Excerpt from “Man Died And What He Saw Was So Different Than Expected | Near-death experience” by NDE Diary – Oct. 9, 2022, Daniel Giroux: NDE (Pengalaman Hampir Mati) saya berlaku pada November 1994. Saya bekerja di hutan. Saya sedang menebang pokok. Pokok itu tumbang dan terkena sebelah kiri kepala saya. Saya terhumban. Saya tak rasa sakit sama sekali. Saya terus wujud. Saya hanya nampak badan saya, kemudian segalanya bertukar jadi hitam. Tetapi pada masa yang sama, saya mula alami perasaan sangat gembira ini. Kegembiraan sepenuhnya – – itu hanya keriangan. Kemudian sejurus selepas itu diikuti oleh kasih sayang. Perasaan kasih sayang itu. Kasih Sayang yang sangat dalam. Ia begitu luas. Kelihatan macam kesedaran saya semakin berkembang… Apa yang terbuka di depan saya ialah galaksi. Pada satu ketika, itu… Saya begitu kagum. Ada, saya akan kata, berbilion-bilion. Saya nampak… Saya akan gunakan istilah ini – pinggir galaksi. Saya terdengar suara yang berkata, “Engkau mesti balik. Masamu belum tamat. Engkau belum selesai. Ada lebih banyak lagi utk engkau buat. Engkau mesti balik.” Tidak, saya tak nak balik ke sini. Tidak, tidak, saya… Tidak, saya tak nak balik ke sini.Excerpt from “Young Girl Crosses Over During NDE, This Is What She Saw (Near Death Experience)” by The Other Side NDE – May 27, 2022, Melody Papej: Pada 1958, pada hari Ahad yang indah, kami pergi ke pantai tempatan. Kami sedang berenang. Kakak saya bawa saya dan adik saya dengan rakit. Saya menyelam ke dalam air yang sangat dalam dan hampir tak dapat bernafas. Saya tahu bhw saya hampir mati lemas. Saya berusia tujuh tahun saja pada masa itu dan tak dapat membantu diri. Saya tak dpt buat apa-apa utk bantu diri. Tiba-tiba, saya ternampak cahaya putih. Itu cahaya putih yang sangat terang. Ia menarik saya ke arahnya. Saya mula bergerak semakin ke atas dan semakin dekat. Saya jadi lebih dekat dgn sinaran putih, cahaya putih itu. Di sana, di hujungnya ialah makhluk putih yang bersinar dengan cantik sekali. Saya hanya rasai kasih sayang, empati, kebaikan, keprihatinan, kemesraan, kasih sayang sejati. Ia mengagumkan dan memenuhi diri saya. Ia memenuhi hati saya. Ia memenuhi segalanya di sekeliling saya Di sini, saya, seorg kanak-kanak berusia tujuh tahun, berasa selamat di sebuah tempat yang begitu asing. Saya nak berada di sana selama-lamanya dan perkara dikatakan kepada saya. Perkara diberitahu kepada saya. Kemudian mereka beritahu saya bahawa dah tiba masanya untuk saya balik, dah tiba masanya utk saya pulang ke sini.Excerpt from “Woman Dies & Wants to Stay in Heaven (Near Death Experience)” by Coming Home – Jan. 31, 2023, Dianne Sherman: Nama saya Dianne Sherman. Saya membesar di Beverly Hills, California. Saya telah tunggu selama 10 tahun untuk menjalani pembedahan itu kerana pada masa itu saya perlu jalani pembedahan buka tempurung lutut sepenuhnya. Lepas sepuluh tahun, sekarang dah tiba masa untuk jalaninya. Jadi saya dalam proses pemulihan tetapi terdengar mereka berkata, “Dianne, bangun! Dianne, bangun!” Apa yang saya rasai seterusnya adalah saya ditarik ke belakang lalu ditolak ke depan dalam kegelapan. Apabila saya nampak satu titik cahaya yang kecil ini, saya berfikir saya akan bertahan di sana, keadaan akan baik-baik saja