Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 20 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya berterima kasih kepada anda atas kepercayaan anda. Saya berterima kasih kepada anda kerana bantu bekerja untuk Supreme Master Television bagi menaikkan dunia kita. Saya berterima kasih kepada anda tanpa penghujungnya. Semoga Tuhan sentiasa melindungi dan membantu anda, menyuburkan anda dari segi rohani dan fizikal. Semoga anda sentiasa meningkat maju, menaik semakin tinggi dalam perjalanan spiritual anda. Itu akan paling menyenangkan saya. Kasihi anda selama-lamanya, nak. Kasihi anda, roh yang cantik. Kasihi anda, orang yang mulia. Kasihi anda, orang penyayang Tuhan.

Dan orang yang bukan kononnya anak murid saya pun tetapi keluar bagi berjuang untuk orang-haiwan, pergi ke jalanan untuk memprotes, dan pergi ke jalanan untuk memprotes peperangan, bantu mewujudkan keamanan, bantu mangsa perang dan sebagainya, dan menyelamatkan orang-haiwan. Orang di luar setiap kali begitu banyak menyentuh hati saya. Saya pasti berkat akan bersama mereka kerana jika hati mereka begitu baik, maka mereka cukup baik. Sangat kasihi mereka! Orang sebegini, jika tahu akan nama saya, jika memanggil saya untuk bantu, saya pasti akan bantu mereka.

Sesetengah orang tidak panggil saya tetapi kadangkala memanggil Tuhan, Santo atau Buddha dengan sepenuh hati. Saya dapat bantu mereka semua juga dengan Rahmat Yang Maha Berkuasa! Ini bergantung kepada keikhlasan dan kebenaran hati mereka. Saya cuma harap semua orang menjadi orang yang lebih baik supaya tidak perlu lihat neraka kerana itu alam yang menggerunkan di bawah sana. Tiada apa-apa yang baik. Jika anda rasa rumah sembelih di planet kita, atau cara orang menyeksa orang-haiwan hidup-hidup macam itu adalah teruk – oh, tidak! Itu hanya sebahagian kecil daripada penderitaan dan kegerunan yang boleh anda jumpai di neraka.

Jadi tolonglah, jika anda orang Kristian, lafazkan Nama Santo, lafazkan Nama Tuhan, gelaran Tuhan, hanya ‘Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yg Maha Tinggi’. Jika anda penganut Buddha, lafazkan Nama Buddha: ‘Buddha Amitābha’ atau ‘Bodhisattva Quan Yin’ adalah paling baik, paling pantas. Saya tidak maksudkan yang terbaik, cuma afiniti Mereka dengan manusia adalah kuat dan lebih mudah menghubungi, mendekati Mereka. Mereka sentiasa dengar doa anda. Semua Santo dan Orang Suci dengar doa anda juga, cuma Mereka ada sumpah yang berlainan.

Jadi tolonglah, jaga diri anda baik-baik kerana anda ialah Buddha, Buddha masa depan. Jika anda menjadi bermakrifat dan menjadi Buddha, begitu banyak makhluk akan gembira kerana anda akan selamatkan mereka, kerana anda ada afiniti dengan kumpulan orang tertentu. Jika anda tiada afiniti, anda tak dapat begitu banyak bantu mereka. Sebab itulah Buddha Shakyamuni, contohnya, perlu kembali ke dunia ini, menjadi orang biasa dan menempuh waktu suka duka, malah godaan, malah kesilapan, malah dosa.

