Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Buddha: Pahala Menjadi Biksu, Bahagian 6 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi sewaktu bermeditasi, kamu harus tinggalkan segalanya. Tinggalkan badanmu, tinggalkan kawanmu, tinggalkan segala-galanya. Tak memikirkan apa-apa pun. Hanya memikirkan keagungan dewa-dewa yang saya beritahu kamu. Sekurang-kurangnya kamu akan dilahirkan di salah satu kawasan ini. Kemudian Guru terus bantu kamu. Jika kamu fikirkan apa-apa yang lain, semoga Tuhan bantu kamu.

Kemudian biksu tua itu berfikir, “Okey. Kali ini jika aku tanya dia... Dia kelihatan sangat relaks. Jika aku tanya dia tentang apa yang berlaku sebelumnya, barangkali dia akan beritahu aku.” Jadi dia kata, “Baiklah. Dengar sini, saya akan beritahu kamu sebab di sebalik semua pemandangan yang kamu lihat tadi ini. Okey. Wanita pertama yang mati di pantai ialah isteri Takbak. Dia penduduk Sravasti. Dia sangat cantik, jadi suaminya sangat cintainya. Tapi Takbak pergi berniaga. Oleh sebab dia terlalu cintai isterinya, dia bawa isterinya bersama dengannya di perjalanan. Ada 500 orang saudagar lagi, pergi ke laut bersama-sama. Pada zaman dahulu, mereka pergi ke laut di kawasan yang dalam utk cari permata, batu permata, mutiara dan sebagainya, atau kayu yang terapung di atas air, kayu berharga seperti kayu jati, kayu cendana dan sebagainya.

“Jadi di sana, dia sentiasa buat dirinya cantik dan sentiasa berkelakuan sangat megah diri. Dia rasa sangat bangga... Bukan saja bangga tetapi angkuh dengan kecantikannya, mendambakan kecantikannya juga. Di tengah-tengah laut tiba-tiba muncul seekor penyu yang besar. Ia pecahkan kapal, jadi semua orang mati. Jadi semua yaksa dan puntianak membuat angin yang sangat besar untuk meniupkan semua mayat ke atas pantai kerana laut tak menerima mayat.” Jadi kadangkala apabila ada taufan dan sebagainya di lautan, di laut, itu kerana syaitan, hantu dan hantu kecil membuat angin untuk buat sesuatu. Mungkin mereka menolak semua mayat ke atas pantai atau sesuatu macam itu atau untuk bersihkan permukaan laut. “Jadi semua orang ini, bergantung kepada keinginan mereka ketika mati atau apa yang mereka fikirkan ketika mati, akan lahir semula di kawasan-kawasan yang berlainan. Tapi wanita ini, oleh sebab dia sangat suka akan dirinya, kecantikannya, dia rasa kesal meninggalkan badannya, jadi dia lahir semula sebagai berenga ini. Oleh itu, sentiasa menjalar ke sana sini untuk lihat mukanya sendiri dan tak boleh mendapat pembebasan.

Seseorang boleh tanya, ‘Jika bergantung kepada keinginan kita sendiri, perdambaan kita sendiri, maka kita lahir di tempat macam itu atau kedudukan atau menjadi macam itu untuk memenuhi keinginan kita, maka mana boleh sesiapa lahir di neraka kerana tiada orang yang mendambakan neraka, tiada orang yang suka akan neraka? Mengapakah seseorang lahir di neraka?’” Logik, kan? Logik. “Kemudian mereka kata bahawa ketika orang-orang ini masih hidup, jika kita mencuri wang atau harta benda Tiga Permata seperti Buddha dan Sangha, atau mencuri benda daripada ibu bapa atau bunuh orang lain, jenis dosa ini sangat besar. Kita perlu turun ke neraka, selama-lamanya jenis api ini membakar kita. Tapi orang itu, sebelum mati, dia akan hidapi sejenis penyakit selesema. Dia rasa sangat sejuk, mungkin selesema atau sesuatu macam itu sebelum mati. Jadi dia sentiasa rasa sangat sejuk. Apabila dia mendapat penyakit sebegini, dengan kesejukan begitu sejuk macam itu, dia sentiasa memikirkan kepanasan. Dia sentiasa lebih suka berada di kawasan panas, api atau sesuatu macam itu. Apabila dia berfikir macam itu, dia akan ditarik ke neraka api.

