Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 5 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kami juga memaparkan orang baik pada bila-bila saja, atau kelakuan baik atau perbuatan baik orang-haiwan sepanjang masa di Supreme Master Television kami. Oleh itu, anda boleh galakkan anak anda supaya menyaksikannya supaya ada contoh baik yang tersemat dalam otak muda, minda muda mereka. Apabila dah bersar, mereka akan hidup mengikut itu. Saya begitu tersentuh. Banyak kali, saya menangis ketika melakukan penyuntingan kerana ada orang di luar yang semuanya begitu penyayang, begitu baik hati. [...] Khususnya banyak orang buat saya menangis apabila mereka pergi ke jalanan untuk memprotes kezaliman terhadap orang-haiwan di rumah sembelih dan minta orang supaya menjadi vegan. Oh, saya lihat wajah mereka – begitu ghairah, begitu ikhlas, begitu benar! Ia buat bulu roma saya meremang sekarang, bercakap tentangnya. Saya menangis juga kerana saya begitu bersyukur atas orang sebegini masih wujud.

Bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita! Mereka pergi ke jalanan bagi memprotes, bersuara untuk orang-haiwan kesian yang tiada hak bersuara, serta bersuara untuk janin, bayi belum lahir, merisikokan diri diejek dan dipandang rendah daripada arah bertentangan, kumpulan bertentangan. Tetapi mereka tak peduli kerana mereka benar-benar ada kasih sayang semasa berbuat demikian. Mereka sayangi bayi belum lahir ini. Mereka sayangi orang-haiwan ini. Saya tidak maksudkan orang vegan saja – orang bukan vegan juga kerana manusia pada asalnya berhati baik. ‘Nhân chi sơ tính bổn thiện.’ Kami katakan itu di Âu Lạc (Vietnam), dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), bermaksud manusia pada asalnya, dari permulaan, ada sifat yang sangat baik. Jadi Buddha juga berkata bahawa semua manusia ada Sifat Buddha. Nabi Isa berkata bahawa kita ialah anak Tuhan. Banyak Guru berkata begitu.

Nabi Isa bersabda, “Apa-apa yang saya lakukan, kamu dapat lakukan juga. Kamu dapat lakukan dengan lagi baik.” Baginda hanya merendah diri, dah tentu. Baginda ialah Anak Tuhan tetapi Guru-guru memang macam itu. Mereka rendah diri. Biasanya Mereka anggapnya dilakukan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Mereka tak banyak berkata tentang apa yang Mereka sendiri lakukan walaupun Mereka lakukannya secara senyap, secara tak nampak dengan mata kasar manusia kerana manusia, bukan mereka semua memahami apa yang berlaku di dunia, apa bencana yang akan menimpa mereka jika mereka terus jalani jenis kehidupan ini – tanpa kasih sayang, tanpa rasa simpati terhadap makhluk lain, terhadap haiwan, pokok, serangga, semua orang yang kesian, misalnya macam itu. Sangat sukar bagi mereka faham kerana hari ini ada terlalu banyak godaan material dan terlalu banyak mengejar benda material, hampir seperti usaha spiritual, matlamat spiritual dilupakan di dunia kita. Orang pergi ke gereja, tokong dan masjid, saya tahu akan itu tetapi itu tak sentiasanya di dalam. Itu hanya luaran saja. Itu masalahnya.

Adalah baik pergi ke gereja, Adalah baik pergi ke tokong, ke masjid jika anda perlu berada dalam kumpulan yang ada fikiran yang sama, aspirasi spiritual yang sama. Jika anda perlu diingatkan tentang Guru asal anda seperti Buddha Shakyamuni, Nabi Isa, Guru Nanak Dev Ji, Nabi Muhammad SAW, Baháʼu'lláh, Nabi Mahavira atau Nabi Krishna dll, contohnya, maka pergilah ke gereja, pergilah ke tokong.

Jika anda nampak biksu yang benar-benar mulia dan rajin beramal, maka anda boleh berikan tawaran, dah tentu. Tetapi jangan berfikir bahawa jika anda berikan tawaran kepada biksu ini, biksu itu atau biksuni ini, biksuni itu, maka anda akan mendapat pahala. Jangan berfikir macam itu. Anda berikan tawaran kerana anda suka. Anda nak berikan tawaran kerana biksu atau biksuni itu ilhami anda untuk teruskan lagi dalam amalan spiritual, dan dia juga perlukan makanan material untuk meneruskan lagi usaha spiritualnya sendiri sebagai biksu atau biksuni, atau sebagai jenis pengamal di rumah yang mengasingkan diri.

