Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dalam Keamanan, Kita Dapat Capai Syurga, Bahagian 13 daripada 16

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika kita nak mengajar orang, sebaik-baiknya ajar dengan contoh. Bukanlah jika kita banyak bercakap, kemudian orang akan dengar. Jika orang lihat kita buat perkara yang baik dan betul, dgn perlahan-lahan, meskipun mereka tidak belajar, tak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka takkan berbuat jahat. Mereka tidak buat dengan baik tetapi sekurangnya takkan buat dengan begitu buruk juga.

Selama ini, kita ketawa bersama dunia dan menangis bersama dunia kerana kita semakin faham bahawa kita semua satu entiti. Kita semakin faham bahawa penderitaan mereka ialah penderitaan kita kesakitan mereka ialah kesakitan kita. Tiada bezanya. Selepas jalankan amalan spiritual, kita semua tahu ini – bahawa kita semua sama seperti satu badan yang besar. Orang di sebelah kita sama seperti tangan dan kaki kita. Kemudian seluruh Bumi ialah satu badan yang sangat besar. Setiap orang ialah sel yang berlainan, bahagian badan yang berlainan, bahagian badan. (Organ.) Organ. Organ badan. Itu saja.

Dah lama saya tidak berbahasa Cina, Saya telah lupa akan semuanya. Nasib baik kamu mengadakan majlis yang begitu meriah supaya saya dapat berlatih berbahasa Cina apabila balik ke sini. Jika tidak, saya akan lupa semuanya. Belajar dgn cepat tapi lupa dgn cepat juga Juga kerana ada VIP yang datang. Saya jemput mereka datang, jadi saya juga balik ke sini. Kamu harus berterima kasih kpd mereka. Malam ini, kita akan lagi banyak menzahirkan rasa terima kasih.

Saya berkata kepada mereka, oleh sebab kamu di sini, kamu VIP datang, jadi saya balik ke sini juga – salah satu sebab utama. Jadi saya kata mereka harus berterima kasih kpd kamu. Sebab itulah mereka tepuk tangan. Ini utk berterima kasih kpd kamu, VIP. Saya juga kata malam ini kami akan lebih banyak zahirkan rasa terima kasih. Sekarang hanya program yang berlainan. Sekarang mereka harap saya katakan sesuatu yang baik untuk Tahun Baharu – kesimpulan untuk hujung tahun dan ilham untuk permulaan.

Adakah kamu semua faham apa yang saya katakan tadi? (Ya.) Kamu ada terjemahan tak? (Ya.) Tiada fon telinga? Ya? (Ya.) Tiada? Ya atau tidak? (Ya.) Okey. Maka saya boleh berbahasa Inggeris atau Cina. Tak mengapa? Baiklah. Tak apa,

saya akan berbahasa Cina. Oleh sebab kita di Taiwan (Formosa), kita hormati orang tempatan. Orang Taiwan (Formosa) juga bekerja keras sekali untuk buat tempat ini menjadi sangat indah. Walaupun tempat kita sangat sederhana, namun kamu memperindahnya. Ia sangat indah. Semua orang banyak bekerja dan saya hargai itu. Saya hargainya. Saya hargai kerja keras kamu untuk buat tempat ini menjadi sangat elok. Saya tidak jangkakan kamu buatnya menjadi begitu elok. Saya hanya minta kamu buat sesuatu sebaik yang boleh untuk tetamu kita tetapi kamu buatnya dengan elok sekali. Saya sangat gembira. Saya sangat gembira, terima kasih.

Sekarang tak perlu bercakap tentang masa lalu lagi. Sekarang tahun baharu, jadi kita akan bercakap tentang perkara baharu. Lagu yang kita nyanyikan tadi adalah seperti lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Setiap tahun baharu adalah seperti hari jadi. Tiada banyak bezanya. Kita mulakan semula – satu tahun lagi. Kita mendapat satu tahun lagi apabila kita dilahirkan, dan sekarang setiap tahun ialah satu lagi tahun tambahan, sama seperti dilahirkan semula. Jadi tidak kira apa kesilapan yang telah kita buat pada masa lalu, pada tahun baharu, kita memang mesti bersumpah untuk mulakan semula. Kita lupakan masa lalu sepenuhnya dan mulakan semula mulai hari ini. Sama seperti bayi, kita mulakan semula. Mulai hari ini, kita hanya buat perkara baik, hanya fikirkan perkara baik, hanya katakan perkara baik. Buat sebaik boleh, cuba sebaik boleh. Kadangkala tabiat sukar diubah.

