan melambangkan rasa simpati dan kasih sayang kami terhadap orang yang berada dalam keadaan kurang bernasib baik walaupun itu tak banyak.

Dulu saya ada sebuah pejabat, juga rumah kecil saya. Ia hanyalah sebuah rumah papan kecil tetapi ia telah dirobohkan disebabkan oleh keadaan. Saya sendiri mengarahkan supaya ia dirobohkan. Saya ada rumah itu selama dua atau tiga tahun saja. Saya tidur di dalam rumah itu dan bekerja di dalam rumah itu. Kami adakan sesuatu jenis parti kecil atau minum petang kadangkala di rumah itu. Begitu pun, saya sendiri arahkan supaya ia dirobohkan. Tetapi pada bila-bila saya melalui rumah itu, saya rasai sejenis nostalgia dan berasa sedih. Walaupun saya orang yang spiritual, saya tetap rasa sangat sedih. Saya masih ingat akan segala gelak ketawa dan air mata serta detik suka duka yang ditempatkan di dalam empat dinding kayu ini. Itu buat saya titiskan air mata kadangkala jadi saya boleh faham bagaimana perasaan kalian apabila sesetengah drpd kalian telah tinggal sepanjang hidup di rumah agam yang cantik ini. Saya tak tahu sama ada kehadiran saya membuat perbezaan kepada kalian, sama ada doa saya akan membantu kalian tetapi memandagkan saya dah pun di sini, kepada kalian bhw saya memang faham. […]

(Sekarang saya ingin memperkenalkan Bada Haridas kepada kalian, Presiden Kuil Hare Krishna Laguna Beach.) […] Nasib baik, tiada satu pun daripada kita yang kehilangan nyawa tetapi ini ialah pengajaran untuk kita lihat dan nampak apa benar-benar penting dalam hidup dan apa sebenarnya bertahan lama. Memang tiada gunanya menyalahkan sesiapa pada waktu kehilangan ini tapi sebaliknya kita harus cuba mendapat pengajaran kerana bagi setiap daripada kita, cepat atau lambat, segalanya akan hilang. Jadi pada masa segalanya yang lain telah hilang, satu-satunya benda yg tertinggal bagi kita adalah apa-apa cinta kepada Tuhan yang kita ada. Jika kita hanya ada kesukaan terhadap benda dunia ini, maka kita pasti akan sangat keliru, kecewa dan takut. Tetapi jika kita ada cinta kepada Tuhan, maka cinta itu akan membawa kita kepada Dia dan akan membolehkan kita mengharungi segala pergolakan hidup ini. […]

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/12)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android