Ada banyak orang yang bukan biksu dan biksuni tetapi benar-benar ikhlas dan berperingkat tinggi, seperti ketika Buddha masih hidup, Vimalakīrti – bukan seorang biksu tetapi semua biksu pun hormati kerana Beliau benar-benar ada kuasa spiritual. Mereka dapat rasainya dan dapat dengar kepetahan kebijaksanaan tinggi-Nya. Sebab itulah mereka tahu bahawa Beliau bermakrifat. Buddha pun sayangi, kagumi Beliau. Jadi apabila Beliau (Vimalakīrti) sakit, Buddha suruh banyak biksu pergi melawat Beliau. Banyak biksu tak berani pergi kerana mereka khuatir Vimalakīrti ada lebih banyak kebijaksanaan daripada mereka. Sesetengah biksu dan biksuni pada masa itu mungkin masih di peringkat yang lebih rendah daripada Vimalakīrti, orang berumah tangga.

Janganlah menilai biksu hanya kerana dia makan dua atau tiga hidangan sehari. Biksu perlu bekerja di tokong juga, sama seperti anda bekerja. Mereka perlu bersihkan halaman tokong, bersihkan rumah tokong, di dalam dewan supaya orang biasa di rumah boleh datang duduk bermeditasi atau dengar khutbah biksu tinggi. Mungkin jika tokong itu tak begitu kaya, mereka perlu memotong kayu untuk hidupkan api, memasak. Mereka buat banyak kerja yang lain, membaca kitab atau melafazkan Nama Buddha. Itu mengambil masa mereka, kemudian mereka perlu bermeditasi juga atau kadangkala mereka perlu keluar bagi membeli barang untuk tokong. Mereka membuat kerja juga! Jadi setiap orang adalah berbeza. Seperti yang saya dah kata, Buddha Maitreya lahir semula di dunia ini banyak abad yang lalu. Beliau seorang Buddha yang besar, gemuk, berperut buncit dan sentiasa senyum dengan gembira sekali. Itu bagaimana mereka membuat patung yang menyerupai Beliau dan kita masih lihatnya hari ini di tokong. Orang masih memuja Beliau seperti itu.

Ketika saya masih muda, saya ada patung Buddha Maitreya, Buddha berperut besar sekali di rumah saya. Saya juga ada Bodhisattva Quan Yin, Bodhisattva Kṣitigarbha dan Buddha-buddha lain. Apabila saya keluar dari Âu Lạc (Vietnam), sukar nak beli patung Buddha. Bukanlah kita boleh belinya di mana-mana saja kita mahu, bukan macam itu. Di Âu Lạc (Vietnam), China, Thailand, Burma, Laos atau Kemboja, lebih senang untuk beli.

Apabila saya pergi bercuti bersama bekas suami saya, saya sangat suka akan satu patung Buddha di Thailand sehingga dia – pada masa itu, kami miskin, tak begitu kaya, kerana dia masih membayar pinjaman gadai janji untuk pangsapuri dan masih membayar hutang pelajar – tetapi dia begitu kasihi saya, membeli patung Buddha itu untuk saya dan melalui banyak prosedur undang-undang untuk hantarnya balik ke Jerman. Tak begitu senang. Dia bawa saya pergi bercuti tapi dia tahu bahawa saya suka Buddha, jadi membawa saya ke tokong Buddha dan seumpamanya. Seperti malah Burma, pergi ke Tokong Emas Buddha Shwedagon dan di Thailand juga untuk pergi ke tokong-tokong yang berlainan. Mungkin anda masih dapat lihat sesetengah gambar saya yang diambil bersama Buddha di tokong-tokong yang berlainan. Oh, suami yang begitu baik! Saya masih ingat. Semoga dia diberkati.

Jadi bukan senang untuk beli sebarang patung di Jerman, England atau negara-negara Eropah. Jadi sebaik saja saya dapat lakukannya – di Thailand, kita dapat. Ada sebuah patung cantik yang ada banyak permata yang berkilauan padanya. Mungkin bukan permata sebenar tetapi berkilauan seperti berlian, delima, seumpamanya. Mereka menatahnya pada seluruh patung, seperti pada pakaian.

