Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 7 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Antara setiap peringkat, ada zon penampan, luas, besar dan tak tercapai. Jika kamu di sana tanpa sesiapa pun, kamu akan tersesat. Kamu tak dapat cari jalan keluar. (Wau!) Jadi jika kamu nak pergi ke Peringkat Kelima, contohnya, kamu perlukan seorang Guru bawa kamu melalui Peringkat Keempat.

Sebab itulah jika saya boleh lakukannya... Lihatlah, sekarang saya sendiri bersihkan rumah. Saya sendiri cuci pakaian dengan tangan (Oh, Guru!) kerana saya tak nak minta juruelektrik kita datang memasang mesin untuk saya. Saya tak suka minta, pertama. Kedua, saya sedang bersuluk. Saya tak mahu sesiapa datang mengganggu tenaga saya. Walaupun orang bawa makanan, biasanya mereka perlu letaknya jauh di luar pintu pagar, sesuatu macam itu. Kadangkala mereka bawa dekat, sesuatu situasi istimewa. Tapi biasanya mereka perlu letak berjauhan. Sebelumnya, Dewa malah mengingatkan saya supaya berada sembilan meter (Oh, wau!) dari sesiapa pun, mana-mana kakitangan saya. Termasuk kamu. (Ya, Guru.) Minta maaf jika saya menyinggung perasaan kamu. Dewata pun mengingatkan saya itu. (Ya, Guru.) Saya tahu tapi tanya Mereka sebabnya. Saya tahu tapi biasanya saya tahu dengan kabur. Saya tak lihat perinciannya pun. Perkara seperti ini kita akan tahu. Tak perlu mengkaji untuk mengetahui sebabnya.

Tenaga yang berbeza, medan magnet yang berbeza, ia mengganggu. Kemudian kita perlu mulakan semula, sekurangnya beberapa hari utk tenangkan tenaga di sekeliling kita. (Oh!) Tapi kadangkala mereka datang kerana salah faham atau sesuatu macam itu, mengejutkan saya, kemudian segalanya menjadi buruk. (Oh, tidak!) Sangat sukar untuk bertumpu semula dan segala-galanya. Ular datang dan semut datang dengan banyak sekali, sebelumnya, beberapa saja. Serangga datang menggigit dan segala-galanya berlaku. Atau ini rosak dan itu rosak. (Oh, Guru!) Maka saya perlu mula bersihkan sekali lagi. Sebab itulah saya lebih suka sendiri mencuci pakaian dengan tangan dan sendiri buat segalanya, sendiri membersihkan bilik.

Tapi saya di kawasan yang lebih kecil sekarang, lebih kecil daripada rumah stor sebelumnya. Jauh lebih kecil, jadi lebih senang untuk diuruskan meskipun dengan semut. (Oh, Guru!) Saya suka benda kecil, rumah kecil kerana saya sendiri buat kerja. Saya tak nak ada bilik yang besar, perlu membersih dan menyapu sepanjang hari, setiap hari. Hanya sebuah bilik dengan segalanya di dalam. Saya makan, tidur di dalamnya, ada sofa, telefon, bilik mandi kecil dan tandas. Itu dah sangat bagus. Di Perancis, itu apa yang saya diami juga meskipun saya ada rumah. (Ya.) Saya tinggal di dalam gua juga, atau tinggal di dalam bilik stor kecil, lagi kecil daripada sini. Saya rasa kamu ada nampaknya. (Ya, Guru.) Di Perancis, di SMC, belakang SMC, sebuah bilik stor, luasanya 1 meter × 1.5 meter, sesuatu macam itu, 2 meter × 2 meter atau 1 meter × 2 meter, sesuatu macam itu, dah cukup bagi saya. Saya kecil. Meskipun saya lebih tinggi, kita tak sepatutnya baring dan tidur, jadi apa masala nya?