dan saya akan baik-baik saja. Saya memikirkan itu di dalam diri saya. Apabila saya merenungnya, ia mula menjadi semakin besar dan datang semakin dekat. Tiba-tiba, itu… segalanya di sekeliling saya. Saya lihat cahaya itu dan berfikir, “Apakah ini?” Kerana ia seperti awan. Warna putihnya itu saya tak pernah lihat sebelumnya. Ia ada hampir semua warna pelangi di dalamnya tetapi itu putih. Ia ada kesan berkilauan ini. Itu bukan cahaya saja. Itu jirim dan perasaan. Ia berada di sekeliling saya. Saya hanya dapat lihat, hanya dapat rasa, hanya dapat alami. Saya tiada kata-kata untuknya! Bagaimana kita gambarkan kasih sayang tanpa syarat? Saya tak tahu bagaimana gambarkannya. Saya hanya tahu saya tak pernah rasa begitu diambil berat, dikasihi, dihargai, selamat, apa-apa saja yang akan kita hasratkan untuk miliki di dunia ini ialah apa yang saya rasai pada masa itu. Rasa puas. Rasa puas melebihi mimpi saya yang paling besar. Sementara saya rasai ini, sekarang saya bergerak melaluinya dan ia membelah. Tiba-tiba, saya ternampak dua barisan apa yang kelihatan macam pendeta bagi saya. Saya dapat rasai kasih sayang yang mereka pancarkan kepada saya. Apabila saya sampai ke hujung barisan pendeta ini, seorang pendeta melangkah keluar dan berkata, “Engkau tak boleh berada di sini, masamu belum tiba. Engkau mesti balik.” Saya kata, “Akhirnya aku rasai perasaan dihargai. Engkau tak boleh hantar aku balik dari ini. Aku telah pulang ke sini. Satu-satunya tempat yang aku mahukan sepanjang hidup adalah sini, rumah. Aku dah pun di sini. Engkau tak boleh hantar aku balik!” Dia kata, “Engkau ada seorang anak. Engkau mesti balik.” Pada saat itu, saya kembali ke dalam badan saya.Dan sebagainya…
Anda tahu akan mereka semua jika anda baca semua buku mereka, atau anda pergi menemu ramah mereka, tanya mereka apa perasan mereka tentang dunia ini, sama ada mereka ingin balik ke dunia ini. Mereka akan kata, “Tidak, tidak. Kita pasti bodoh nak balik ke dunia ini.” Tuhan hanya nak tunjukkan Syurga kepada mereka dan mahu mereka balik ke sini supaya dapat menyebarkan mesej-Nya untuk menyedarkan orang lain supaya bertaubat awal, segera berpatah balik untuk bantu roh mereka agar mereka tak perlu menderita di neraka atau tersesat di Alam Semesta kosong jika Bumi binasa sepenuhnya dan hilang lenyap. Semua roh yang tak dapat berpaut pada apa-apa pun ini tak boleh mendapat pembebasan, tak dapat berhenti menderita.Jadi tolonglah, saya berharap setiap kali saya bercakap dengan anda, kepercayaan anda menjadi lebih teguh kepada pengadilan akhir Tuhan dan mendapat manfaat terbesar percaya kepada Tuhan, kembali kepada Diri asal anda dengan menjadi baik, memuji Tuhan, berterima kasih kepada semua Guru dan menjadi vegan.Elakkanlah segala jenis pembunuhan, serangga kecil pun di mana-mana saja anda boleh, dan jangan makan lagi daging orang-haiwan, ikan, telur, hasil tenusu, apa-apa saja yg berkaitan dengan orang-haiwan yang menderita, terpaksa menahan semua itu untuk anda dengan tak berdaya. Mereka dirantai! Mereka dikurung hanya untuk keseronokan anda selama bbrp minit. Itu makanan yang kotor. Tolong hentikannya. Tolong jadi vegan. Tolong bertaubat. Tolong memuji Tuhan. Berterima kasih kepada semua Guru yang telah berkorban untuk anda