Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 6 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Meskipun kamu tiada vaksin tetapi kamu adalah vegan, sekurangnya kita selamatkan nyawa. (Ya.) Kita selamatkan nyawa orang lain, selamatkan nyawa haiwan, dan pahala itu membolehkan kamu mendapat tempat di Syurga. Itu seharusnya dah berbaloi untuk hidup.

( Guru, ini tentang vaksin. ) Ya. ( Jika vaksin COVID-19 bukanlah vegan, haruskah kita terimanya? Sesetengah vaksin dilaporkan mengandungi sel haiwan, malah sel manusia serta logam berat toksik. ) Oh! ( Bolehkah orang vegan yang sihat ada sistem imun yang cukup kuat untuk mengatasi virus tanpa vaksin? ) Pilihan kamu. Okey? (Ya, Guru.) Saya tak nak kata apa-apa. Kamu tahu sangat apa yang nak dibuat. (Ya, Guru.) Tapi ada sel haiwan, sel manusia dan sebagainya, ya Tuhan, logam berat dan sebagainya, saya tak pasti bagaimana semua itu akan mempengaruhi badan kamu, sistem imun semula jadi kamu. Meskipun kamu tiada vaksin tetapi kamu adalah vegan, sekurangnya kamu selamatkan nyawa. Kamu selamatkan nyawa orang lain, selamatkan nyawa haiwan, dan pahala itu membolehkan kamu mendapat tempat di Syurga. Itu seharusnya dah berbaloi untuk hidup. (Ya.) Jangan terlalu risau tentang makan ini, makan itu, atau jangan terlalu risau tentang hidup lebih lama dengan jenis vaksin yang malah melibatkan penderitaan haiwan dan manusia. (Ya. Terima kasih, Guru.) Sama-sama.

( Walaupun sekarang ada kira-kira 140 vaksin pada tahap perkembangan awal dan kira-kira dua dozen yang kini diuji pada orang dalam ujian klinikal, media menyatakan bahawa tiada orang tahu berapa berkesan vaksin ini dan mungkin ada kesan sampingan. Sesetengah negara juga menghadapi gelombang kedua koronavirus sekarang dan pakar memberikan amaran bahawa gelombang ketiga boleh datang selepas musim panas ini. Guru sudah berkata bahawa Vegan Sepenuh ialah penyelesaian mudah. Mengapakah kerajaan tak mengimplementasikannya? Mengapakah mereka memilih cara yang paling mahal, iaitu penyelidikan untuk vaksin? ) Kerana mereka terus makan daging, itu sebabnya. Lobi atau sesuatu terlalu kuat atau mereka begitu ketagih daging sehingga tak dapat cuba untuk menghentikannya pun. Oleh itu, mereka tak menggubal undang-undang untuk minta rakyat supaya berhenti makan daging. Mereka tahu segalanya, cuma tak melakukannya. Pertama, mungkin mereka terlalu lemah, tak dapat mempertahankan apa yg betul. Kedua, mungkin mereka khuatir akan kehilangan pekerjaan mereka dalam kerajaan atau tidak diundi. Saya tak tahu. Adalah tak betul kita menghabiskan begitu banyak wang untuk mencari vaksin sementara kita dah tahu sebabnya. Okey, mungkin kita boleh ada vaksin untuk COVID-19 tetapi lebih banyak akan datang. Bagaimana dgn selesema khinzir baharu, contohnya? (Ya, Guru.) Atau jenis virus khinzir baharu. (Ya.) Kemudian mungkin semakin banyak. Kerana kita tak boleh hanya sentiasa cari ubat dan vaksin selama-lamanya. (Ya, Guru.) Seperti... masih ingat AIDS dan HIV? (Ya.) Ia tak dapat disembuhkan. Kita mengambil masa berdekad-dekad untuk mencari sesuatu bagi menyembuhkannya. (Ya.) Atau malaria, contohnya. Kemudian datang penyakit lain seperti selesema burung, kemudian selesema khinzir, kemudian MERS dan SARS, kemudian Ebola dan sebagainya. Dan sekarang COVID-19.