Jika kita telah buat banyak perkara baik pada tahun lalu, tahun ini kita harus buat dgn lagi banyak dan perkara yang lagi baik. Apa-apa kemajuan yang telah kita capai dalam meditasi tahun lalu, tahun ini kita harus bertambah maju lagi. Saya tahu kamu dah cuba bersungguh-sungguh. Saya memang kagum, sangat kagum. Saya memang bercakap benar, sangat kagum. Kerana saya tahu, orang biasa (ping-fan)… Bagaimana sebut ‘biasa’ (ping-fang atau ping-fan)? (‘Fan’.) ‘Fan’? Bunyi yang sama dengan ‘fan-nao (kerunsingan)’? Dah tentu, ‘ping (ketenangan/biasa)’ tetapi juga ‘fan (kerunsingan)’. Sesuatu macam itu. Perkataan Cina sangat menarik. ‘ping (ketenangan/biasa)’ dan ‘fan (kerunsingan)’, ada baik buruknya. Ada kegembiraan dan kerunsingan. Mungkin perkataan ini berbeza dalam tulisan tetapi orang kita pada zaman dahulu tahu bahawa ada ‘ketenangan’ dan ‘kerunsingan’. Macam inilah dunia ini, dunia Sahā. Tetapi bagi orang biasa, saya tahu kehidupan mereka tidak semestinya begitu baik dan lancar. Kadangkala seluruh badanmu sakit tetapi tetap perlu pergi bekerja kerana kamu ada keluarga dan tanggungjawab, ada syarikat dan banyak orang bergantung pada kamu. Kamu harus pergi bekerja. Kadangkala kamu rasa lemah tetapi tetap perlu pergi dengan rela. Kamu perlu bekerja meskipun tidak mahu kerana kamu perlu hidup. Kamu perlu banyak bekerja setiap hari bagi memperoleh wang yang mencukupi untuk menyara keluarga.

Jadi kehidupanmu sebagai orang biasa adalah sibuk dan penuh tekanan. Ada lebih banyak penderitaan daripada kegembiraan tetapi sekarang kamu telah jalankan amalan spiritual, dah tentu, kamu jauh lebih gembira. Betul? (Ya.) Begitu pun, kamu tetap perlu bekerja. Saya juga tahu kehidupanmu sibuk. Kadangkala sangat meletihkan. Tetapi begitu pun, kamu tetap rajin menjalankan amalan spiritual, tidak makan daging (orang-haiwan) atau minum arak. Kamu berhenti membuat apa-apa yang tidak wajar. Kemudian kamu buat kerja bantuan bencana dan bantu orang susah. Jadi kamu memang wira saya. Terima kasih! Di dunia ini, menjalani kehidupan orang biasa dah cukup susah. Kamu pergi bekerja setiap awal pagi dan balik pada waktu malam. Kamu perlu menjaga keluarga dan membayar cukai. Kamu perlu bayar banyak bil dan perbelanjaan keluarga. Kamu sudah bekerja keras sekali dan letih lesu. Tambahan pula, Mahaguru Ching Hai itu tetap minta kamu bermeditasi selama 2.5 jam.

Di mana nak cari masa? Kamu tetap mesti cari masa kerana jika kamu tak bermeditasi, Dia akan marahi kamu. Bukan sahaja Dia akan marahi kamu tetapi saudara seamalan akan pandang rendah terhadap kamu juga. Dan disebabkan tidak bermeditasi dengan secukupnya, semangatmu rendah, kebijaksanaanmu berkurangan, kemudian akan mengucar-ngacirkan perkara, tidak buatnya dengan betul, kemudian akan merosot kembali. Jika kamu tidak bermeditasi selama 2.5 jam, kamu akan rasa malu dan bersalah. Jadi kamu mesti bermeditasi. “Kita dah bekerja selama lapan hingga sepuluh jam dan memandu dalam udara toksik itu selama satu atau dua jam. Apabila kita sampai di rumah, Dia masih minta kita bermeditasi, kurang menonton TV, tidak baca surat khabar, kurang bersembang, kurang bercakap di telefon, tak boleh minum arak dan tidak makan daging (orang-haiwan). Ya Tuhan! Mengapa Dia minta begitu banyak daripada kita? Orang Ching Hai itu.” Tetapi kamu tetap dengar kata-kata-Nya. Ganjil itu.

