Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebabnya Roh Turun ke Dunia Ini, Bahagian 1 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Di planet ini, ada banyak roh yang alami sangat banyak kesakitan dan penderitaan disebabkan itu – kerana mereka ingin menjadi baik, mungkin. Tetapi mereka tiada pengalaman untuk hadapi dunia bersifat delusi dan ujian maya. Jadi mereka gagal, atau mungkin mereka ingin terjerumus untuk lihat macam mana keadaannya. Mengetahui bahawa di dunia fizikal ini, maya akan menghukum sesiapa saja yang tidak mengikut standard moral dan akhlak mulia, roh akan biarkannya saja secara rela hingga suatu hari mereka rasa dah cukup menahannya dan sedar, kemudian ingin sekali pulang ke Rumah.

Hai, sayang! Rasanya saya perlu bercakap dengan anda kerana anda beri tekanan kepada saya untuk mengubah dunia ini menjadi syurga, sebagai suatu arahan drpd fikiran anda. Keadaan tak begitu mudah. Jika tidak, Buddha telah buat begitu, Nabi Isa telah buat begitu dan saya tak perlu cuba sedaya upaya untuk mengubah orang.

Sebelum datang ke dunia ini atau mana-mana dunia, roh berhasrat untuk menjadi lebih sempurna, lebih baik kerana ini sesuatu yang baru dicipta oleh maya dan pasukannya. Seperti malaikat ingkar, contohnya, suka menentang Tuhan untuk buktikan bahawa dia lebih baik. Sekarang, selepas mencipta dunia ini, dia mengajak roh turun ke bawah sini, berjanji kepada mereka bahawa mereka akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Roh – semua roh tak tahu apa-apa, ingin buktikan bahawa mereka boleh menjadi lebih baik, atau sesuatu yang baharu, seperti suatu pengembaraan. Jadi mereka bersukarela untuk turun ke bawah sini. Dah tentu, jika kita ingin menjadi lebih baik, kita perlu lulus ujian dan peperiksaan.

Masih ingat kisah tentang Nabi Mahavira? Ketika Baginda masih amalkan meditasi untuk menjadi lebih bermakrifat, seorang dewa di Syurga memuji-Nya, berkata, “Oh! Nabi Mahavira ialah ini dan itu dan sebagainya, begitu hebat, sangat menakjubkan, begitu berani, begitu luar biasa.” Dia sangat suka akan Nabi Mahavira. Kemudian salah satu orang bawahannya di sebelah berkata kepada dewa itu, “Oh! Kita tak pasti dengan ini. Jangan terlalu banyak memuji Dia dengan terlalu awal. Benarkanlah aku turun ke bawah sana untuk menguji Dia. Jika tidak, aku tiada begitu banyak rasa hormat kepada-Nya seperti engkau. Aku perlu buktikannya kpd diri sendiri baru boleh aku memuji atau menerima Dia.”

Dewa itu tak kata apa-apa pun. Jadi lihatlah, makhluk yang ingin sekali menguji di Syurga itu turun ke bawah sini dan bertukar menjadi segala jenis makhluk atau situasi dahsyat yang berlainan untuk menguji Nabi Mahavira. Itu sebelum Nabi Mahavira menjadi bermakrifat sepenuhnya dan Baginda masih belum ada kuasa yang mencukupi untuk menentang dewa ini, atau apa-apa saja yang anda panggil dia, memang pasti bukan makhluk yang begitu lemah lembut, baik hati. Anda boleh lihat itu. Jadi Nabi Mahavira terpaksa menahan sangat banyak penderitaan fizikal dan banyak ketakselesaan mungkin dari segi psikologi, mental atau emosi. Namun begitu, Nabi Mahavira mengatasi semuanya. Selepas 12 tahun dengan segala jenis dugaan dan kesengsaraan daripada orang bawahan dewa kecil atau dewa Syurga yang jahil ini, sesuatu jenis dewa Syurga, Baginda mendapat makrifat penuh. Boleh anda bayangkan betapa banyak penderitaan yang perlu dialami-Nya sepanjang 12 tahun itu? Kita hanya dengar sesetengahnya melalui sesuatu rekod, barangkali oleh seseorang yang mungkin merupakan anak murid-Nya atau mungkin dewa di Syurga yang menyaksikan segalanya, pada masa dahulu ingin melindungi Nabi Mahavira dan tahu akan semua itu. Kemudian barangkali dewa itu menjelmakan diri sebagai manusia, menjadi anak murid atau teman-Nya dan mencatatkan semuanya. Mungkin Nabi Mahavira beritahu orang tentangnya, sesetengahnya, dan sesetengahnya mungkin direkodkan dalam penulisan. Jadi mujurlah, kita dapat mengtahui sesuatu tentang dugaan dan ujian Nabi Mahavira sewaktu beramal.