sejak zaman dahulukala supaya dunia kita ada lebih banyak ciptaan yang selesa dan supaya Tuhan masih hantar Guru ke dunia ini untuk mengajar anda apa betul, apa salah, membawa anda pulang ke Rumah – Rumah sebenar anda.Saya juga boleh bawa anda pulang ke Rumah jika anda biarkan saya, jika anda ikut keperluan yang mudah. Saya berjanji akan bawa anda pulang ke Rumah. Saya berjanji kepada Tuhan, saya akan bawa anda pulang ke Rumah. Setelah anda tahu akan Rumah itu, anda tak nak kembali ke sini lagi. Saya sumpah anda takkan nak kembali. Saya bersumpah di depan Tuhan, di depan semua Syurga, neraka, makhluk Bumi bahawa saya bercakap benar kpd anda. Setelah anda tahu akan sekilas pandang Syurga, anda tak nak balik ke dunia di planet ini lagi. Saya sumpah bercakap benar kpd anda. Jika saya membohongi anda, oh, saya harus segera ditelan ke dalam neraka dan berada di sana selama-lamanya. Sekarang anda tahu saya ikhlas dan jujur dengan anda.Alam Buddha, Alam Syurga ialah tempat yang sepatutnya anda berada, tempat Rumah sebenar anda. Tolonglah cuba apa-apa saja yang boleh untuk pergi ke sana. Cari mana-mana Guru yang sudah tahu akan jalan untuk anda. Anda tak perlu cari saya. Jika anda tidak percayai saya, ada Guru-guru di India juga, Guru sebenar daripada keturunan agung, daripada Pengasas asal, contohnya daripada Beas, India. Maka anda pergilah cari mereka. Mereka bergantung kepada Kuasa Pengasas untuk beri inisiasi kepada anda. Tetapi saya tak boleh janji kepada anda bahawa anda akan mendapat makrifat dan pembebasan sepenuh dengan mereka. Saya tak dapat janji. Ini bergantung pada anda dan peringkat mereka juga. Tetapi saya tahu akan satu perkara: sekurangnya mereka tak menipu anda. Mereka tak mengambil wang, merompak atau memperkosa anda kerana mereka orang yang suci, orang yang berprinsip. Meskipun peringkat mrk belum tinggi, anda tetap ada perlindungan yg cukupi. Sekurang-kurangnya anda takkan pergike neraka, dan mungkin jika anda kembali ke hidup ini lagi, anda akan ada Guru lain atau pergi ke planet lain, dan dengan keikhlasan, bakti murni dan keinginan anda untuk pulang ke Rumah kepada Tuhan, Tuhan akan bantu anda mencari Guru lain untuk bawa anda pulang ke Rumah. Bersikap ikhlas, merendah dirilah. Bertaubat. Menjadi vegan. Pergi cari Guru, sesiapa saja yang anda percayai utk memakrifatkan anda supaya sekurang-kurangnya anda takkan pergi ke neraka. Meskipun anda tak dapat melepasi Tiga Alam Boleh Binasa, sekurangnya bagi jangka hayat ini dan beberapa ratus tahun akan datang, anda takkan pergi ke neraka disebabkan berkat inisiasi itu dengan Belas Kasihan Tuhan. Tolonglah buat begitu.Anda tak perlu cari saya. Cubalah. Tetapi cepat. Kita tiada banyak masa. Anda mesti percaya kepada Tuhan. Anda mesti memuji Tuhan, memuji semua Guru. Bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kepada semua Guru, dan menjadi vegan, bertaubat. Menjadi vegan. Bersyukur kpd Tuhan. Berterima kasih kepada semua Santo. Itu saja yang perlu anda buat. Anda tak perlu cari saya sebagai Guru anda. Ini bergantung kepada afiniti dan keikhlasan anda juga. Itu saja yang boleh saya beritahu anda.Tolonglah, dengan sepenuh hati saya, segala keikhlasan saya, segala ucapan selamat saya kpd anda dan segala pujian saya kepada