Wau! Mekanisme sebegini! Sukar dipercayai! Jika kamu mendapat selesema atau sesuatu, jangan memikirkan api. Fikirkan ais. Maka kamu akan dilahirkan di neraka ais sekurang-kurangnya. Maaf. Jangan fikirkan apa-apa pun! Hanya memikirkan Buddha, memikirkan Guru, memikirkan Tuhan. Lafazkan nama Lima Raja Besar Syurga. Maka kamu akan dilahirkan di sana.

Saat mati sangat penting. Apa-apa yang kita fikirkan pada masa itu, kita akan menarik kedudukan atau tempat yang sesuai untuk dilahirkan. Sebab itulah ketika masih hidup, kita mesti berlatih mati. Berlatih. Jadi sewaktu bermeditasi, kamu harus tinggalkan segalanya. Tinggalkan badanmu, tinggalkan kawanmu, tinggalkan segala-galanya. Tak memikirkan apa-apa pun. Hanya memikirkan keagungan dewa-dewa yang saya beritahu kamu. Sekurang-kurangnya kamu akan dilahirkan di salah satu kawasan ini. Kemudian Guru terus bantu kamu. Jika kamu fikirkan apa-apa yang lain, semoga Tuhan bantu kamu.

Jadi ini mekanisme yang sangat bijak. Sukar dipercayai! Buat kita sakit, sejuk, menggigil macam itu. Maka kita memikirkan api, kepanasan, kemudian kita akan menarik diri ke itu, ke neraka api yang panas. Jadi jangan begitu takut. Maksud saya, meskipun dulu kamu buat apa-apa yang salah, lepas inisiasi, kamu dah tahu apa betul, apa salah. Guru dah cuba bantu kamu melaraskan karma. Hanya tak melakukannya lagi. Maka apabila kamu mati, kamu takkan memikirkan itu. Kamu takkan dibuat menarik diri, meletakkan diri di kedudukan memikirkan penderitaan.

“Jika sesiapa mencuri lampu daripada orang yang buat tawaran kepada Buddha...” Tahulah, untuk memuja Buddha, mereka letak lampu. Pada zaman dahulu, sangat gelap, tiada tenaga elektrik, jadi orang yang datang jumpa dengan Buddha, mereka bawa lampu. Mereka bawa lilin atau lampu supaya pada waktu malam, Sangha, Buddha boleh gunakannya untuk menerangi jalan dan dapat berjalan. Atau mereka bawa benda yang berguna. Mereka bawa pakaian dan sebagainya untuk ditawarkan kepada Buddha dan Sangha kerana Buddha dan Sangha tak berduit. Mereka tak mencari wang. Mereka hanya ajar orang dan bergantung pada orang lain untuk hidup, untuk mengajar. Mereka boleh buat kerja, cuma mereka ialah biksu. Mereka hanya nak jimatkan semua masa untuk mengajar orang lain, bermeditasi atau belajar dengan Buddha. Jadi apabila orang biasa datang, mereka bawa segala jenis benda. Mungkin mereka bawa mangkuk, mangkuk sedekah, pakaian, lampu atau ubat, sesuatu yang diperlukan. Mungkin mereka juga bawa sesuatu seperti cendana, setanggi dan sebagainya kerana itu akan menjauhkan nyamuk dan serangga, faham? Sebab itulah kita lihat Buddha ada dupa. Kemudian lepas Buddha wafat, mereka nyalakan dupa di depan patung Buddha. Saya tertanya-tanya sama ada nyamuk boleh gigit patung batu atau tidak. Pernah kamu lihat nyamuk gigit Buddha batu? Tidak. Agaknya tidak. Tapi itu tradisi yang baik. Ia juga bantu peniaga dupa memperoleh wang, jadi tak apa. Tak memudaratkan.