Sebabnya saya ada sofa dan tak bermeditasi di atas lantai adalah kerana semut. Sekurang-kurangnya mereka tak merayap di atas sofa, begitu banyak. Senang untuk diuruskan. Jika saya duduk di atas lantai, mereka akan merayap di seluruh badan saya atau mungkin saya cederakan mereka. (Ya, Guru.) Sewaktu bermeditasi, saya tak boleh menyapu. Saya menyapu hanya semasa saya tak bermeditasi. (Ya, Guru.) Dan disebabkan sofa, ia menyelamatkan nyawa saya suatu kali di dalam bilik stor itu sebelumnya. Jika saya tak berada di atas sofa, maka ular itu sudah gigit saya. (Oh!) Kerana ia berada di bawah sofa saya, (Oh!) di bawah tempat duduk saya. Sebabnya saya bangun adalah kerana saya ingin menulis sesuatu, ingin pergi ke meja tulis di sudut untuk mengambil pen. Jadi saya gunakan telefon bimbit bagi membuka lampu suluh untuk pergi ke suis bagi membuka lampu. Sementara itu, saya terdengar, “Jangan tutup lampu. Jauhi sofa.” (Oh!) Itu kata-kata labah-labah yang beritahu saya. Besarnya dia! Ia seperti tapak tangan saya. (Wau!) Jarang saya nampak labah-labah yg begitu besar.

Posmen lain lebih kecil. Itu kerja mereka. Tapi saya amat tersentuh kadangkala kerana mereka perlu berada di tempat kita dapat lihat mereka supaya dapat menyampaikan mesej. Tapi kebanyakan manusia sudah pekak. Mereka tak dapat dengar apa-apa pun. Telepati hanyalah suatu mimpi sekarang. Telah lama hilang. Mereka ialah posmen. (Ya.) Mereka menyampaikan mesej untuk bantu manusia. Tapi manusia, jika nampak mereka, mereka memenyekkan mereka. (Oh!) Saya tak buat begitu. (Tidak.) Saya tak tahu bahawa labah-labah ialah posmen sebelumnya. (Wau!) Sehingga baru-baru ini. Semasa saya beri makan labah-labah di luar bilik kecil saya sebelumnya, (Ya.) saya tak tahu bahawa mereka ialah posmen. (Wau!) Maksud saya, kerana saya tak berapa berkaitan dengan mereka. Hanya apabila saya beri perhatian kepada mereka, dengar kata-kata mereka, hanya pada waktu cemas itu, suaranya sangat kuat dan perlukan labah-labah yg begitu besar untuk menarik perhatian saya. (Wau!)

Sejak itu, saya dengar apabila mereka datang. Mereka datang banyak kali sekarang, beritahu saya perkara. Kadangkala perkara baik, kadangkala perlu beri perhatian. “Jangan keluar. Ular menunggu untuk gigit engkau.” Saya kata, “Benar ke? Jadi apa yang akan berlaku kepada saya jika ia gigit?” Ia kata, “Engkau akan mati.” (Oh!) Jika beracun, mungkin saya tiada masa untuk bereaksi. Dalam masa sejam, jika tiada orang bawa kita ke hospital, kita akan mati. (Oh!) Ular berbisa adalah macam itu. Saya tak sentiasa ada telefon pada saya untuk menelefon sesiapa, pertama. Kedua, mungkin ia mengebaskan kita. Ia melumpuhkan kita, bergantung kepada mana ia gigit kita. (Ya.) Kemudian kita takkan berpeluang untuk menelefon sesiapa pun. Kita mati dengan begitu saja, dgn senyap. Pada waktu malam, kamu jangan begitu banyak pergi ke sana sini, okey? (Okey, Guru.) Kita takkan tahu. Mereka seharusnya takut pada kamu semua tetapi saya tak nak merisikokannya. (Ya, Guru.)

