Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Anda perlu bersyukur kepada Tuhan atas amal jariah, atas anda mampu melakukannya. Tidak berasa megah, angkuh dan berfikir anda ialah orang baik, orang suci, orang terbaik – tidak, itu akan heret anda ke neraka. Segalanya di sini, anda tidak bawa. Anda dilahirkan dengan langsung tiada apa-apa pun. Tali pusat pun, tali yang hubungkan badan anda dengan ibu di dalam, itu pun perlu dipotong. Jadi anda memang berseorangan, telanjang, tiada apa-apa pun pada anda, tiada apa-apa pun yang anda bawa ke dunia ini. Jadi meskipun anda ingin menjadi santo bermakrifat, anda perlu mengusahakannya semula! Sesetengah orang tak dapat.Jika anda ingin membantu terlalu banyak orang – atau orang yang ingin anda bantu kerana mereka lakukan sesuatu yang baik terhadap anda dalam hayat lampau, tetapi jika mereka berbuat jahat, karma mereka adalah berat, atau mereka melibatkan diri dengan orang berkarma berat yang lain – anda akan alami akibat yg begitu teruk. Oh, anda akan begitu banyak menderita! Anda akan naik turun di jalan kelahiran semula dalam segala jenis yang berlainan. Anda mungkin menjadi orang-haiwan, mungkin berada di neraka, mungkin berada di penjara, mungkin dihukum atas segala jenis kesalahan. Jadi sangat berhati-hatilah. Dapatkan makrifat untuk anda sendiri, makrifat besar, makrifat yang amat besar, makrifat berkuasa sebelum anda berfikir untuk kembali ke dunia ini pun. “Kamu carilah Kerajaan Tuhan dulu dan segala-galanya akan ditambahkan kepada kamu.”Sementara anda di dunia ini, sementara anda masih berpeluang untuk amalkan Kaedah Quan Yin bagi berhubung dengan Kuasa Alam Semesta Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman Tuhan Abadi yang menyelamatkan nyawa, anda beramallah. Anda carinya dan rajin beramal. Jika anda tidak mahukan ini drpd saya, maka carilah di tempat lain, tetapi cari Kuasa Sebenar. Saya dah beritahu anda, orang daripada tradisi Beas (Radha Soami) masih boleh dipercayai. Tetapi tiada satu pun daripada mereka buat masa ini telah capai Peringkat Kelima semasa hidup mereka. Mrk hanya bergantung kpd Kuasa Guru, Kuasa Guru Pengasas dan Kuasa Guru terkini untuk membantu orang lain. Jadi saya harap mereka juga akan benar-benar rendah diri dlm hati mereka dan tahu akan itu. Jika tidak, mereka juga akan mengambil terlalu banyak karma daripada kononnya pengikut, anak murid mereka, kemudian, oh, Tuhan bantu, Tuhan berkati, memuji Tuhan supaya bantu mereka.Apalagi mereka yang khianati Ajaran Sebenar, keluar dan berbuat jahat, menipu orang, memperdaya orang yg tak tahu apa-apa, orang yang mudah terpengaruh, merompak harta benda mereka, mencuri harta benda saya, nama saya untuk mengambil wang, ambil harta benda bagi berbuat jahat, atau malah berbuat baik dengan agensi kerajaan atau orang berjawatan tinggi untuk mendapat kemasyhuran dan perlindungan daripada mereka. Mereka ini pasti akan pergi ke neraka. Dengan Nama Tuhan, saya beritahu anda itu, kebenaran. Meskipun mereka bertaubat, terlalu banyak karma drpd mereka, untuk mereka, bagi mereka untuk diampuni Tuhan pun. Kerana mereka mempersendakan semua Buddha, semua Santo dan Orang Suci. Mereka menyamakan diri dengan semua Buddha dan Santo tetapi mereka hanyalah maya. Mereka bukan maya sebenar pun. Mereka bekerja untuk maya. Macam itulah.Tetapi Tuhan beritahu saya supaya jangan terlalu risau tentang orang yang mengikut Trần Tâm atau Rumaji. Dia menggelar diri ‘Ruma agung’ Apa yang agung? Merompak daripada orang, merompak daripada Guru sendiri bagi menggunakan wang itu utk keluar bekerja di mana-mana saja bagi mengumpulkan lebih banyak orang untuk menghisap tenaga hidup mereka, untuk menawarkannya kepada maya, kemudian memperkosa orang. Jadi orang akan sedih, dukacita sepanjang hidup dan tenaga itu melekat pada diri mereka. Kemudian maya akan gunakan tenaga itu untuk menangkap roh mereka, menangkap mereka dan bawa mereka ke dlm kumpulan mereka atau heret mereka ke neraka atau makan tenaga hidup mereka sehingga mereka mati tanpa sebab dan tiada sesiapa yang boleh mendapat tahu pun.Kerana itu caranya maya hidup. Mereka menyedut tenaga hidup daripada orang secara beransur-ansur atau dengan serta-merta. Jadi sesetengah pengikut mati dengan serta-merta tanpa sebab. Kemudian saudara-mara mereka atau pihak berkuasa akan ingat itu hanya sebab semula jadi, tetapi bukan. Itu penyedutan keluar semua tenaga hidup mereka secara tiba-tiba atau