Pada suatu hari, Buddha pada masa itu – Baginda tidak tahu bahawa Baginda seorang Buddha, dah tentu – Baginda perlu menjaga banyak orang-biri-biri dan khuatir mereka akan melarikan diri, jadi membutakan mereka. Dahsyatnya. Tapi boleh anda bayangkan itu? Disebabkan itu, Buddha perlu lahir semula secara berulangan bagi menderita untuk makhluk lain, kemudian lupa bahawa Baginda seorang Buddha hingga hayat terakhir, kemudian capai peringkat Buddha. Bukan capai tetapi menuntut balik, ingat semula dan buat kitaran lengkap untuk kembali kpd peringkat Buddha semula. Disebabkan oleh afiniti yang dijalin-Nya dgn begitu banyak makhluk macam itu, dan seperti 50 orang-biri-biri yang dibutakan oleh Baginda ini, Baginda perlu menyelamatkan mereka. Itu afiniti yang Baginda jalin dengan mereka supaya kemudiannya Baginda boleh selamatkan mereka apabila peluang timbul, apabila masanya telah tiba. Kerana jika Baginda tidak menjalin afiniti, maka Baginda takkan dapat bantu mana-mana makhluk hidup di planet ini atau mana-mana alam yang lain, atau makhluk Syurga pun.

Semasa Buddha ialah Buddha pada waktu malam atau pada waktu rehat, Baginda tidak berehat. Baginda perlu mengajar makhluk Syurga juga. Bukan semua makhluk Syurga boleh bebas selama-lamanya atau nikmati Syurga selama-lamanya. Tidak, sesetengahnya tak boleh. Sesetengah dewa dan syaitan pun, Buddha perlu bantu mereka juga. Oleh itu, Buddha kelihatan macam tidak buat apa-apa pun. Baginda hanya keluar dan minta makanan sehari sekali, balik ke rumah dan kadangkala bercakap dengan anak murid yang merupakan biksu. Tetapi tidak, Baginda banyak bekerja. Baginda bukan sahaja mengajar manusia malah orang-haiwan di planet ini. Baginda juga perlu ajar makhluk Syurga peringkat-peringkat yang berlainan di Syurga kerana mereka memintanya. Mereka juga perlukan Buddha untuk mengajar mereka. Setiap Syurga ada sekolah, ada pusat, ada ashram untuk mengajar makhluk di sana.

Semasa Buddha berkhutbah kepada pengikut-Nya pun, kadangkala makhluk Syurga juga muncul di khutbah-Nya dan banyak orang nampak mereka. Sebab itulah ada banyak kisah tentangnya, kerana banyak orang nampak mereka dan merekodkannya, memberitahu orang lain atau beritahu Ananda supaya rekodkannya. Sebab itulah kita ada begitu banyak kitab, begitu banyak kisah Buddha. Kita berterima kasih kepada semua biksu utama dan pengikut Buddha pada masa itu. Jika tidak, kita akan berada dalam keadaan yang lebih teruk jika kita tiada sebarang ajaran yang ditinggalkan oleh Buddha. Kita takkan ada apa-apa pun.

Nabi Isa juga meninggalkan banyak ajaran tetapi orang Rom pada masa itu memotong begitu banyak. Jadi jarang kita dapat lihat seperti pengesyoran vegan di dalamnya tapi masih ada sebahagian yg tertinggal. Mereka tak boleh potong semuanya. Syukur kepada Tuhan atas itu. Jadi banyak keajaiban yang dilakukan oleh Nabi Isa terhdp pengikut atau orang yang percaya direkodkan dan diberitahu kepada kita apabila kita baca Injil. Dan banyak kisah Buddha tentang keajaiban-Nya, kuasa-Nya, kehidupan sebenar-Nya telah direkodkan oleh anak murid-Nya dan Ananda, Biksu Terhormat Ananda. Jadi kita berterima kasih kpd mereka semua. Jika tidak, kita takkan ada kisah yang begitu hebat, ajaran yang luar biasa untuk dibaca, untuk diikuti, untuk ingatkan diri supaya menjadi baik, mengingati Sifat Buddha kita di dalam, atau malah menjadi biksu dan biksuni untuk mengikut jejak langkah Buddha, atau bukan biksu, biksuni atau paderi yang bermakrifat tetapi sekurangnya mengingatkan orang biasa supaya ingat akan Sifat Buddha mereka.

