Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Santo Peringkat Ketiga dan ke Atas, Bahagian 3 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ada apa-apa soalan? Cukup untuk kamu? Ada apa-apa yang kamu nak tanya? Selesa tak di sini? Berehat... (Sangat selesa.) Berehatlah. (Terima kasih, Guru.) Jaga dirimu, bermeditasi, buat apa yang kamu mahu, baca buku, menonton TV, menonton video. Ada apa-apa soalan? Tidak? Bagus. Bagus.

Saya cuma harap kamu yang belum menaik ke atas faham, benar-benar faham apa yang saya katakan – tentang kehilangan dan pemerolehan supaya kamu tidak merungut pada masa depan. Orang luar pun tidak merungut tentang kerja mereka. Mereka bekerja sepuluh jam sehari hanya untuk memperoleh sedikit wang dan kadangkala diperlakukan dengan buruk oleh bos. Mereka tak begitu banyak merungut. Mereka bersyukur kpd Tuhan setiap hari atas roti di atas meja. Sebarang rungutan adalah buruk. Kamu tak bersyukur atas peluang untuk membersihkan diri dan melangsaikan hutang karma yang kamu wujudkan. Bersyukurlah sepanjang masa, semua hari dalam hidupmu, sepanjang harimu. Itu apa yang harus kamu buat. Ingatlah akan itu. Bersyukur, merendah hati dan inginkan Tuhan. Hanya tiga perkara saja.

Jika kamu tiada soalan, saya balik. (Guru, saya ada satu soalan.) Pasti boleh. (Jika kadangkala kita buat sejenis kerja, kemudian menghadapi orang yang, contohnya, lebih degil dan kita berasa sangat sukar nak bekerja bersama mereka. Saya memberitahu diri bahawa saya perlu bersabar tetapi sukar sikit jika mereka campur tangan dalam kerja orang lain, kerja seluruh kumpulan.) Saya tahu. (Apa yang kita nak buat untuk…) Hanya cuba sedaya upaya. Bercakap dengan orang itu seorang diri dengan manis, berkata, “Saya tahu kamu berniat baik. Saya tahu kamu berniat baik tetapi apa kata kita cuba cara ini dulu? Jika tak berkesan, kita akan cuba cara kamu. Tolonglah, saya tahu kamu cuba sedaya upaya tapi rasanya saya nampak dengan jelas. Kita buat macam ini dulu. Kamu ada niat yang sangat baik. Hanya niat yang baik pun sudah datangkan banyak pahala kepada kamu.” (Okey.) “Dalam mana-mana kumpulan, mungkin lebih baik dengan hanya satu orang ketua dan dua atau tiga orang penasihat. Jika ada terlalu banyak orang yang ada terlalu banyak idea, kita tak dapat teruskannya.” Beritahulah dia itu. Okey? (Ya. Terima kasih, Guru.) Sama-sama.

(Jika kita sudah menyakiti mereka dgn… oleh sebab kita tidak mengambil idea mereka, adakah kita perlu buat sesuatu untuk memampasnya bagi membuat mereka rasa…) Ya, memampasnya, ya. Berikan hadiah kecil atau sesuatu kepada mereka, berkata, “Tempoh hari, oleh sebab saya juga begitu ingin membuat kerja Guru dan semua orang bersetuju dengan idea itu, jadi mungkin saya menyinggung perasaanmu. Saya minta maaf. Maafkanlah saya.” Kerendahan diri tidak memudaratkan. Jika kamu rasa itu salahmu, maka kamu memohon maaf. Jika itu bukan salahmu, lupakannya saja. Tetapi jika kamu mahu dia rasa lebih senang, berilah hadiah kecil kpd dia atau cakap dgn dia dgn lebih manis sikit tetapi tak terlalu manis kerana mungkin dia salah faham dan ingat kamu ada rasa cinta, kemudian kamu alami lebih banyak kesusahan. (Okey.) Okey? (Okey.)

Sentiasa jaga maruahmu dan kekalkan jarak dari orang yang berlainan jantina kerana maklumlah, meskipun kamu seorang Santo Peringkat Ketiga, tiada karma lagi, namun kuasa seksual orang lain boleh pengaruhi kamu juga. Jika kamu pergi terlalu dekat, kamu boleh rasainya. Kemudian mungkin kamu tersilap. Kamu berfikir, oh, itu kamu, kamu jatuh cinta pada lelaki itu atau wanita ini. Itu tidak benar. Separuh masanya, itu tidak benar. Separuh masanya, orang lainlah yang mempengaruhi kamu kerana mungkin kamu ada hubungan dalam hayat lampau. Mungkin kamu ialah suami isteri tak lama dahulu saja, dalam hayat lampau saja. Jadi dia kembali. Dia mempengaruhi kamu kerana dia di peringkat yg lebih rendah. Dia boleh menarik kamu ke bawah macam itu, sementara waktu saja pun. Jadi berhati-hatilah. Kekalkan jarakmu. Bersikap baik. Jaga maruahmu. Persahabatan, tetapi dalam jenis hubungan suci.

