Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kamu ‘orang tak dikenali’ bagi saya kerana dulu kamu bukan anak murid saya, kamu semua. Sebab itulah ambil masa begitu lama. Jika tidak, jika kamu dekat dengan saya, kamu seharusnya lebih cepat. Kamu beramal dengan orang lain dalam hayat lampau. Semua orang kecuali saya. Tiada hubungan sama sekali. Saya tak tahu bagaimana kamu mempercayai saya dalam hayat ini kerana saya ‘orang tak dikenali’ sepenuhnya. Dalam hayat lampau, kamu mengikut sesiapa saja. Saya sentiasa kata, “Saya di sini! Saya, saya! Saya di sini!” Tiada sesiapa yang peduli. Begitulah hidup. Kali ini sukar sikit tetapi kamu berjaya, sesetengah daripada kamu. Tahniah sekali lagi. (Terima kasih, Guru.)Perlukan terjemahan? Tidak? Ya, sedikit. Pergilah duduk di belakang. Tong, terjemahlah sikit. Mereka yang tak faham bahasa Inggeris… Duduk di sebelah dia di kedua-dua belah. Terjemahlah secara ringkas dan terjemah sekali lagi kemudiannya. Okey? (Terima kasih, Guru.) Saya berbahasa Cina dari masa ke masa. (Terima kasih, Guru.) Ada banyak orang yang berbahasa Inggeris di sini.Tetapi kamu telah menjadi, apa kita panggil ‘santo Ketiga’. Dalam kebanyakan pertandingan, kita ada tiga tempat, kan? Tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga. Kamu dapat tempat ketiga, agak baik! Biasanya mereka ada tiga tempat saja. Kamu mendapat tempat ketiga. Itu dah sangat bagus.Saya baru menyaksikan filem bersama penetap ashram sebelumnya, sesuatu yang berjudul ‘Kanak-kanak Syurga’. Kebetulan, kamu tahu tak orang itu, budak itu? Dia hanya nak menangi tempat ketiga kerana bagi tempat ketiga, mereka akan berikan kasut sukan, jadi dia dapat berikan kasut sukan itu kepada adik perempuannya yang tiada kasut untuk pergi ke sekolah. Kamu boleh saksikannya. Kamu boleh pinjamkan kepada mereka malam ini dan mereka boleh saksikannya di sini. Kamu ada TV besar di sini. Kamu boleh saksikannya di sini. Bawalah dua set TV besar ke sini. (Baiklah.) Adakah dah terlalu lewat untuk bawa kepada mereka sekarang? Dah terlalu lewat. Lupakannya saja. Lakukannya lain kali. (Baiklah.) Biar saya fikirkannya sekali lagi. (Baiklah.) Mungkin dia boleh bawanya ke sini.Jadi dia tidak mahu menangi tempat pertama. Dia hanya nak menangi tempat ketiga. Budak itu tak nak menjadi yang pertama tetapi lebih suka menjadi yang ketiga. Mungkin kamu begitu juga. Hanya nak mendapat kasut. Tiada apa-apa yang lain. Orang itu seorang budak. Dia tak terlalu banyak berfikir, tidak rumit dan tak tahu apa-apa. Dia hanya mahukan sepasang kasut untuk adik perempuannya, jadi dia lari dengan pantas dan menang. Dia sentiasa mendapat tempat pertama tetapi dia tunggu dua orang yang lain mendapat tempat tertinggi. Macam mana pun, saya tak nak rosakkan cerita ini. Itu... Jadi saya takkan kisahkan yang selebihnya. Okey? Saya hanya kata dia menang tetapi kamu tak tahu apa-apa yang lain pun. Jadi ada banyak kejutan yang akan datang.Mungkin kamu adalah begitu juga. Tapi saya harap kamu menaik dgn cepat. Adalah baik mendapat tempat pertama. Apa yang dia tak tahu adalah jika dia menangi tempat pertama, dia boleh mendapat banyak benda lain yang akan datang. Mungkin syarikat pengiklanan datang dan membuat kontrak besar dengan dia. Mungkin dia menjadi bintang filem atau masuki pasukan Sukan Olimpik kemudiannya, menjadi lebih terkenal. Lagi terkenal lagi banyak wang yang dia ada. Dia boleh beli bertan-tan kasut sukan untuk adik perempuannya. Tapi kanak-kanak tak tahu apa-apa pun. Jadi saya harap kamu bukan budak itu. Saya harap kamu menjadi besar dan menangi ‘tempat pertama’ untuk saya. (Ya.) Tempat pertama pun, ada tempat yang lebih tinggi, superior sikit. Tapi bagaimanapun, tempat pertama dah cukup bagus. Tempat superior, secara perlahan-lahan, dari sana – dari tempat pertama, kamu menaik ke atas. Ada banyak untuk dipelajari, sangat banyak... Benda baik menanti kamu.Tapi dah tentu, kamu tak tahu. Asalkan kamu di dunia fizikal ini, kamu tak dibenarkan untuk