Kita tak boleh selama-lamanya mengairi tumbuhan dari daunnya. Kita perlu mengairi akarnya untuk menjadikan tumbuhan hidup dan bertumbuh subur. (Ya.) Menjalani kehidupan yang berasaskan keganasan, maka kita hanya akan mendapat keganasan, penderitaan dalam sesuatu bentuk. Tak dapat terlepas daripadanya kerana itu akan tak adil bagi makhluk lain. Kita semua ialah ciptaan. Kita harus saling memperlakukan dengan lemah lembut dan baik. Melindungi, bukan makan, bukan membunuh beramai-ramai hanya untuk makan sementara kita ada banyak pilihan untuk menampung badan. Malah pilihan yang lebih baik. Faham? Okey? (Ya, Guru.) Saya tahu kamu faham. Saya hanya kata saja. Hanya suatu tabiat. Oleh sebab saya rasa saya bercakap dengan orang yang tak dengar di dunia, jadi saya asyik tanya sama ada kamu faham. Walaupun kamu dah faham.

Mereka boleh gubal undang-undang seperti itu kerana mereka sudah melarang rokok. Orang benar-benar dengarnya dan banyak orang muda tak begitu banyak merokok lagi, berkurangan. Jadi mereka juga boleh melarang daging. Tak begitu susah. Kerana mereka juga melarang najis dadah, kemudian sesetengah negara malah melarang arak. Jadi di banyak negara, hanya hisap marijuana atau tanam marijuana, kita boleh masuk penjara atas itu atau dikenakan hukuman berat. (Ya.) Jadi mana boleh perbuatan membunuh makhluk hidup yang bernafas, beremosi, taat, manis, lemah lembut, tak berdaya seperti lembu, khinzir, ayam, ayam belanda, ikan dan sebagainya bebas daripada hukuman? Marijuana hanyalah rumput, sesuatu macam itu. (Ya.) Orang malah panggilnya rumpai. (Ya.) Saya nampaknya di TV. Jadi mengapakah perbuatan membunuh makhluk hidup yang bernafas, berjalan, cerdik dan lemah lembut bebas daripada hukuman, malah dibiarkan berlaku, malah digalakkan. Contohnya, di banyak negara semasa wabak COVID-19, mereka tutup banyak kedai, banyak perniagaan tetapi membenarkan kilang daging terus dibuka sehingga dah tentu mereka dijangkiti, kemudian tutupnya. (Ya, Guru.) Kemudian mereka kata kerana ini ‘perlu’. (Ya.) Selama ini, mereka seharusnya dah tahu. Hari ini, kita ada televisyen, ada internet, jadi mereka seharusnya tahu ini beracun. Ia buruk untuk kesihatan orang. Menghisap marijuana, mereka larang, atau apa-apa saja, kokaina, kita panggilnya, atau mungkin najis dadah. Mereka kata ia buruk untuk kesihatan, apa-apa saja sebab. Tetapi daging juga sangat buruk kepada kesihatan, sudah terbukti dari segi perubatan. Tapi mereka tetap menggalakkan jenis perniagaan itu diteruskan. Jadi saya tak nampak sebarang alasan. (Ya, Guru.) Jadi sesiapa yang benarkan perniagaan daging dibuka benar-benar sendiri membunuh orang juga. Sesiapa yang membiarkan perniagaan daging dibuka, mereka semua bersama dalam perniagaan yang membunuh itu. Saya tak nampak sebarang jalan keluar. Itu tak logik bagi saya.