Kamu dapat lakukannya, malah bantu buat kerja bantuan bencana. Sebelumnya, sebagai orang biasa, kamu bekerja siang dan malam tapi tetap tidak memperoleh wang yg mencukupi. Sekarang kamu bekerja dengan lebih rajin, tambahkan 2.5 jam untuk meditasi juga dan malah dapat jimatkan wang untuk bantu orang lain. Sebelumnya, kamu tiada wang yang mencukupi tetapi sekarang kamu ada lebih banyak. Sebab itulah kamu perlu dengar. Dia bantu kita memperoleh wang.

Kerana saya ajar kamu cara berjimat – bukan mencari lebih banyak wang tetapi menyimpan lebih banyak. Lebih banyak penjimatan bermakna lebih banyak wang. Jimatkan 10 sen adalah memperoleh 10 sen, sama saja. Jika kamu peroleh lebih banyak tetapi belanjakan lebih banyak, maka sama saja. Sebelumnya kamu sering jatuh sakit. Sekarang kamu sihat dengan makan makanan vegan. Kamu jimatkan banyak dalam perbelanjaan perubatan. Oleh sebab kamu lebih sihat, kamu dapat lebih banyak bekerja, tidak bersusah payah. Jadi kamu jimatkan banyak dari banyak segi. Membeli tauhu adalah lebih murah daripada beli daging (orang-haiwan). Kamu jimatkan lebih banyak sikit.

Pada hari Ahad, kamu hadiri meditasi berkumpulan dan berdoa – jimatkan banyak wang. Sebelumnya, kamu keluar pada hari Ahad, makan, minum dan berseronok. Kamu berjudi di luar dan kehilangan semua wang titik peluhmu, contohnya, atau minum arak dan jatuh sakit, atau mabuk dan berlawan, mengalami kerugian besar dan juga buat ahli keluargamu menderita. Sekarang kamu tidak melakukan itu lagi. Setiap Ahad, kamu pergi bermeditasi, berkelakuan baik dan jimatkan banyak wang. Apabila kamu pulang ke rumah, isterimu berfikir, “Ah! Dia berkelakuan baik sekali – tidak pergi berjudi, tidak minum arak lagi. Lelaki yang begitu baik.” Kemudian isterimu lebih kasihi kamu dan keluargamu lebih damai. Apabila keluargamu damai, anak-anak gembira. Semua orang gembira dan sihat. Badanmu terasa lebih selesa dan mindamu terasa sangat baik. Sebab itulah kamu dengar kata-kata saya. Betul? Ya atau tidak? (Ya.)

Jika apa yg saya ajarkan adalah tak betul, dah tentu kamu takkan dengar. Mana boleh kamu dengar? Kamu bukan orang bodoh, kan? Saya tahu kamu ialah bos besar, jutawan, presiden syarikat, pengerusi dan lain-lain. Kamu ialah profesor universiti, guru sekolah rendah, segala jenis orang, sangat cerdik. Orang Taiwan (Formosa) juga antara orang yang paling cerdik. Kamu telah mencipta banyak benda yang baik dan buat banyak perkara yang mengagumkan. Jadi kamu bukan orang bodoh.

Kamu dengar hanya jika baik dan logik, kan? Tidak kira siapa katakannya, jika tidak logik, kita takkan dengar. Kamu tidak bodoh, tak perlu berkata apa-apa lagi. Oleh sebab kita jalankan amalan spiritual, anak akan ikut juga, maka mereka takkan pergi berlawan. Mereka takkan ikut rakan sekelas mereka dan belajar tabiat buruk kerana kamu tunjukkan contoh yang baik di rumah. Ibu bapa yang baik pasti ada anak yang baik. Itu jauh lebih selamat. Jika anak kita belajar untuk menjadi baik sejak kecil lagi – belajar untuk menjadi berdisiplin, sopan dan mulia, maka mereka takkan berubah apabila dah besar.