Orang-orang biasa ini mungkin ialah jelmaan Buddha yang melalui kitaran mereka untuk membantu dunia dengan cara mereka secara senyap. Jadi ajaran Buddha memang penting. Ajaran Nabi Isa sangat penting. Semua ajaran Guru, Santo dan Orang Suci, Guru bermakrifat sebenar adalah sangat penting. Ada banyak lagi, cuma bukan semua ajaran Guru direkodkan, malangnya. Tetapi sekurang-kurangnya kita ada yang utama, ajaran utama daripada Buddha, Nabi Isa, Nabi Baháʼu'lláh SAW, Nabi Muhammad SAW, Nabi Mahavira, oh, semoga Engkau diberkati. Semoga Tuhan berkati Guru selama-lamanya, jadi tidak biar Mereka terlalu banyak menderita lagi.

Semoga manusia segera sedar, cepat, hubungkan diri semula dengan Sifat Buddha dan Sifat Tuhan sendiri di dalam diri mereka supaya planet ini boleh menjadi syurga. Sayangnya jika ia binasa. Kita tak perlu pergi ke Syurga jika kita ada Syurga di sini juga dan tiada sesiapa yang perlu menderita, tiada orang-haiwan yang perlu menangis tanpa daya di rumah sembelih atau apabila mereka ditetak hidup-hidup macam itu. Ya Tuhan, setiap kali saya lihatnya, saya menangis teresak-esak. Saya rasa begitu tak berdaya. Saya menyalahkan diri kerana tidak buat dengan secukupnya. Tak tahu nak buat apa lagi. Hanya apa-apa yang Tuhan tugaskan, kadangkala saya buat berlebihan-lebihan, kemudian alami kesusahan, dah tentu, saya mendapat karma buruk. Mereka menghukum saya dan menyeksa saya secara berbeza, secara berbeza. Bukan sahaja secara fizikal tetapi juga secara tak nampak. Tetapi saya sanggup. Saya sanggup menanggung apa-apa saja asalkan makhluk lain dapat dibantu, asalkan penderitaan akan dikurangkan hingga sifar, maka meskipun saya mati dengan serta-merta lepas itu, saya akan pergi dgn senang hati Meskipun saya perlu pergi ke neraka dengan serta-merta selepas itu, saya akan pergi dengan senang hati.

Ya Tuhan, tolonglah, manusia, sedarlah. Anda semua, orang tersayang saya, orang tersayang Tuhan Yang Maha Berkuasa, orang tersayang hati saya, hati kecil saya, tolonglah sedar. Mintalah bantuan supaya faham. Minta Tuhan supaya makrifatkan anda. Sekurang-kurangnya tidak membunuh. Jangan menjadi pembunuh tak langsung dengan memakan daging orang-haiwan. Dan bantu makhluk lain, apa-apa saja yang anda boleh. Tuhan nampak segala-galanya. Apa perkara baik yang anda buat, Tuhan nampak, Syurga nampak. Begitu juga dengan perkara buruk. Jadi hanya buat perkara baik saja. Jangan membunuh. Menjadi vegan. Hancurkan sepenuhnya selama-lamanya tenaga perang di planet kita, maka kita akan ada keamanan selama-lamanya. Anda akan hidup lebih lama. Segala-galanya akan kembali normal, supernormal, seperti syurga semula. Apa-apa yang anda hasratkan akan jadi kenyataan. Kita takkan ada sebarang penyakit, kebuluran, bencana, peperangan, apa-apa pun jika kita mengikut ajaran Nabi Isa, mengikut Sepuluh Rukun, mengikut Lima Rukun agama Buddha dan agama lain seperti Jainisme, agama Hindu dll.