mengetahui terlalu banyak kecuali sebelum kamu dah hampir mati atau sesuatu. Jadi apabila visi (dalaman) kamu mula menjadi lebih jelas sikit, kamu tahu masa dah hampir tamat. Tidak, tidak, saya bergurau saja. Atau bergantunglah. Mungkin kamu ada visi (dalaman) yang sedikit tetapi apabila kamu ada banyak visi (dalaman) dan sebagainya, oh, kemaskanlah bagasi kamu. Apa-apa saja bagasi yang kamu ada.Tempoh hari, bilangan (orang yang Guru naikkan) menjadi kabur kerana saya nak bercakap dengan kamu dengan serta-merta tetapi ada masalah teknikal dan sebagainya, dan bilangannya sentiasa berubah. Semua orang nak masuk. Jadi mereka bergegas-gegas dan bilangannya bertambah. Sebab itulah dia keliru sikit. Tetapi kamu ubahnya. Okey? Kamu menaip semula dan ubahnya lalu beritahu pusat kita supaya tampalkannya untuk anak murid lihat di pusat kita. Bukan dalam majalah. Dalam majalah, semua orang dapat lihatnya dengan terlalu cepat. Pita adalah berbeza. Pita, kamu boleh tanya dan belinya. Jika semua orang tanyakan sesuatu tentang subjek yang berkaitan, maka kamu boleh berikan kpd mereka atau jualnya kepada mereka. Ini bergantung kepada sama ada mereka berduit atau tidak. Tetapi majalah adalah percuma, semua orang boleh lihatnya.Ada sesuatu yang saya tidak beritahu kamu. Setakat 26 Februari ’03 (tahun 2003), saya tiada masa untuk lebih banyak meninjau dari masa itu hingga sekarang. 26 Februari. Hari ini hari apa? 2 hb? (3 Mac.) 3 Mac. (Ya.) Masa yang baik. Setakat 26 Februari, dua ribu tiga (tahun 2003), terdapat 2,224 orang yang telah menaik ke Peringkat Ketiga. (Wau!) Hari ini, saya pastikan. Saya tulisnya.Bukanlah mereka berhimpit masuk pada saat-saat akhir. Saya hanya berkata setakat 26 Februari, Peringkat Ketiga saja. Semua orang yang lain dalam kumpulan kedua. Jika tidak, mereka berhimpit masuk. Mereka kata, “Saya juga, saya juga! Saya di sini, saya di sini!”26 Februari saja, 2,224 orang. Daripada kumpulan kita… Ini dinaikkan ke Peringkat Ketiga. Kalau-kalau kamu rasa semua orang ialah santo, berjalan di merata tempat, di sana, taklah begitu murah. Bukan senang untuk cari santo. Ada ‘saint’ (santo) tetapi ‘sane’ (siuman), mungkin, sesuatu... Jadi tak begitu senang. Tidak senang. Setiap orang yang mendakwa diri sebagai santo atau apa-apa pun seperti itu... Semuanya di Peringkat Astral. Berapa banyak kuasa ajaib yang mereka ada pun, atau mereka tidak makan, tidak minum apa-apa pun, usah pedulikan itu. Ini kuasa ajaib astral. Kamu boleh lakukannya sekrg jika mahu tapi jangan merosot kembali ke prgkt itu. Itu saja yang saya katakan. Kita juga boleh buat begitu pada masa yang sama tetapi tak perlu. Tak perlu. Karma memberi dan menerima, kita tetap perlu langsaikan. Seperkara lagi, jangan makan terlalu banyak atau sesuatu, lebih daripada yg kamu harus, kerana... Kita akan cakap tentang itu kemudiannya Itu subjek lain.Drpd 2,224 orang santo Peringkat Ketiga kita ada, daripada kumpulan kita, kumpulan kita – Persatuan Mahaguru Ching Hai – 1,800 orang. (Wau!) Kita sentiasa yang pertama! Itu termasuk orang-anjing dan -burung. Bukan semua orang-burung saya dan bukan semua orang-anjing saya. Kali ini kita ada... dalam 2,224, kita telah masukkan 13 orang-anjing dan 11 orang-burung. (Wau!) Tiada orang-haiwan lain, maaf. Daripada 13 orang-anjing itu, saya ada tiga. Dalam kumpulan kita, kita ada tiga orang-anjing yang telah menaik ke Peringkat Ketiga. Enam daripada orang-burung kumpulan kita, orang-burung saya telah menaik juga. Tiga orang-anjing, enam orang-burung. (Oh!) Kumpulan kita.Orang-anjing adalah tidak banyak dalam kumpulan kita tetapi orang-burung tetap ada lebih daripada separuh. (Ya.) Orang-anjing, saya ada lima orang-anjing saja. Saya seharusnya ada lebih banyak, maka kita mengambil semua... kami mengambil pulang semua hadiah. Saya rasa sangat tak sedap hati sekarang. Tetapi pembantu saya asyik merungut, bukan merungut kepada saya, merungut dalam hati, “Oh, dah terlalu banyak orang-anjing! Terlalu letih, terlalu