Sekarang, kita dengar, kita tahu bahawa semua roh ada sifat Tuhan di dalam, dicipta dengan imej Tuhan dan Tuhan malah bersemayam di dalam diri mereka. Jadi anda tertanya-tanya mengapa roh boleh terperdaya oleh maya untuk melakukan ini dan itu, segala jenis perbuatan di dunia dan biarkan diri sendiri banyak diuji, malah dengan kejam kadangkala – kerana roh ingin menjadi sesuatu yang lebih baik drpd hanya menjadi roh, menikmati kebahagiaan dan kegembiraan yg diberi oleh Tuhan, Kasih Sayang-Nya.

Jadi sekarang, kejadian yang serupa berlaku di dunia kita. Di planet ini, ada banyak roh yang alami sangat banyak kesakitan dan penderitaan disebabkan itu – kerana mereka ingin menjadi baik, mungkin. Tetapi mereka tiada pengalaman untuk hadapi dunia bersifat delusi dan ujian maya. Jadi mereka gagal, atau mungkin mereka ingin terjerumus untuk lihat macam mana keadaannya. Mengetahui bahawa di dunia fizikal ini, maya akan menghukum sesiapa saja yang tidak mengikut standard moral dan akhlak mulia, roh akan biarkannya saja secara rela hingga suatu hari mereka rasa dah cukup menahannya dan sedar, kemudian ingin sekali pulang ke Rumah. Sama ada mereka telah menjadi lebih baik daripada sebelumnya atau sama saja seperti sebelumnya, mereka ingin pulang ke Rumah. Mereka rasa dah cukup menahan segala kesengsaraan dan ujian ini.

Oleh itu, banyak Guru datang dan pergi. Mereka (roh) masih tidak dengar dan pulang ke Rumah. Jadi kata-kata, hujah atau logik Guru hanya akan menarik hati mereka yang dah sedia, menahan paling banyak penderitaan, penuh dengan kesakitan dan kedukaan dalam hidup fizikal ini. Kemudian mereka akan sanggup pulang ke Rumah, mengikut jejak langkah dan/atau arahan Guru.

Ada juga mereka yang sudah bersifat suci – sudah dilatih dan diuji dalam banyak hayat sebelumnya. Maka mereka akan sedia untuk mengikut Guru. Apa yang Guru katakan, beritahu dan jelaskan, mereka faham dengan serta-merta. Tiada persoalan dalam fikiran mereka. Jadi mrk percayai Guru dgn serta-merta dan mengikut apa-apa saja yang Guru nak beritahu dan ajar mereka. Ini kononnya anak murid yang baik. Mereka meningkat maju dengan cepat. Mereka berkuasa. Mereka sangat berguna dan banyak membantu manusia. Tetapi mereka ini tidak banyak kerana mana-mana Guru yang turun ke bawah sini hanya dapat membawa sebilangan kononnya penolong kanan-Nya, mereka yang dulu sudah ikut Dia, sudah terlatih, sudah diuji, sudah menjadi suci. Mereka sengaja turun ke bawah sini untuk menyokong misi Guru. Ini sudah pun santo dan orang suci – atau dulu sudah belajar dengan Guru, menjadi anak murid untuk banyak hayat, sudah mendapat Pembebasan tetapi turun ke Bumi secara sengaja hanya untuk menyokong Guru mereka. Kerana tanpa hubungan fizikal dengan dunia ini, mereka tak dapat banyak membantu.