Kebanyakan orang yang berbuat jahat apabila dah besar, semuanya disebabkan mereka tidak dilatih dengan baik ketika masih kecil. Ibu bapa mereka tidak menjaga mereka, atau mungkin mereka alami zaman kanak-kanak yang sangat menyakitkan, atau ibu bapa hilang, atau ibu bapa bercerai, atau ibu bapa tidak tunjukkan contoh yang baik, kemudian anak tak tahu nak bergantung pada siapa. Mereka keliru dan tak dapat bezakan apa betul, apa salah, jadi apabila keluar, mereka ditipu dan digoda oleh orang lain. Mereka bergaul dengan orang jahat, bergaul dengan geng dan terus berbuat jahat. Kemudian ia menjadi suatu tabiat dan mereka tak dapat ubahnya. Masyarakat mengutuk dan menolak mereka. Mereka menjadi semakin tersisih daripada masyarakat dan tiada tempat bergantung. Jadi mereka lebih cenderung kepada geng, orang jahat dan menjadi semakin buruk macam itu.

Jika keluarga adalah stabil dan ibu bapa tunjukkan contoh mulia yang baik, anak pasti takkan menjadi orang jahat apabila mereka dah besar. Akan ada sangat sedikit, jika ada pun. Sifat buruk adalah kurang juga. Mereka takan menjadi jahat sampai mana-mana tahap pun. Contohnya, saya minta kamu supaya tidak merokok, tidak minum arak, tidak bunuh, tidak cederakan orang lain, tidak cederakan mana-mana makhluk hidup. Mungkin anakmu tidak ikut kamu sepenuhnya. Mungkin dia akan merokok, mungkin dia akan berjudi sikit, mungkin disebabkan pengaruh luar tetapi mustahil bagi dia membunuh. Dia juga akan tahu mengkaji diri dan bermuhasabah. Oleh sebab kamu melatih dia sejak kecil lagi, meskipun dia berbuat jahat, hati nuraninya pasti akan sentiasa mengingatkan dia. Mungkin dia takkan berbuat jahat dengan lama. Meskipun dia berbuat jahat, dia takkan lakukannya dengan begitu jahat, hanya nakal sikit. Contohnya, mungkin dia merokok sekali-sekala. Itu boleh difahami. Jadi jika ibu bapa adalah baik, itu baik untuk keluarga dan banyak menyumbang kepada masyarakat. Kita takkan perlu menjadi pengaman. Dunia akan aman damai.

Keamanan dunia bermula daripada keamanan dalam keluarga. Di China, kita kata, “Memperbaik diri, mengharmonikan keluarga, mentadbir negara dan mendamaikan dunia.” Jadi jika kamu semua dapat memperbaik diri, dah tentu, dunia akan menjadi damai. Kerana selepas kita mula jalankan amal spiritual, kita ada ketamakan dan cita-cita rakus yg kurang. Kita tahu akan tempat kita. Di mana-mana pun Tuhan letak kita, kita berada di sana. Apa-apa yang kita diminta utk lakukan, kita akan lakukan dengan sebaik boleh. Sama ada itu memungut sampah atau jual tauhu, kita bangga dengannya kerana kita bersih. Kita menjalani kehidupan yang mulia dan mengagumkan. Kita ada sifat yang sangat baik. Kita menyumbangkan sifat terbaik kepada masyarakat dan keluarga. Menyumbangkan sifat baik kepada keluarga bermakna menyumbangkan sifat baik kepada masyarakat dan dunia juga.

Oleh itu, kita tak boleh berkata bahawa satu orang tidak penting. Jika satu lampu dapat beri sumbangan, satu orang dapat juga. Seluruh rumah telah gelap selama beribu-ribu tahun tetapi sebaik saja kita masuk dan buka lampu, seluruh rumah menjadi terang dengan serta-merta. Satu lampu dah cukup untuk setiap sudut. Kita hanya perlukan satu lampu, seluruh rumah akan menjadi terang. Tak perlukan banyak lampu. Oleh itu, di setiap pelosok dunia, jika ada segelintir orang yang ada sifat baik seperti kamu, dah tentu, dunia akan menjadi semakin aman damai. Tahniah kepada dunia. Saya ucapkan tahniah kepada dunia.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (13/16)
1
2024-10-08
2532 Tontonan
2
2024-10-12
1755 Tontonan
3
2024-10-15
1704 Tontonan
4
2024-10-19
1327 Tontonan
5
2024-10-22
1255 Tontonan
6
2024-10-26
1052 Tontonan
7
2024-10-29
1038 Tontonan
8
2024-11-02
1031 Tontonan
9
2024-11-05
1070 Tontonan
10
2024-11-09
1056 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android