Jangan kata anda orang Hindu semasa anda bukan vegan. Jangan kata anda ialah penganut Buddha semasa anda bukan vegan, semasa anda masih makan makhluk lain. Ajaran Buddha adalah untuk belas kasihan! Jika anda makan orang-haiwan, ini bermakna mereka perlu mati utk anda. Itu bukan kematian yang senang pun, menderita sepanjang hidup di dalam sangkar kecil, tak boleh berpusing pun, dan tidur di atas lantai simen yang sejuk dalam tahi dan air kencing sendiri. Mana boleh anda makan sesuatu semasa ia direndam di dalam air kencing dan tahi macam itu selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun? Yek! Fikirkanlah itu. Jika anda celupkan sesuatu, jika anda celupkan makanan ke dalam najis dan air kencing lalu cucinya, akankah anda rasa berselera untuk makannya? Tidak kecuali anda kebulur, tidak kecuali anda telah hilang akal kerana telah hampir mati kebuluran. Tetapi anda tidak hampir mati kebuluran. Anda ada makanan untuk dimakan. Anda ada segala makanan vegan yang boleh dimakan. Anda ada segala produk alam sayur yang boleh dimakan. Anda tak perlu sentuh sehelai bulu orang-haiwan pun untuk terus hidup.

Okey, sangat mudah. Hanya menjadi vegan. Berakhlak mulia. Menjaga keamanan. Ingat akan Tuhan, ingat akan Buddha, memuji Tuhan, memuji Buddha. Itu saja. Taklah susah sangat. Berbuat baik. Anda buat apa yang boleh. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya bergembira apabila orang lain berbuat baik dan memuji mereka dalam hati dengan ikhlas. Berdoa kepada Buddha, melafazkan Nama Buddha, melafazkan Nama Santo, gelaran Tuhan, semuanya dengan penuh keikhlasan. Jangan hanya blah-blah seperti perakam tak berakal. Maka anda akan mendapat manfaat. Anda dapat lihatnya dgn cepat sekali juga

Baiklah, itu saja. Saya asyik ulangi perkara yang sama: Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berbuat Baik, Memuji Tuhan serta semua Santo dan Orang Suci yang melindungi anda, kasihi anda, menaikkan anda, membantu anda beri pembebasan kepada roh anda, membebaskan roh anda. Terima kasih. Semoga Tuhan makrifatkan anda semua dan bantu anda dengan sebarang cara yg anda perlukan yg Tuhan anggap wajar Setiap hari, saya tak dapat banyak berdoa atau memuji. Bagi doa peribadi saya, saya hanya kata “Syukur kepada Engkau, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tinggi, Yang Teragung drpd semuanya Yang Teragung atas segala-galanya yang Engkau anggap wajar utk diberikan kepada aku.” Itu doa saya. Saya tiada masa untuk duduk dan berdoa dengan senarai yg begitu panjang. Saya perlu uruskan banyak perkara dari segi fizikal dan rohani juga.

Tetapi Tuhan tahu saya ikhlas. Tuhan perlu tahu bahawa anda ikhlas. Semua Buddha, Guru dan Santo perlu tahu bahawa anda ikhlas. Mereka tahu sama ada anda ikhlas. Maka kehidupan anda akan menjadi lebih baik, dan dunia ini akan menjadi syurga, tanpa keraguan. Semoga Tuhan selamatkan kita supaya kita akan ingati semua itu. Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa mengampuni dan menyelamatkan kita. Amin. Syukur kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa. Terima kasih, semua Guru, semua Santo dan Orang Suci, semua Makhluk Mulia yang laksanakan Kehendak Tuhan. Amin. Buddha Amitabha atau A Di Đà Phật, Āmítuófó.

Photo Caption: Mencari Kecantikan Tanpa Musim

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (20/20)
1
2024-11-24
7150 Tontonan
2
2024-11-25
3735 Tontonan
3
2024-11-26
3574 Tontonan
4
2024-11-27
3306 Tontonan
5
2024-11-28
3104 Tontonan
6
2024-11-29
2930 Tontonan
7
2024-11-30
2987 Tontonan
8
2024-12-01
3026 Tontonan
9
2024-12-02
3096 Tontonan
10
2024-12-03
2602 Tontonan
11
2024-12-04
2445 Tontonan
12
2024-12-05
2364 Tontonan
13
2024-12-06
2387 Tontonan
14
2024-12-07
2274 Tontonan
15
2024-12-08
2225 Tontonan
16
2024-12-09
2187 Tontonan
17
2024-12-10
1996 Tontonan
18
2024-12-11
2172 Tontonan
19
2024-12-12
1970 Tontonan
20
2024-12-13
1893 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android