Jika orang hanya mencuri sesuatu seperti lampu, kayu api untuk nyalakan api, obor, rumput kering atau apa-apa saja yang Buddha dan Sangha perlu gunakan kadangkala atau jika kita masuk dan merobohkan bilik Sangha, mengotorkannya, membuat kacau, atau dewan khutbah, merosakkan dewan khutbah, segala jenis vandalisme, terhadap orang lain pun, bukan Buddha dan Sangha saja... Pada musim sejuk, jika atas sebarang sebab kita tanggalkan pakaian seseorang, buatnya kesejukan, atau kerana kita berkuasa, meskipun cuaca dah sejuk, kita menuang air sejuk pada mereka dan sebagainya, buat mereka mati kesejukan atau kepanasan atau mencuri pakaian mereka, segala jenis perbuatan ini akan membawa orang itu ke neraka, neraka ais, neraka sejuk. Pada mulanya, orang ini akan hidapi demam panas dan seperti membakar badannya, rasa sangat panas. Jadi dia memikirkan kesejukan, ais dan sebagainya. Ketika berfikir macam itu, dia mati. Ia buatnya berfikir macam itu dan mati. Itu satu-satunya tujuan demam panas. Pada masa itu, macam itu. Kemudian dah tentu, lepas tinggalkan badan, roh tinggalkan badan, dia pergi ke neraka ais, sejuk.” Buddha telah menamakan sangat banyak seperti Utpala, Padma, Kumada, Pundarika dan sebagainya. Ini nama neraka sejuk, barangkali dalam bahasa Sanskrit. Saya tak ingat semua ini, maaf.

“Di jenis neraka sejuk ini, penjenayah sentiasa rasa sangat sejuk. Badannya mengecut. Ia seperti prun kering atau sesuatu macam itu. Kemudian otaknya sangat mudah pecah di dalam, senang pecah, segala-galanya. Kemudian seluruh tengkoraknya pecah menjadi seribu cebisan. Kemudian semua tulang dalam badannya patah dan menjadi seperti anak panah. Kemudian dia pulih semula dan menderitaan macam itu sekali lagi, secara berulangan, tapi dia takkan mati.” Dah tentu, pada masa itu, dia dalam badan astral. Dia takkan mati. Dia rasai segala penderitaan juga. Dia tak dapat bersembunyi di mana-mana dan tak dapat menghentikan proses ini sehingga dosanya telah dibersihkan.

Jika sesiapa, disebabkan oleh ketamakan, merompak harta benda orang lain dan orang itu mati kelaparan dan kedahagaan, maka orang itu akan menjadi hantu lapar apabila mati, perompak. Pertama sekali, dia akan hidapi sejenis penyakit bergas. Perutnya menjadi sangat bengkak, kembung. Dia tak dapat makan. Dia tak dapat mencernakan makanan. Kemudian tabib akan bawa makanan yang baik dan memujuknya supaya makan, “Ini makanan yang baik. Ini enak. Ini manis. Ini senang dicernakan dan sebagainya. Kamu cubalah makan dan penyakitmu akan disembuhkan.’ Kemudian pesakit itu naik marah dan berkata kepada tabib, ‘Saya benci semua ini. Saya takut akannya. Jangan biar mata saya nampak makanan ini lagi.’ Pada masa itu, ketika dia befikir macam itu, dia mati. Kemudian dah tentu dia akan menjadi... Disebabkan oleh fikirannya sebelum mati, dia menjadi hantu lapar.

Ada orang lain yang begitu sombong dan bodoh, tak mempercayai Tiga Permata, bermakna Guru bermakrifat, ajaran dan Sangha, jemaah, atau mungkin memfitnah Buddha, memandang rendah terhadap Buddha dan juga tak hidup mengikut standard manusia seperti cukup bermoral, tak taat kepada ibu bapa, tak bantu saudara mereka atau orang lain dalam suku mereka sewaktu mereka perlukannya dan sentiasa sangat menurutkan hati dalam keseronokan sensual. Dia tak membezakan, ini saudara-mara atau ini orang yang tak dikenali, lakukan segala jenis sumbang mahram atau seumpamanya. Dia juga tak percaya bahawa ada sebab dan balasan. Dia tak mempercayai itu. Kemudian dia sakit, berbaring di sana, mengerekotkan badan. Dia tak dapat meregangkan diri kerana sewaktu sihat, dia tak nak dengar kata-kata yang betul, tak nak dengar kata-kata moral. Kemudian pada masa itu, ibu bapa dan ahli keluarga tahu bahawa pesakit ini akan mati tak lama lagi. Jadi mereka cuba beritahunya, ‘Okey, kami akan melafazkan kitab untuk kamu. Cuba mendapatkan perlindungan Buddha dalam hatimu. Kemudian kamu lihat gambar Buddha dengan rasa hormat. Kemudian kamu cuba melafazkan nama Buddha supaya dosamu akan dikurangkan dan ada semakin banyak pahala. Okey? Semua benda milikmu sekarang, kamu akan mati tak lama lagi, kami akan berikannya kepada orang lain, orang miskin.’ Walaupun mereka bercakap dengan suara yang lembut, cuba menenangkannya dan bawanya ke pandangan yang betul macam itu, namun dia tak suka akannya. Dia sangat marah. Dia kata, ‘Saya bersumpah tak nak dengar semua kata-kata ini lagi. Ini karut bagi saya, tak bererti. Apabila saya mati, tiada apa-apa pun, tiada pahala, tiada dosa. Apabila saya mati, semuanya habis.’ Ketika berfikir macam itu, dia mati. Disebabkan oleh pandangan salah yang difikirkannya sebelum mati, dia dilahirkan di peringkat rendah binatang buruk. Kerana binatang tak berpeluang untuk mempelajari budaya, moral, tak menghormati ibu bapa, orang tua. Mereka lahir sebagai jenis binatang itu. Jadi semuanya disebabkan oleh fikiran pesakit ini sebelum mati.