Oleh sebab kamu berada di Peringkat Ketiga saja, kamu tak cukup pahala untuk membawa semua orang. Jika kamu lebih tinggi, mungkin. Jika kamu sudah berada di Peringkat Kelima, mungkin kamu akan dapat bawa beberapa orang. Hanya… Ya! Maklumlah, mereka sangat berat! (Ya.) Hanya Guru Terpilih dapat bawa lebih banyak. Orang Terpilih, kerana Dia akan diberi lebih banyak kuasa, diberi kuasa dari Syurga untuk buat Dia menjadi lebih berkuasa bagi membawa lebih banyak orang. Tetapi ‘Orang Tidak Terpilih’, Orang Peringkat Kelima, dapat menginisiasi orang, dapat bawa orang menyeberang tetapi tak begitu banyak. Faham sekarang?

Ada apa-apa soalan lagi? (Ya.) Tanyalah. (Ya, Guru. Dalam buku Soal Jawab, jilid 3, Guru sebut bahawa kita berkembang dgn cara-cara yg berlainan. Sesetengah orang kembangkan kebijaksanaan. Sesetengah orang pula kembangkan… dengar Bunyi (Syurga dalaman). Sesetengah orang berkembang dengan cara-cara yang berlainan.) Ya, okey. (Jadi ini bermakna… Saya tahu pada tempoh masa ini, saya kembangkan banyak kebijaksanaan. Tetapi menurut Soal Jawab dalam bahagian ini, saya kembangkan kebijaksanaan, bukan hanya Cahaya (Syurga) dalaman dan Bunyi (Syurga dalaman) saja? Itu soalan saya.) Tidak, bukan itu saja. Ya. Kadangkala secara langsung. (Ya, terima kasih.)

Sesetengah orang ada lebih banyak visi (dalaman). Sesetengah orang hanya ada kebijaksanaan dan kurang visi (dalaman). Ini bergantung kepada karma kamu juga, dah tentu. Ini bergantung kepada individu. Sesetengah orang ada lebih banyak karma, jadi visi (dalaman) adalah kurang, atau Bunyi (Syurga dalaman) adalah kurang atau sesuatu, tetapi tetap ada kebijaksanaan peringkat yang telah tercapai. Tetapi oleh sebab mereka buat lebih banyak karma setiap hari atau sesuatu, jadi mereka lebih kabur sikit. Itu satu sebab. Satu lagi sebab, kadangkala Tuhan tidak mahu kamu nampak terlalu banyak kerana kamu akan terlalu rindui Rumah. Kamu tak nak hidup di sini lagi. Kamu tak nak buat sebarang kerja. (Terima kasih, Guru.) Sama-sama.

Dulu ada seorang Guru India. Kadangkala Dia begitu sedih, Dia menangis. Seorang lelaki. Seorang anak murid tanya Dia, “Apa yang tak kena, Guru? Apa yang tak kena? Mengapa Guru begitu sedih?” Dia kata, “Sangat menyedihkan kembali ke dunia ini selepas nampak Alam itu.” Dah tentu. Orang yang datang ke Alam Astral saja pun, orang yang mati dan kembali… Masih ingat dalam buku ‘Hidup Selepas Mati’? Mereka hanya pergi selama 20 minit, setengah jam atau sesuatu, kemudian nampak Cahaya (Syurga dalaman), Syurga dan sebagainya, hanya di Alam Astral saja, mereka pulang ke rumah dan menangis selama berminggu-minggu. Mereka tak nak hidup lagi, apalagi alam yang lebih tinggi.

Kadangkala kamu juga tak cukup bersih meskipun kamu telah capai Peringkat Ketiga, tetapi kamu berinteraksi dengan orang. Karma kasar kamu. Roh kamu telah sampai ke Prgkt Ketiga. Karma kamu masih sangat buruk dan kasar. Saya dah kata, jangan wujudkan lebih banyak karma. Meskipun kamu di Peringkat Ketiga, kamu tetap menderita. Apa-apa pun boleh buat kamu menderita. Orang Peringkat Kelima juga menderita jika wujudkan lebih banyak karma. Dah tentu, Mereka lebih beralih ke dalam roh Mereka. Mereka lebih ceria. Tetapi jika, contohnya, kamu memukul seseorang, mereka akan memukul kamu. Kedua-duanya menderita. Itu tak berkaitan dengan peringkat yang kamu capai. Jadi cubalah menjadi lebih rendah diri dan tenang. Itu saja. Seperkara lagi, semasa kamu pergi bekerja untuk Guru atau Kebenaran, sentiasa ada banyak halangan. Meskipun kamu telah bebas drpd karma, orang lain yang bekerja bersama tidak bebas daripadanya dan orang yang kamu bekerja untuk mereka tidak bebas daripada karma. Sebab itulah susah.

