Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Bukit Buddha, Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Daripada cerita ini, kita dapat lihat, jika kita hanya beramal di luar tetapi sebelah dalam kita tidak benar-benar melaras dengan baik, tidak benar-benar mengawal dengan baik, tidak benar-benar menjadi orang yang berbelas kasihan secara tabii, maka tidak kira berapa lama kita beramal atau apa jenis amalan yg kita jalankan pada luaran saja, ia takkan bawa banyak kejayaan.

Ini hanya cerita tapi memang macam itu, secara logik. Kita perlu beramal dari dalam, di dalam, kerana Buddha atau Syurga, mereka semua tahu apa yg kita fikirkan, bukan hanya apa yang kita buat. Kita tak dapat menipu Syurga, semua dewa, Buddha atau Santo. Oleh itu, jika kita berpura-pura seperti pengamal yang baik tetapi tak benar-benar beramal dgn baik, tak benar-benar dengan sepenuh hati dan tak benar-benar ikhlas, maka kita tidak cukup suci untuk menjadi Buddha. Atau sekurang-kurangnya bermakna kita bukan pengamal yang suci. Kita bukan Santo sebenar. Hanya ada badan yang mungkin kelihatan seperti Santo dan pakaian mungkin kelihatan seperti Buddha, biksu atau biksuni suci tetapi sebenarnya bukan. Jadi mana-mana pengamal terutamanya pengamal Quan Yin harus mempertimbangkan untuk menjadi benar-benar murni dalam motif kita. Jika tidak, tidak kira berapa lama kita kata kita telah beramal, kita tidak mencapai apa-apa pun.

Sesetengah orang amalkan diet vegan atau vegetarian tetapi masih memikirkan daging, ikan dan seumpamanya. Hanya memikirkannya saja pun, ia seperti kejadian sebenar. Jadi biksu-biksu ini memuntahkan apa yang mereka ingin makan. Walaupun mereka tidak makannya secara fizikal, mereka memuntahkannya juga. Jadi kelima-lima rukun, “anda tidak harus membunuh”, bermakna kita adalah vegan, tetapi nafsu dalam hati mesti dihapuskan juga.

Semoga anda semua, tidak kira situasi apa, terus berpegang teguh kepada kepercayaan anda, bermeditasi dgn baik dengan sepenuh hati, sepenuh minda, sepenuh keikhlasan anda. Bukan sahaja untuk beri manfaat kepada anda sendiri, keluarga, rakan anda atau sesiapa saja di sekeliling anda, jiran anda, tetapi juga untuk beri manfaat kepada seluruh dunia. Atas itu, saya berterima kasih kpd anda.

Saya cuma harap umat manusia sedar dan menyedari apa baik untuk mereka dan apa tidak sebelum terlambat. Ini bukan hanya soal kesihatan, kesejahteraan mereka di planet ini dalam hayat sekarang tetapi soal hayat seterusnya di mana hukuman sedang menunggu mereka dengan cara yang begitu menggentarkan. Mereka tak dapat bayangkan pun. Tetapi ia akan berlaku jika orang tidak berubah ke gaya hidup lebih pemurah yang wajar sebagai anak Tuhan dan mengikut hukum Kasih Sayang alam semesta.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
1
2021-10-08
7897 Tontonan
2
2021-10-09
8431 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android