sesetengahnya secara beransur-ansur sehingga mrk mati dgn perlahan-lahan, kelihatan pucat, kelihatan layu. Lepas seketika, mereka akan mati. Ini bergantung kepada bagaimana maya mahukannya, kerana mereka ada banyak orang bawahan, hamba bawahan. Mrk juga perlu beri makan kpd mereka dengan tenaga hidup manusia untuk hidup di planet ini. Jadi mereka terus menyeksa orang, memudaratkan mereka dgn sebarang cara, tidak bunuh mereka pun, tetapi merogol mereka. Itu memudaratkan mereka juga untuk hubungkan mereka dengan kuasa jahat maya yang menghisap ini, kemudian secara perlahan-lahan mereka akan menghisap tenaga mereka juga, dengan sesuatu cara, atau buat mereka muram sepanjang hidup.Sesetengah hamba bawahan maya yang lebih rendah dapat hidup dengan tenaga itu juga tanpa perlu memusnahkan orang fizikal. Kadangkala mereka akan musnahkan mereka tetapi mereka tak nak menarik terlalu banyak perhatian orang lain. Tapi sesetengahnya memang memusnah, mungkin malah banyak ratus orang sekali gus. Atau mereka juga hidup dengan kesengsaraan orang yang mati dalam bencana, wabak dan sebagainya. Sebab itulah mereka mahunya berlaku, supaya banyak orang, roh mereka, tenaga hidup mereka akan digunakan, dimakan oleh saudara-mara atau orang bawahan maya.Itu bagaimana mereka dapat terus hidup. Mereka tiada badan fizikal. Mereka tak dapat makan daging fizikal sebenar tetapi makan tenaga hidup mereka dan itu boleh tahan untuk masa yang panjang. Tenaga hidup satu orang pun dapat menyara satu orang bawahan maya sepanjang hidup, untuk masa yang sangat panjang. Jika mereka pergi ke neraka, maka mereka tak perlukannya. Mereka akan makan tenaga derita orang yang dihukum di neraka. Tetapi jika mereka bekerja di planet fizikal ini, dengan kehadiran mereka, kehadiran tak nampak pun, mereka perlukan tenaga hidup manusia hidup sebenar.Sesetengahnya gunakan makhluk haiwan juga. Sebab itu mereka mendesak orang, menggesa orang, memaksa fikiran orang supaya buat rumah sembelih, membunuh orang-haiwan, membuka kedai daging, contohnya, kerana sesetengah hamba bawahan yang rendah juga boleh hidup dengan tenaga derita orang-haiwan semasa hidup mereka dalam kurungan di dalam sangkar kecil atau pada waktu mereka akan disembelih. Dan selepas mereka mati, sebahagian daripada deria ini masih wujud dalam daging orang-haiwan mati. Kerana maya boleh gunakannya secara perlahan-lahan, tenaga derita ini, jadi mereka tidak keluarkan semuanya daripada mayat manusia pun, atau daripada orang-haiwan. Sebab itulah lebih baik membakar orang selepas orang itu dah mati supaya tiada lagi tenaga buruk yg masih wujud di dalam jasad mereka yang terkubur kerana hantu ghairah, maya boleh pergi gunakannya. Sebab itulah di perkuburan ada banyak hantu yang merayau-rayau. Hantu rayau, hantu ghairah atau syaitan jahat masih merayau-rayau untuk menghisap semua orang yang baru mati ini utk masa yg panjang walaupun mereka sudah dikebumikan di bawah batu nisan, di bawah tanah di dalam keranda.Jadi itu saja yang perlu saya sampaikan kepada anda hari ini. Semoga anda semua mendapat yang terbaik drpd Tuhan – berkat, keceriaan, makrifat yang lebih tinggi, kebijaksanaan dan anda akan pergi ke Syurga setinggi mungkin dengan pahala terkumpul anda. Saya harap semua orang di luar yang bukan anak murid saya segera mendapatkan perlindungan. Jika anda tak nak mendapatkan perlindungan yang telah saya sebut seperti dalam Berita Selitan sebelumnya, maka tolonglah cuba sedaya upaya untuk memuji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan atas segalanya yang anda miliki, keamanan di Bumi dan veganisme yang tersebar dengan pantas sekali sekarang. Harap-harap semakin pantas supaya semua Syurga tak perlu bekerja terlalu keras untuk melindungi planet ini. Jika anda tak nak lihat saya lagi, saya akan hilang. Saya akan gembira untuk hilang. Jika dunia ini menjadi baik, seperti syurga, saya tiada apa-apa pun utk berasa kesal. Maka apa-apa pun yang Tuhan putuskan untuk saya pada masa itu, saya akan lakukan, termasuk hilang, atau mungkin saya malah boleh sendiri hilangkan diri.Baiklah, terima kasih. Semoga Tuhan ampuni kita, memakrifatkan kita dan membimbing kita kepada Kebenaran selama-lamanya. Amin. Kami kasihi Engkau, Tuhan. Kami berterima kasih kepada Engkau, semua Santo dan Orang Suci, Buddha, Syurga dan semua makhluk mulia yang laksanakan Kehendak Tuhan. Amin.Photo Caption: Zaman Purba atau Tempoh Sekarang, Kecantikan Roh Memang Sama!