Guru Peringkat Kelima pun hadapi kesusahan. Bukanlah kerana Mereka susah tetapi Mereka perlu bekerja untuk orang yang susah. Mereka bekerja untuk orang yang sarat dengan karma. Contohnya, saya kelihatan bersih dan cantik sekarang. Jika saya keluar dan bersihkan sampah, bersihkan kaki lima atau mengorek rumput, saya akan jadi kotor. Bukanlah kerana saya dilahirkan kotor atau saya sudah kotor tetapi rumput akan buat saya jadi kotor, kaki lima akan buat saya jadi kotor atau tong sampah akan buat saya jadi kotor. Itu normal. Tapi sekurang-kurangnya kita dapat bersihkannya. Jika kamu tak terlalu banyak mengotorkan diri, kamu pulang ke rumah dan bersihkan diri dengan meditasi selama beberapa jam – sekurang-kurangnya satu jam Quan Yin setiap hari. Semua orang, satu jam Quan Yin sekurang-kurangnya setiap hari, dan dua, tiga jam Quan Guang, Cahaya (Syurga dalaman), satu jam Bunyi (Syurga dalaman) setiap hari sekurang-kurangnya, maka kamu akan menjadi lebih baik. Bersihkannya.

Peringkat Ketiga bermakna kamu tidak merosot kembali lagi. Kamu tidak turun ke sini semula lagi. Begitulah. Kerana di Peringkat Kedua, kamu masih boleh kembali ke sini. Seperti kamu di tahap tertinggi Peringkat Kedua, tetapi pergi ke tahap pertengahan Peringkat Kedua, kemudian ke bahagian bawah Peringkat Kedua, kemudian mungkin kamu pergi ke Alam Astral semula. Tetapi Peringkat Ketiga, tidak. Kamu tidak turun ke bawah lagi, hanya menaik ke atas. Lebih cepat atau lebih lambat, bergantung kepada kamu dan karma yang kamu wujudkan setiap hari atau terima, tetapi jika tidak, kamu tidak turun ke bawah, tidak. Itu bagus. Itu langkah pertama menuju kebebasan. Tebing kebebasan. Langkah pertama… (Dengan Berkat Guru.) Langkah pertama ke alam bebas.

Ya, saya memang sentiasa berkati kamu, cuma kamu perlu sendiri mencuba juga. Jika ibu mencuci anak tetapi anak keluar, berguling di dalam lumpur secara berulang kali, apa yang ibu nak buat? Asyik mencuci secara berulang kali, kemudian anak berasa marah juga, digosok, sejuk dan tak suka air sepanjang hari. Saya tak dapat membersih sepanjang hari Meskipun saya nak membersih, kamu akan merungut. “Terlalu sejuk, terlalu menyakitkan,” kulit sensitif, asyik menggosok sepanjang hari... Kamu mana boleh tahan? Jadi jangan menjadi terlalu kotor.

Baiklah, ada apa-apa soalan lagi? Tidak? (Kadangkala kami boleh takut nak membuat kerja awam hanya kerana kita boleh hadapi situasi macam ini yang membuat kita marah atau sesuatu, buat kita wujudkan terlalu banyak karma dan tak dapat menaik ke atas.) Okey, jika kamu tak nak, maka jangan pergi. Terpulang kepada kamu. Tetapi jika kamu duduk di rumah sepanjang hari dengan tenang, kamu tidak menaik ke atas juga. Itu masalahnya. Memasak adalah susah tetapi jika kamu tidak memasak, kamu tiada makanan. Memasak adalah panas – berpeluh, memotong sayur dan kamu perlu pergi membeli sayur. Pertama sekali, kamu perlu cari duit. Segala-galanya susah tetapi jika kamu tidak lakukan semua ini, kamu tiada makanan juga. Atau kamu pergi minta makanan, maka makanan itu tak begitu baik dan ambil masa yang begitu panjang, kadangkala kamu tiadanya. Jadi kita tiada pilihan. Setiap kali kamu naik marah, cubalah tarik nafas dalam-dalam, tiga, empat hingga tujuh kali baru bercakap, atau berkata, “Tunggu sekejap.” Masuk ke dalam bilik air, cuci. “Ya, ya, ya, tunggulah sekejap, saya perlu pergi.” Kemudian masuk ke dalam bilik air, mencuci diri, percikkan air sejuk, lafazkan Lima Nama Suci, berdoa kepada Guru, keluar dan bercakap semula.

Photo Caption: Lumut Setinggi Beberapa Milimeter Saja tetapi bagi Banyak Makhluk, Hutan Perlindungan yang Selamat!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/5)
1
2024-12-31
3225 Tontonan
2
2025-01-01
2789 Tontonan
3
2025-01-02
2246 Tontonan
4
2025-01-03
1675 Tontonan
5
2025-01-04
1058 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android