menyusahkan. Oh...” Sekarang lihatlah, kamu kalah. Tiga orang-anjing saja di dalamnya!Kumpulan pertama di seluruh dunia tetapi kita ada tiga orang-anjing saja di dalamnya. Ya, padan mukamu. Sekrg kamu akan sesal sepanjang hidup. Hanya sedikit kerja tetapi merungut. Jadi saya biar kamu tahu sedikit saja. Itu saja. Itu kumpulan pertama sejak saya ‘memegang jawatan ini’. Atau sebelum itu pun, sejak saya hidup, sejak saya ‘dilahirkan’. Ini sejak saya ‘dilahirkan’. Termasuk semua kononnya ‘Guru saya’, apa-apa saja. Kamu boleh kira semuanya di sini. Itu saja. Faham sekarang? (Ya.)Sekarang kamu telah menjadi santo, sesetengah daripada kamu. Lebih berhati-hatilah. Kamu telah bebas daripada karma. Ini bermakna kamu tak perlu lahir semula lagi. Juga, oleh sebab kamu anak murid saya, kamu tak perlu lahir semula dan amalkan Kaedah Quan Yin lagi. Hanya jika kamu mahu, kamu boleh. Jika kamu menaik ke atas sana, di Peringkat Ketiga dan mati, kemudian menaik ke atas sana dan beramal dengan terlalu perlahan, kamu lebih suka turun ke sini, bertemu dengan saya lagi, atau pengganti saya atau Guru lain, kemudian menaik ke atas dgn lebih cepat dalam hidup manusia. Di sini kamu boleh rasai pahit manis dan boleh berbakti kepada manusia dan sebagainya, mempercepat kemajuanmu. Maka kamu boleh turun ke sini, tiada masalah. Tetapi kamu tak perlu.Tetapi kamu harus menaik lebih tinggi sikit. Peringkat Ketiga tidaklah tinggi sangat. Tak apa, tak apa. Kamu boleh berada di sana. Tetapi Tiga Alam kadangkala boleh dimusnahkan dan dicipta semula. Segala-galanya di bawah Peringkat Ketiga ialah aspek material sangat, jadi senang pecah, mudah rosak, tidak tahan lama. Segala-galanya dari Peringkat Keempat ke atas adalah lebih baik. Dari Peringkat Keempat ke Peringkat Kelima adalah lebih baik. Ada banyak peringkat di Peringkat Kelima. Bukan semua orang yang pergi ke Peringkat Kelima adalah ‘yang Kelima’. Ya, mereka adalah yang Kelima tetapi Kelima rendah, Kelima pertengahan dan Kelima tinggi.Orang yang capai seratus peratus adalah di peringkat pertengahan. Mereka ialah ‘Guru Sempurna’, kita panggil Mereka. Tetapi bukan Mereka semua ialah Guru. Hanya akan ada satu Orang Terpilih dari Peringkat Ketiga dan dilatih supaya semakin menaik ke atas. Jadi dalam setiap tempoh hidup, hanya ada satu Guru saja – Orang Terpilih. Terdapat Guru tinggi yang turun ke sini dan melatih Orang Terpilih. Seseorang tak dapat sendiri menjadi Guru. Kemudian satu Orang terpilih, kemudian Dia capai Peringkat Kelima, kemudian boleh mengajar. Sementara itu, mana-mana anak murid yang capai peringkat tinggi daripada Guru Tinggi boleh bergantung pada Guru Kuasa Tinggi itu kerana Kuasa itu akan bawa orang ke atas, bukan kamu.Tetapi jika kamu berada di bawah Peringkat Ketiga, biasanya kamu berasa megah kadangkala. Kamu diangkat-angkat dan jadi berego. Sekarang kamu makan terlalu banyak tawaran atau berasa terlalu yakin, terlalu angkuh, maka kuasa negatif mengambil semua pahalamu. Kemudian kamu turun ke bawah, lebih teruk daripada sebelumnya. Contohnya, jika kamu sudah berada di tahap tertinggi Peringkat Kedua tetapi pergi menginisiasi orang dan rasa kamulah yang melakukannya kerana orang memuji kamu, sayangi kamu atau buat sesuatu, sembah kamu, beri tawaran kpd kamu, kemudian kamu terlalu banyak nikmati kemewahan tawaran orang, maka kamu tersesat!Kamu bukan sahaja tersesat dalam itu, kamu tak dapat menaik ke atas. Kamu turun dari 5 hingga 10 darjah, malah sebanyak 20 darjah ke bawah. Kamu menjadi 50 darjah atau 40 darjah, iaitu Peringkat Astral. Atau kamu marah dengan orang, kamu rasa kamu di tahap tertinggi dan mereka lebih rendah. Kamu tidak lihat. Kamu tidak hormati mereka. Orang yang lebih rendah pun, jika kamu tidak hormati mereka, kamu akan mendapat susah. Sekarang saya beritahu kamu, meskipun di Peringkat Ketiga, jika kamu tidak hormati orang dan terlalu banyak menikmati hidup, kamu akan mendapat susah juga.Photo Caption: Menerangi Tempat Sebaik Boleh