Tapi jika sesiapa suka mengembangkan standard moral, menyemaikan benih sifat manusia dan mematuhi Lima Rukun, maka dalam hidupnya dia tak hidapi penyakit yang menghancurkan badan dan mindanya macam itu, rasa sangat resah macam itu, dan apabila mati, hatinya sangat tenang, fikirannya sangat gembira dan normal. Dia takkan menjadi keliru dan terseksa seperti pesakit lain yang disebut tadi. Dia tahu bahawa dia akan mati. Jadi apabila keluarganya tanya dia sama ada dia nak dengar ajaran Buddha, sama ada nak lihat gambar Buddha, sama ada nak dengar Sangha khutbahkan Kebenaran... ‘Kamu nak menjadi vegan tak? Kamu nak membuat tawaran kepada Tiga Permata tak?’ Pesakit ini kali ini berkata, ‘Ya, ya, ya! Sangat bagus! Saya suka semua ini. Lakukannya untuk saya.’ Jadi ahli keluarganya terus berkata, ‘Baiklah. Jika kamu dengar, kamu baca Dharma, kitab dan lihat Buddha, kamu akan masuki jalan Buddha. Jika kamu buat tawaran untuk cetak kitab, ajaran, maka ke mana-mana pun kamu pergi, kamu akan ada kecerdasan dan kebijaksanaan. Maksud saya, untuk banyak hayat. Kamu juga akan memahami banyak perkara, bermakna ajaran. Jika kamu buat tawaran kepada Sangha, bermakna biksu dan biksuni, di mana-mana pun kamu dilahirkan, kamu akan menjadi kaya dan bahagia, apa-apa yang kamu perlukan, kamu akan sentiasa ada.’ Jadi pasakit itu, orang yang hadapi ajal dengar itu, dia sangat gembira dan bersumpah, ‘Okey, di mana-mana pun saya dilahirkan pada masa depan, biarlah saya temui Buddha, Sangha dan ajaran.’ Jadi lepas orang itu mati, dia lahir semula sebagai manusia sekali lagi.

Jika sesiapa mematuhi Sepuluh... Sepuluh Rukun, lebih banyak sikit daripada Lima Rukun, kemudian gunakan pahala itu untuk berhasrat dilahirkan di syurga, menjadi dewa tinggi di syurga, atau sesiapa mematuhi rukun dengan rajin, betul sekali, kemudian sentiasa buat kerja amal dan mematuhi semua rukun baik ini, sekurang-kurangnya lima yg saya berikan atau Lapan Cara Penyucian, apabila mati, dia akan rasa tenang. Dia boleh berbaring macam ini dan lihat gambar Buddha, tiba-tiba dia akan terdengar Muzik alam syurga. Kita boleh lihat badan, wajahnya sangat terang. Kemudian dia akan angkat tangan ke atas macam itu. Kemudian dia akan naik ke atas syurga.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/8)
1
2018-11-28
8905 Tontonan
2
2018-11-29
6435 Tontonan
3
2018-11-30
6248 Tontonan
4
2018-12-02
6159 Tontonan
5
2018-12-03
6071 Tontonan
6
2018-12-04
6489 Tontonan
7
2018-12-05
6058 Tontonan
8
2018-12-06
8388 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android