Bukan setiap ular nak gigit saya. Saya nampak dua ekor lari dengan cepat sekali dari saya. Tapi saya tak rasai sebarang niat buruk daripada mereka. Saya rasa mereka begitu menawan. Saya rasa mereka begitu begitu comel dan seperti ahli keluarga saya. (Ya, Guru.) Saya rasa mereka seperti anjing saya. Jika mereka ada di sisi, saya akan membelai mereka atau mereka mahu saya belai mereka. Itu perasaan saya. (Ya, Guru.) Saya tak pernah beri perhatian.

Saya selamatkan banyak ular sebelumnya. Mereka tak nak mencederakan saya. (Wau!) Kadangkala mereka beritahu saya, “Kami tak nak. Minta maaf. Kami tak nak menakutkan engkau pun.” Selepas syaitan ghairah dah hilang, mereka beritahu saya, “Minta maaf.” Yang itu. Saya lepaskannya dan ia kata, “Minta maaf.” Yang itu hampir menggigit saya. Yang ini saya tak nampak sehingga burung itu bunuhnya. Seluruhnya hilang. Bahagian ular yang selebihnya diuruskan oleh serangga lain. Apabila saya melalui sana, saya tak nampaknya lagi. Sebelumnya saya masih nampak sesuatu bahagian. Sekarang saya tak nampak lagi. Hilang. Mungkin hujan juga menghanyutkannya kadangkala, atau serangga lain, mereka kongsi.

Jika saya tak duduk di atas sofa itu, saya akan mati kerana ia berada di bawah sofa saya, tepat-tepat di tempat saya duduk. Kepalanya sudah diangkat. Saya nampaknya. Kemudian saya nampaknya apabila buka lampu. Kemudian saya faham mengapa labah-labah itu beritahu saya, “Tak tutup lampu.” Ia tak kata, “Jangan tutup lampu.” Ia kata, “Tak tutup lampu. Tinggalkan sofamu.” Kerana saya nak kembali ke sofa untuk menulis diari saya di sana. (Ya.) Biasanya saya mengklipkan pen pada diari saya. (Ya, Guru.) Tapi hari itu, ia jatuh di sesuatu tempat, jadi saya bangkit dan ingin pergi ke meja tulis untuk mengambil pen. Itu bagaimana saya buka lampu. Nasib baik saya buat begitu. Jika saya duduk di sana beberapa saat lagi, ular itu akan dapat mengangkat kepala dan habiskan saya, (Ya Tuhan!) dengan tenang. ( Syukurlah atas labah-labah itu. ) Ya. Labah-labah itu begitu besar. Oh! Matanya seperti dua lampu suluh kecil. (Wau!) Macam ada dua titik cahaya. Ada orang yang jual ini seperti lampu suluh tetapi satu titik saja. ( Ya. Penunjuk laser. )

Suatu kali, penunjuk laser itu menyelamatkan nyawa saya juga. Ada seorang lelaki yang bersembunyi di luar rumah saya pada masa yang lain di Perancis. Saya nampak sesuatu yang berkilat seperti senapang atau sesuatu, pisau atau sesuatu. (Ya Tuhan.) Dan memantulkan cahaya bulan. Jadi saya gunakan ini... Seseorang berikan kepada saya. Saya tak tahu atas sebab apa. Saya rasa untuk bermain dengan anjing. (Ya.) Kerana Goody, masih ingat ia suka bermain dengan bayang dan apa-apa saja yang bergerak ke sana sini? (Ya.) Jadi saya gunakannya kadangkala untuk bermain dengannya.

Pada malam itu, dah hampir tengah malam, saya gunakan cahaya itu untuk menunjuk kawasan di mana saya nampak dengan kabur sesuatu berkilat dan bersinar. Kereta itu tak buka lampu. Jadi saya menghalakan cahaya penunjuk ke sana dan kereta itu dengan serta-merta hidupkan enjin dan lari. (Ya Tuhan.) Jika itu orang baik, mereka tak buat begitu. (Ya.) Betul? (Betul. Ya.) Mungkin orang itu ingat saya ada senapang laser atau sesuatu. Adakah terdapat senapang sebegini, ada penunjuk sebegini seperti senapang? (Ya, ada.) Bercakap tentang wanita gua, saya tak tahu apa-apa pun tentang senapang. Mungkin, ya, kerana dengan serta-merta kereta itu hidupkan enjin dan lari dengan cepat sekali. Saya tak rasa itu orang baik. Buat apa dia berada di sana berseorangan? (Ya.) Dalam kegelapan dan di tepi rumah saya, di taman, sudut gelap macam itu. Dan lari dengan serta-merta. (Ya.) Dan lari dengan cepat. (Wau!)