Tuhan kerana membantu anda mencari jalan ke arah pembebasan. Amin. Kasihi anda, kasihi anda, kasihi anda. Jagalah diri, jaga diri, jaga diri. Bertaubat, menjadi vegan. Cari makrifat, tolonglah, tolonglah, tolonglah. Tolong kasihi diri anda sendiri. Buat perkara yang baik untuk anda itu. Jika tidak, anda akan dihukum selama-lamanya, bereon-eon kali di neraka atau dalam kekosangan. Tolonglah. Itu penderitaan yang dahsyat. Kita tak dapat jelaskannya dgn kata-katapun. Percayalah. Pergi cari Guru. Anda tak perlu cari saya. Pergilah cari seorang Guru. Memuji Tuhan supaya anda dapat cari yang baik. Tolonglah, buat sesuatu. Kita tiada banyak masa. Saya tak tahu sama ada Petugas Syurga dan saya dapat terus menangguhkan kebinasaan planet ini.Petugas Syurga dan saya sendiri telah cuba bersungguh-sungguh selama ini tetapi kadangkala kita hanya dapat buat bencana besar menjadi lebih kecil, atau bencana yang lebih kecil menjadi kurang teruk atau hilang. Tetapi jika ia berterusan macam ini, Syurga mungkin berhenti dan dunia mungkin binasa. Terlalu banyak bencana yang kecil, yang telah dikurangkan pun… jika terlalu banyak, dunia tetap boleh binasa, hancur atau musnah. Jadi tolonglah menjadi insan baik. Baik hati terhadap semua makhluk, sesiapa saja yang anda temui, dan memuji Tuhan, memuji semua Guru untuk perlindungan, pengampunan, dan mencari makrifat.Tolonglah, tolong kasihi diri anda sendiri dgn secukupnya untuk pergi cari seorang Guru, pergi cari makrifat! Jika anda tak dapat, sekurangnya bertaubat, menjadi vegan, dan memanggil saya apabila anda berada dalam kesusahan mendesak. Itu saja. Sekian saja buat masa ini. Semoga Kasih Sayang Tuhan bersama anda. Semoga Tuhan biar anda tahu akan Kasih Sayang-Nya. Amin.Photo Caption: Menunjukkan Tanda BudimanTempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 19/19
2024-09-19
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi sesiapa pun anda, berdoalah dengan khusyuk untuk perlindungan diri sendiri dan ahli keluarga anda. Jangan sangka bahawa menjadi Buddha adalah ada kerja yang hebat. Bukan macam itu. Kita bekerja seperti di neraka. Kita macam bekerja di tiga alam yang berlainan: Bumi, Syurga dan neraka, dan alam-alam lain di antaranya juga.Jika karma dunia terlalu berat dan kita terus nak membantu, campur tangan, bantu orang menyelamatkan dunia, maka selalunya kita perlu bekerja sendirian kerana Syurga tak dibenarkan untuk membantu kita kerana kita campur tangan dengan terlalu dalam ke dalam karma berat. Tetapi saya sentiasa memuji Tuhan supaya bantu saya. Memuji Tuhan atas Tuhan bantu saya, melindungi saya dan biar saya buat apa yang boleh – dibenarkan untuk membuat. Saya buat sebaik yang boleh. Saya juga berharap anda buat sebaik yang boleh dan Tuhan akan melindungi anda, akan bawa anda pulang ke Rumah dengan sesuatu cara, atau melalui campur tangan fizikal dan cara fizikal saya, tunjukkan jalan untuk bawa anda pulang ke Rumah, ke Rumah sebenar anda. Kemudian anda akan tahu, “Oh, dunia material ini tiada apa-apa yang hebat! Ya Tuhan, mengapa saya tak tahu lebih awal?”Banyak orang yang mati untuk seketika, beberapa minit atau setengah jam pun, kembali ke dunia ini, tiada sesiapa yang nak kembali ke dunia ini. Tiada sesiapa yang nak kembali ke sini.