Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keberhargaan Badan Manusia, Bahagian 5 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mengetahui situasi manusia, melihat begitu banyak susah payah di lautan penderitaan di dunia fizikal, Mereka turun ke sini. Tuhan hantar Mereka ke bawah sini untuk ajar kita, tunjukkan kepada kita jalan pulang ke Rumah semula, cara gunakan sekurang-kurangnya hubungan kita dengan Kuasa Syurga untuk pulang ke Rumah atau pergi ke Alam Buddha – ke mana-mana saja kita ingin pergi. ‘Pulang ke Rumah’ juga bermakna Alam Buddha, Syurga – apabila saya kata Syurga, saya maksudkan sesuatu di atas peringkat fizikal kita. Alam Buddha juga berada di sesetengah Syurga ini. Sesetengah Buddha, pahala mereka begitu besar. Mereka mencipta Syurga sendiri untuk pengikut, anak murid Mereka sendiri yang mengikut Mereka ketika Mereka di Bumi. Mungkin ada tenaga yang tertinggal daripada Buddha itu dan orang percaya kepada Mereka, jadi Buddha itu akan bantu mereka juga, atau hantar Anak Murid Tinggi kepada mereka dari Alam Buddha untuk turun ke sini bagi membantu mereka yang mendoakan bantuan.

Alam Buddha ialah Syurga juga. Jadi kita boleh kata ‘Alam Buddha’ atau ‘Alam Syurga’, sama saja. Ini bermakna bahagia, gembira, kebebasan tak berhujung, berkat tak berhujung, situasi hasrat terkabul tak berhujung setiap saat dalam hidup anda. Anda tak perlu risau. Anda tak perlu bekerja keras. Anda tak perlu takut akan peperangan, penindasan atau apa-apa yang malangnya kita alami di Bumi. Di Bumi, ada kegembiraan yang kurang daripada kedukaan. Kita semua tahu akan itu. Sekarang, di Syurga atau Alam Buddha – bermakna kita tiada semua ini, apa yang kita ada di Bumi – kita hanya ada hati dan perasaan gembira, paling banyak diberkati dan paling puas. Apa-apa yg kita mahukan datang kpd kita Ke mana-mana kita nak pergi, kita terbang ke sana, atau dlm fikiran, kita akan berada di sana. Ini bergantung kepada kita berada di Syurga apa.

Sesetengah Syurga berada di alam yang lebih tinggi, maka kita dapat berfikir saja dan pergi ke mana-mana saja; kita berfikir saja, kemudian apa-apa yang kita mahukan akan datang. Sesetengah Syurga yang lebih tinggi, kita tidak mahukan apa-apa pun kerana kita akan menjadi diri sendiri, Sifat Buddha kita terdedah sepenuhnya dan kita ialah Buddha, atau kita boleh kata kita di Syurga. Kita bersatu dengan Tuhan, maka kita tidak mahukan apa-apa pun.

Tetapi di dalam badan manusia, lebih senang untuk jalankan amalan spiritual disebabkan oleh kesusahan, dan kerana kita ada badan fizikal yang mengandungi kuasa ajaib, kuasa tak berhujung. Itu sebabnya. Sayangnya orang tidak tahu akannya. Saya juga tahu akannya baru-baru ini saja Saya tak tahu ketika saya baru menjadi bermakrifat. Saya tak tahu ketika saya ada anak murid yang sangat sedikit. Hanya kerana saya ada Supreme Master TV dan perlu meninjau begitu banyak kejadian di dunia, saya tahu lebih dalam, lebih mendalam penderitaan manusia, orang-haiwan. Saya lihatnya secara fizikal, mental dan rohani juga. Jadi saya asyik meninjau apa lagi yang boleh saya buat untuk dunia, apa lagi yang saya ada. Kemudian saya menemui semakin banyak kuasa di dalam badan manusia. Itu bagaimana saya dapat hidup hingga sekarang. Saya bayangkan sesiapa yang lain – seorang wanita kecil, begitu lemah – akan hancur lama dahulu lagi jika saya tidak, dengan Rahmat Tuhan, Berkat Buddha, secara beransur-ansur menemui sesuatu pada masa itu, sesuatu kuasa pada masa itu untuk menangani situasi yang dihadapi, dan juga ada lebih banyak Berkat yang mengalir ke dunia.