Cara yang paling berkesan untuk membantu manusia atau mana-mana makhluk di planet ini adalah kita perlu berada di sana bersama mereka di dunia fizikal dan buat segala jenis perbuatan fizikal seperti orang di planet ini. Juga untuk memahami penderitaan mereka. Kerana jika mereka tidak menderita bersama dengan manusia, maka sangat sukar bagi mereka memahami penderitaan dan kesakitan manusia. Adalah senang untuk kata, “OK, kamu boleh lihat dan kamu nampak.” Tetapi berapa banyak orang kita boleh lihat, berapa banyak penderitaan kita boleh nampak? Bukanlah kita boleh pergi ke semua rumah dan tinjau siapa menderita, siapa tidak, dan berapa bilangan orang yang menderita. Kerana jika kita tak nampak, tak sendiri mengalaminya, sangat sukar nak tahu. Seperti orang kaya, sukar bagi dia memahami kesusahan dan kesukaran orang tak berumah di jalanan – malah pada musim sejuk tiada makanan, tiada minuman, tiada pakaian yang mencukupi dan tiada tempat untuk melindungi diri daripada cuaca buruk. Sebab itu kebanyakan orang walaupun ingin berbuat baik, berkata, “Oh! Saya berbuat baik. Saya sayangi haiwan,” mereka makan orang-haiwan! Tak berfikir dua kali.

Mereka kata, “Oh! Saya sayangi orang. Saya suka bantu orang miskin.” Tetapi berapa banyak daripada mereka benar-benar keluar untuk membantu orang miskin? Atau berikan makanan kepada bank makanan pun, atau beri tempat berlindung kepada orang tak berumah meskipun hanya sesederhana bangsal taman atau mungkin garajnya. Begitu senang untuk katakannya tetapi sukar untuk faham. Sama seperti ketika di Syurga, mereka berjanji kepada Tuhan bahawa mereka boleh buat apa-apa saja, akan buat apa-apa saja untuk membantu manusia, mereka akan bersifat baik, akan menjadi baik hati, akan menjadi pemurah, semua ini dan itu dan sebagainya tetapi apabila turun ke Bumi, menghadapi situasi seperti yang perlu manusia lain hadapi setiap hari, mereka tidak sentiasa gunakan pertimbangan yang betul. Mereka takkan dapat bertindak balas dengan sewajarnya atau betul kerana sebelum turun ke dunia fizikal ini, mereka perlu mengambil alat yang dipanggil minda ini.

Kemudian apabila berada di dalam badan fizikal, mereka perlu mengambil satu lagi alat dipanggil otak yang tiada orang perlukan di peringkat yang lebih tinggi. Apabila kita turun sejauh ini, hanya katakan mungkin dari Peringkat Keempat atau Kelima, kita perlu melalui Peringkat Ketiga, Peringkat Brahman. Selepas itu, kita perlu melalui peringkat memusnah dan membina, iaitu Peringkat Kedua. Kemudian di sana kita akan dapatkan minda. Minda dilengkapi dengan jenis pengetahuan dan pengalaman asas tentang cara menghadapi situasi ini dan itu. Tetapi di dunia ini, ada beribu-ribu situasi untuk dialami dan ditempuhi, jadi minda tak dapat sentiasa berikan semua penyelesaian. Oleh itu, otak perlu berikan penyelesaian kepada sesetengah situasi untuk manusia hadapi keadaan-keadaan yang berlainan.