Saya boleh menulis buku-buku. (Ya, Guru.) Hollywood akan belinya daripada saya. Untuk buat filem saspens, kita panggilnya? (Ya, Guru.) Apa? (Filem ngeri.) Filem ngeri, ya! Filem ngeri atau saspens. Ya, dan saya akan memperoleh banyak wang. (Ya.) Jika saya ada wang untuk menulis kisah ini. Atau mungkin kamu menggabungkan semuanya dan tulisnya untuk saya, kemudian kita kongsi wang itu. (Ya, Guru.) Saya janji saya akan kongsinya dgn kamu. Saya takkan ambil semuanya. Kita ada sesuatu rancangan. Kita wanita suka wang. Bukan? Sebab itu kamu hentikan pekerjaanmu, datang ke sini, bekerja untuk makanan. Sebab itulah saya bayar untuk kerja saya sendiri (Betul.) dan lebih banyak lagi. Bayar untuk televisyen saya sendiri dan tak memperoleh wang. Kita tak boleh berniaga. Kita akan rugi. Kita pasti akan rugi.

Baiklah. Sekarang beritahulah saya apa lagi yang kamu mahu? Kerana saya boleh bercakap. Kamu gembira hari ini. Sangat mengilhamkan, jadi saya bercakap dengan banyak. (Terima kasih, Guru, kerana mengilhamkan kami.) Saya pasti kamu ada lebih banyak soalan, atau tidak? (Kami ada, Guru. Ya.) Ya, pasti. Beritahulah saya.

( Guru mencipta Alam Spiritual Baru Tim Qo Tu lebih daripada 63 juta tahun dahulu. Bilakah Guru mencipta Peringkat Keempat dan Kelima? Adakah itu sebelum Alam Baru dicipta? )

Peringkat Keempat dan Kelima dah sedia wujud. Ia merupakan kuasa yang turun dari Peringkat Majlis Ke-10 sebelumnya. (Betul.) Masih ingat saya beritahu kamu di Hungary? (Ya, Guru.) Lebih 63 juta tahun dahulu, Alam Baru dicipta. Tapi bukan Peringkat Keempat dan Kelima. Ini dah sedia wujud. Peringkat Keempat dan Kelima, seperti Peringkat-peringkat lain, dah sedia wujud. Ia telah dicipta sangat lama dahulu, tiada orang dapat ingat pun dahulu, sebelum Alam Baru, dah tentu. Sebab itulah kita panggil itu Alam Baru. Yang lain ialah Alam lama. Tapi pada waktu saya beritahu kamu di Hungary, saya belum ingat akan Tim Qo Tu dan Alam Baru saya. (Wau!) Pada masa itu, saya belum naik ke atas sana. Saya hanya tahu apa yang saya tahu setiap peringkat saya pergi. (Ya, Guru.) Jadi jika kamu tanya saya beberapa tahun yang lalu, “Kamu tahu tak Tim Qo Tu? Adakah ia berkaitan dengan kamu?” Saya akan kata, “Tidak. Tak pernah dengar. Orang yang tak dikenali!”

( Guru, juga, berkenaan dgn penciptaan Alam Spiritual Baru, menurut ahli sains, dinosaur telah menjadi pupus kira-kira 65 juta tahun dahulu dan 60% daripada spesies telah hilang. ) Enam puluh lima juta tahun dahulu. ( Adakah Guru di sini 65 juta tahun dahulu? )

Planet lain. Sebenarnya saya di planet ini dan planet-planet lain. Kadangkala di planet ini, kadangkala di planet-planet lain. Datang dan pergi, datang dan pergi. Ini bergantung kepada situasi, bergantung kepada keperluan pada masa itu.