Jadi memang sekarang baru saya sedar apa yang dikatakan oleh Buddha bahawa memiliki badan manusia adalah jarang dan berharga, dan sangat sukar. Sekarang saya juga menyedari apa yang difirmankan oleh Tuhan bhw Tuhan mencipta manusia dgn Imej-Nya sendiri. Kerana Tuhan, dah tentu, ada begitu banyak Kuasa, kuantiti Kuasa besar sekali yang tak dapat dibayangkan, yang tak dapat kita bayangkan semuanya. Sebelum saya menemui semula jauh lebih banyak kuasa yang tersembunyi di dlm badan manusia, saya tak berapa faham juga. Kita baca segalanya tetapi kita tak sentiasa menyedari apa maksudnya sehingga kita benar-benar tahu akannya dengan kebijaksanaan kita. Ini hanya kerana dunia sekarang ada lebih banyak penderitaan, jadi saya asyik meninjau. Saya asyik cuba ini dan itu, kemudian menemui semula kuasa apa yang telah diberikan kepada manusia – kpd saya, sekurangnya.

Sebab itulah saya beritahu anda supaya menjaga badan anda kerana ia merupakan rumah ibadat Tuhan Sekarang anda faham apa maksudnya badan ialah rumah ibadat Tuhan. Buddha bersabda, “Semua makhluk adalah seperti saya. Mengapa mereka tak tahu akannya?” Sebab itulah Buddha beri galakan kepada kita, berkata, “Saya sudah menjadi Buddha. Kamu akan menjadi Buddha. Kamu tidak kekurangan apa-apa pun. Kamu akan menjadi Buddha juga.” Nabi Isa juga berkata, “Apa-apa yg saya buat, kamu dapat juga. Kamu malah dapat buat dgn lebih baik.” Kerana mungkin Nabi Isa menyedari betapa pentingnya diberi keistimewaan sebegini, badan manusia yang ada begitu banyak kelengkapan – kelengkapan ajaib.

Kita begitu berkeistimewaan menjadi anak Tuhan, bermakna kita dilahirkan dengan Kuasa Tuhan. Buddha maksudkan kita begitu berkeistimewaan menjadi manusia kerana Baginda telah menjadi Buddha dan manusia lain akan menjadi Buddha juga. Buddha tak kata, “Saya satu-satunya Buddha. Kamu semua tak dapat menjadi Buddha. Kamu semua ialah pendosa, jahat.” Buddha tak pernah berkata begitu. Cuma pada masa itu, barangkali Buddha ialah satu-satunya orang atau antara dua atau beberapanya yang telah menyedari Sifat Buddha di dalam diri-Nya. Itu saja. Sama seperti Nabi Isa – barangkali satu-satunya orang pada tempoh masa itu yang telah menyedari Kerajaan Tuhan sepenuhnya.

Tetapi seperti yang anda tahu, dunia ini ialah dunia penuh dugaan, kesengsaraan ini dan kuasa ilusi yang mencabar daripada malaikat ingkar yang memerintah planet ini. Oleh itu, apabila kita datang ke sini, kita hilang ingatan. Kita lupa akan jalan pulang ke Rumah. Ini tak bermakna kita tidak berhubungan, tak bermakna kita tak tahu jalan pulang ke Rumah, cuma kita telah lupa ia di mana walaupun ia ada di sini juga, di dalam diri kita. Anda hanya perlukan seorang Guru bermakrifat yang tahu akan cara untuk menyedarkan anda, tunjukkan kpd anda pada permulaannya dan anda akan terus berjalan hingga penghujungnya. Tiada penghujungnya, dah tentu, hanya cara berkata. Tiada permulaan. Tetapi hanya Guru bermakrifat dapat menunjukkan itu kepada anda, dengan Rahmat Tuhan, dah tentu. Hanya kerana anda ada badan yang berharga – di dalamnya anda ada segalanya yang diperlukan, ada seluruh Alam Semesta di dalam diri anda, ada segala kuasa yang pernah anda bayangkan.