Saya begitu gembira boleh mendapat satu patung Buddha, begitu besar, sebesar dua pertiga daripada ketinggian saya. Dan patung Buddha yang lain seperti Buddha Maitreya, Bodhisattva Kṣitigarbha atau Bodhisattva Quan Yin – ia lebih kecil. Itu saja yang boleh saya dapat di Jerman, atau di England saya ada satu juga tetapi tak begitu besar.

Kami taklah begitu miskin tetapi kami hidup seperti… bukanlah kami kaya sangat atau apa-apa, agaknya kelas pertengahan. Dia bekerja sebagai seorang doktor dan saya bekerja sebagai jurubahasa untuk Palang Merah, separuh hari saja kerana saya nak berada di rumah dan menguruskan rumah juga supaya apabila dia pulang ke rumah, kami ada rumah selesa yang menunggu. Saya memastikan segalanya bersih dan sebagainya – buat kerja rumah, memasak, menunggu, menyiram pokok tomato yang ditanamnya di luar. Kami menanam bersama-sama. Saya juga menanam sesuatu seperti ketumbar dan pudina pada masa itu, serta bunga.

Dia beli pokok bunga untuk ditanam di taman saya kerana dia tahu bahawa saya nak menawarkan bunga segar kpd Buddha, sepanjang masa, pada bila-bila saja saya boleh. Jadi dia kata, “Bunga ini akan mekar sepanjang masa, sepanjang tahun.” Jadi kami beli dan tanamnya. Ia tersebar ke seluruh taman. Kemudian kami perlu hadkannya di dalam satu kawasan. Ia benar-benar mekar setiap hari. Ia kelihatan serupa dgn bunga matahari tetapi lebih kecil. Saya juga beli bunga lain pada masa itu, bukan itu saja tetapi apa-apa saja yang saya boleh dan pada bila-bila saja saya boleh. Apabila bunga itu menjadi hampir layu, saya tukarnya, dah tentu. Kami menawarkan bunga, air dan buah-buahan.

Saya melafazkan kitab setiap malam sebelum tidur di bilik saya sendiri, bilik kecil. Itu pejabat tetapi saya buatnya sebagai bilik saya. Terutama selepas saya memutuskan untuk pergi mencari makrifat, kami berpisah ke dalam bilik tidur yang berlainan. Jadi saya tidur dengan beg tidur di atas lantai bilik itu supaya saya juga boleh melafazkan kitab pada waktu pagi, jadi tidak menjagakan dia. Itu hanya suatu alasan. Saya memutuskan bahawa kami harus berpisah dan buat dia menjadi biasa dengan berseorangan. Tetapi itu tetap kesakitan hati yang sangat besar bagi dia dan bagi saya juga. Tetapi bagi dia, pasti lebih sakit hati kerana saya ada matlamat dan pergi untuk perkara baharu tetapi dia masih berada di rumah yang sama, membuat kerja yang sama dan sunyi. Jadi saya tidak berapa betul tetapi apa yang harus saya buat? Barangkali saya takkan dapat bertemu dgn anda, bercakap dgn anda sekrg ini jika saya tidak meninggalkan rumah. Tetapi ini tak bermakna semua orang harus buat begitu. Cuma mungkin itu takdir saya. Misi saya perlukan itu supaya saya lebih bertumpu.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/20)
1
2024-11-24
7150 Tontonan
2
2024-11-25
3735 Tontonan
3
2024-11-26
3574 Tontonan
4
2024-11-27
3306 Tontonan
5
2024-11-28
3104 Tontonan
6
2024-11-29
2930 Tontonan
7
2024-11-30
2987 Tontonan
8
2024-12-01
3026 Tontonan
9
2024-12-02
3096 Tontonan
10
2024-12-03
2602 Tontonan
11
2024-12-04
2445 Tontonan
12
2024-12-05
2364 Tontonan
13
2024-12-06
2387 Tontonan
14
2024-12-07
2274 Tontonan
15
2024-12-08
2225 Tontonan
16
2024-12-09
2187 Tontonan
17
2024-12-10
1996 Tontonan
18
2024-12-11
2172 Tontonan
19
2024-12-12
1970 Tontonan
20
2024-12-13
1893 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android