Begitu juga dengan orang yang turun dari peringkat yang lebih tinggi. Mungkin mereka juga bingung dan keliru untuk beberapa lama sehingga barangkali mereka menemui Guru, Guru lain lagi atau Guru yang lahir semula yang dulu menyampaikan kaedah makrifat kepada mereka, seperti Kaedah Quan Yin Cahaya Syurga dalaman dan Melodi Syurga dalaman, bermakna ajaran langsung Tuhan. Maka mereka akan menjadi sedar, bermakrifat dan dapat menghadapi situasi dengan lebih baik kerana mereka lebih bermakrifat. Mereka ada lebih banyak kebijaksanaan, bukan hanya pengetahuan duniawi daripada sekolah tetapi ada kebijaksanaan semula jadi yang inheren dalam diri kita semua.

Sekarang, di dunia ini, ada dua belah. Kita semua tahu akan itu: sebelah positif dan sebelah negatif. Jadi sesetengah manusia memilih untuk mengikut sebelah negatif kerana kelihatan sangat mudah diperoleh, senang dan kita dapat lihat hasilnya dgn serta-merta. Kita boleh memutuskan utk buat perkara yang tidak seperti Tuhan atau syurga tetapi ia akan berikan keterujaan, rangsangan kepada mereka buat sementara waktu dan dengan cepat. Jadi mereka mengikut jenis gaya hidup ini. Seperti kadangkala orang berasa bosan atau murung, kemudian keluar, dapatkan daging orang-haiwan di bar, kemudian minum arak bersamanya dan rasai kesannya dengan serta-merta. Mereka terasa macam kurang murung, lebih gembira dan sebagainya sehingga kesan ini hilang dan mereka menjadi lagi muram.

Kesan sampingan fizikal akan pengaruhi mereka juga. Mereka akan mendapat lebih banyak penyakit, lagi banyak kemurungan. Mereka akan terpaksa habiskan lebih banyak masa di hospital dan segala-galanya akan mempengaruhi mereka dan perniagaan mereka, kerana mereka tak dapat berfikir dgn jelas disebabkan arak dan terlalu banyak daging orang-haiwan, racun daripada daging dan arak. Mereka menjadi semakin kurang cerdas, jadi mungkin tidak berniaga dengan begitu baik. Mungkin mereka juga tidak memperlakukan ahli keluarga sebaik yang mereka mahu. Oleh itu, perbalahan keluarga akan menjadi ketara, diwujudkan dan keluarga menjadi porak-peranda. Keluarga yang pecah belah juga akan berikan kesan buruk yg besar kepada anak dan masyarakat pada umumnya oleh akibatnya kerana kita akan ada orang yang kurang cerdas, kanak-kanak yang kurang ceria dll…

Anda boleh lihat di sekeliling dunia kita, dan anda akan nampak berapa kucar-kacirnya dunia kita. Ini kerana orang tidak berikan kepada diri sendiri bahan api fizikal yang betul untuk badan mereka, seperti kereta. Jika kita berinya bahan api yang baik, ia bergerak dengan lebih baik dan lebih lama, serupa dengan badan kita. Arak, daging orang-haiwan, dadah dan bahan tak betul yang dimasukkan ke dalam badan kita membuat otak, minda kita bercelaru. Ia menjadi seperti hibrid, jadi kita tak dapat kawalnya. Ia akan hanya berikan segala jenis maklumat palsu kepada kita. Kita tak dapat berfikir dengan betul dan sewajarnya. Oleh itu, kita sentiasa buat perkara yang tak betul.

Lagi banyak perkara tak betul yg kita buat lagi tak betul hasilnya. Tetapi orang telah begitu dalam di dalam perangkap macam ini, jadi mereka tak dapat sedar bahawa mereka buat perkara yang tak betul pun dan mendapat hasil yang tak betul. Oleh itu, dunia kita penuh kesengsaraan.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/4)
1
2023-11-12
18823 Tontonan
2
2023-11-13
8900 Tontonan
3
2023-11-14
7670 Tontonan
4
2023-11-15
8686 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android