Satu-satunya syarat adalah jika anda lakukannya untuk diri sendiri, beberapa orang anak murid atau beberapa orang ahli keluarga saja, maka anda akan menikmatinya dengan gembira sepanjang hidup, sama seperti banyak saudara seguru anda yang sentiasa menulis Kata-kata Hati yang indah kerana mereka sendiri mengalaminya. Oleh sebab mereka bukan Guru, tidak terpilih untuk menjadi orang yang menjadi korban untuk dunia, jadi apa-apa yang mereka buat, Guru sentiasa bantu mereka. Mereka telah menemui kuasa mereka sendiri di dalam, jadi tak perlu banyak gunakan apa-apa kecuali hanya bermeditasi dengan kaedah yang betul: Kaedah Quan Yin, Kaedah makrifat semerta, Kaedah yang tidak tertulis dalam mana-mana kitab. Kerana seperti yg telah Buddha katakan dalam Kitab Surangama, ada jalan pintas. Kita sudah bincangkan itu beberapa tahun yang lalu. Saya tak dapat asyik ulanginya, terlalu panjang.

Jadi kita diberi peluang untuk pulang ke Rumah, selepas kita nak sendiri cuba untuk lihat berapa kuatnya kita, sendirian. Tetapi kita turun ke Bumi, kita dipukul sampai lebam-lebam, kita dihukum di sana sini atas apa-apa saja atau tanpa sebab kerana tergoda untuk berbuat salah. Kemudian kita begitu letih, lemah dan tak dapat cari jalan pulang ke Rumah pun. Sama seperti terlalu banyak berenang di dalam arus deras: Anda tak dapat sampai ke pantai pun. Jadi anda perlukan seseorang yang ada badan, teknik renang yang kuat, atau seseorang yg ada kapal, dengan perahu untuk datang menyelamatkan anda. Itu misi Guru – menjadi perahu anda untuk bawa anda ke pantai seberang.

Jadi Tuhan asyik hantar Pasukan atau Anak-Nya untuk turun ke sini dan bantu kita sepanjang masa, cuma kadangkala kita terlalu kabur, tak dapat mengenalnya. Sama seperti apabila Nabi Isa dilahirkan, orang masih menunggu Penyelamat. Sama seperti semasa Buddha berada di depan mereka juga, mereka memfitnah-Nya, menunggu Buddha lain turun ke sini. Sekarang mereka menunggu Maitreya turun ke sini semula. Seandainya Maitreya turun ke sini esok, macam mana anda mengenal Dia? Haruskah Dia memakai jubah biksu? Maka pendeta lain akan mengkritik Dia. Macam mana mereka atau sesiapa tahu bahawa Dia ialah Buddha Maitreya? Jika Dia tak memakai jubah biksu tetapi pakaian paderi, macam mana anda akan mengenal Dia di mana-mana? Apabila Dia turun ke sini, Dia perlu buat sesuatu. Dia perlu menjadi seseorang. Macam mana anda tahu yang mana ialah apa?

Meskipun kita makan satu hidangan saja sehari atau tiga biji bijan dan minum tiga teguk air sehari, orang takkan rasa bahawa kita ialah Buddha. Kerana banyak pendeta hari ini masih buat begitu di banyak negara di Asia sekurang-kurangnya, atau di tokong Kota Sepuluh Ribu Buddha, Wànfó Shèngchéng, Guru Hsuan Hua di Amerika Syarikat, di sesuatu tempat dahulu. Semua biksu dan biksuni-Nya mesti makan satu hidangan saja sehari dan makan dengan sangat sedikit. Tiada orang yang pergi ke sana untuk meninjau sama ada mereka semua ialah Buddha. Mereka hidup dengan jimat dan sederhana sekali. Sesetengah biksu malah keluar, berjalan dari kota ini ke kota itu: Satu langkah, mereka bersujud satu kali; dua langkah, dua kali; tiga langkah, tiga sujud – bersujud, hujan atau cerah, di jalanan, bukan di taman tokong yang sederhana di mana-mana. Orang malah berlalu dan mengetawai mereka, memfitnah mereka, marahi mereka, usik mereka, segala jenis sikap buruk tetapi tiada orang yang pergi ke Tokong Hsuan Hua sana untuk mendapat tahu sama ada sesiapa daripada mereka ialah Buddha.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/8)
1
2024-06-28
16402 Tontonan
2
2024-06-29
10469 Tontonan
3
2024-06-30
9692 Tontonan
4
2024-07-01
9528 Tontonan
5
2024-07-02
8467 Tontonan
6
2024-07-03
7970 Tontonan
7
2024-07-04
7606 Tontonan
8
2024-07-05
7429 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android