( Guru, lebih 200 orang wartawan Perancis baru-baru ini bercakap secara terbuka tentang bagaimana kumpulan pelobi daging beri tekanan kpd mereka supaya tak cakap tentang kesan buruk peternakan haiwan. Wartawan-wartawan di Bretagne (Brittany) memutuskan untuk bersatu padu dan kirim surat kepada ahli politik tentangnya. Tetapi mungkin ahli-ahli politik juga menghadapi tekanan itu daripada kumpulan pelobi. Bagaimana kita boleh selesaikan isu itu, Guru? ) Ini dipanggil rasuah. Itu sebabnya ahli politik harus lebih bersih, seperti budiman zaman dahulu. (Ya.) Saya tak dapat selesaikan masalah ini. Saya tak dapat pergi dari ahli politik ke ahli politik dan beritahu mereka, “Hei, jangan terima rasuah!” Sekarang mereka kata ‘lobi’ tetapi itu rasuah. (Ya.) Mungkin mereka ambil wang daripada mereka secara langsung, tak langsung. Mungkin berjanji untuk mengundi mereka lagi, menyokong dengan seluruh kaum kerabat dan sebagainya, bantu mereka menyebarkan trend sokongan. (Ya.) Jadi mereka saling berjanji. Ia seperti berniaga, perniagaan pasaran gelap. (Ya.) Tapi kanser di dalam badan orang besar tetap ialah kanser. (Ya.) Dan kanser di dalam badan bapa kita tetap ialah kanser. Walaupun kita sayangi bapa kita, kanser, kita tak dapat sayangi. (Ya. Betul.) Saya bukan cuba mengkritik apa-apa. Saya hanya beritahu kamu bahawa dunia ini adalah macam itu. Perbuatan melobi. Saya panggilnya pemberian rasuah. Sekarang kamu faham sebabnya. (Ya, Guru.) Sama ada mereka mengambil wang, mengambil sesuatu di bawah meja dan berjanji untuk saling membantu untuk menjadi kaya, terus ada kuasa, kemasyhuran atau apa-apa saja yang menguntungkan mereka. Di China, lebih ketat dalam aspek ini. Tapi ada beberapa kes. Satunya adalah seorang anggota parti yang berkedudukan tinggi sekali telah dipenjarakan! (Wau!) Rasuah ialah pandemik juga dalam masyarakat. Di setiap negara, ada ini. Ini sejenis penyakit kronik. Ia berjangkit juga. Seorang anak murid saya tanya saya, kerana dia bekerja dalam kerajaan atau syarikat dan semua orang yang lain dalam kumpulannya menerima rasuah. Dia tak nak disebabkan oleh ajaran saya. Tetapi dia hadapi kesusahan daripada mereka. (Ya.) Kerana mereka khuatir dia membocorkan maklumat dan memudaratkan mereka, ahli-ahli kumpulan yang selebihnya. Jadi dia tanya saya sama ada dia harus tukar pekerjaan atau tidak. Saya kata, “Tukarlah, (Ya, Guru.) demi keselamatanmu.” Misalnya macam itu. Ia berjangkit. (Ya.) Contohnya, jika bos di dalam pejabat itu menerima rasuah, orang bawahan lain yang lebih kecil perlu menyokongnya juga. Jika tidak, siaplah mereka. Atau mereka bersama dalam satu kumpulan dan semua orang perlu menerima rasuah bersama-sama. Jika tidak, siaplah mereka. (Ya.) Jadi dunia ini hingga sekarang, dari banyak segi, masih tak berdaya dan kita ada banyak pandemik. (Ya, Guru.) Bukan virus saja. Virus dalam masyarakat, dalam sistem kerajaan, dalam sistem masyarakat adalah lagi sukar untuk dipulihkan daripada COVID-19. Tapi apa yang nak dibuat? Manusia perlu belajar. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/11)
1
2020-08-26
42878 Tontonan
2
2020-08-27
16619 Tontonan
3
2020-08-28
14618 Tontonan
4
2020-08-29
14846 Tontonan
5
2020-08-30
13943 Tontonan
6
2020-08-31
19551 Tontonan
7
2020-09-01
12120 Tontonan
8
2020-09-02
12663 Tontonan
9
2020-09-03
14591 Tontonan
10
2020-09-04
11561 Tontonan
11
2020-09-05
11393 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android