( Menarik. Apakah yang menyebabkan Guru mencipta Alam Spiritual Baru pada sekitar masa itu? )

Kerana saya sudah tahu sesetengah makhluk. Saya sudah mula membaiki planet ini dan alam semesta, planet-planet lain. (Wau!) Mereka tiada orang lain, jadi jika mereka mati, mereka akan pergi ke neraka atau menderita sekali lagi sebagai manusia, binatang atau apa-apa saja. Jadi saya perlu bantu mereka. Kemudian kami mencipta itu. (Wau!) Hanya untuk orang saya. Kamu perlu tahu, banyak Guru telah buat begitu atau akan buat begitu.

Di antara setiap alam, ada zon penampan. Sama seperti saya beritahu kamu di antara Tiga Alam dan Peringkat Kelima, ada zon penampan yang dipanggil Peringkat Keempat. (Ya, Guru.) Kita boleh guna itu sebagai alam kosong, alam tiada orang. Sesetengah Buddha, Bodhisattva mencipta alam di sana untuk anak murid, pengikut mereka. Di antara setiap peringkat, ada zon penampan, luas, besar dan tak tercapai. Jika kamu di sana tanpa sesiapa pun, kamu akan tersesat. Kamu tak dapat cari jalan keluar. (Wau!) Jadi jika kamu nak pergi ke Peringkat Kelima, contohnya, kamu perlukan seorang Guru bawa kamu melalui Peringkat Keempat. Ia terlalu luas, tiada sesiapa yang dapat mengetahui mana-mana. Tanpa cahaya kamu sendiri, zon itu akan menjadi gelap. (Wau!) Tanpa cahaya semua makhluk di sana, zon itu adalah gelap. Itu hanyalah zon penampan.

Sama seperti di antara Peringkat Astral dan Peringkat Kedua, ada zon penampan juga. (Ya.) Sesetengah makhluk baik, sesetengah Guru mencipta Syurga di sana untuk orang mereka, untuk orang baik, pengikut Guru-guru ini atau makhluk-makhluk baik ini. Itu mengingatkan saya, ada sebuah filem, ‘Kota Astral’. (Ya. ‘Kota Astral’.) Ya, itu kisah sebenar. (Ya.) Kecuali lebih indah, lebih hebat, lebih gemilang, lebih terang, lebih bercahaya dan lebih cerah daripada itu. Dan makhluk yang cantik di sana. Tiada orang tua. Apabila kita pergi ke sana, kita menjadi muda semula. (Wau!) Kita menjadi sembuh semula, tak kira sama ada dulu kita cacat atau sakit tenat, kita akan menjadi muda, sihat dan ceria di sana. Itu satu lagi zon penampan yang sesetengah Guru cipta untuk menyelamatkan roh boleh tebus dari planet ini. (Wau!) Jadi semua zon di antara alam-alam telah digunakan untuk mencipta jenis-jenis Syurga yang berlainan untuk orang-orang yang berlainan di samping Syurga yang dah sedia wujud daripada Guru-guru. Daripada Guru-guru yang berlainan peringkat. Mereka cipta Syurga-syurga yg berlainan. Jika tak terlalu tinggi, maka Mereka mencipta peringkat yang lebih rendah. Tapi juga bergantung kepada pertalian, siapa dan makhluk peringkat mana yang mereka selamatkan. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/9)
1
2020-06-29
21144 Tontonan
2
2020-06-30
15956 Tontonan
3
2020-07-01
28486 Tontonan
4
2020-07-02
14019 Tontonan
5
2020-07-03
11067 Tontonan
6
2020-07-04
10790 Tontonan
7
2020-07-05
12346 Tontonan
8
2020-07-06
10886 Tontonan
9
2020-07-07
11598 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android