Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 7 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya syukur kpd Tuhan selama-lamanya atas tuah sebegini yang saya ada dalam hayat ini. Saya ada orang yang begitu baik, orang berbakat dan hati yang begitu baik, begitu sanggup mengorbankan keselesaan fizikal peribadi demi kebaikan semua makhluk di dunia. Saya amat berterima kasih selamanya. Semoga Tuhan berkati anda. Saya kasihi anda selama-lamanya. Anda tahu saya maksudkannya. Cuma saya tak tahu bagaimana lagi saya dapat bantu anda. Tulislah kepada saya lagi pada bila-bila saja jika anda perlukan apa-apa, benar-benar perlukan. Saya akan lihat apa yang boleh saya buat.

Dah tentu, apabila anda kurang selesa atau sakit, maka saya uruskannya dengan cara fizikal. Saya tulis kpd anda dan beritahu anda supaya pergi jumpa doktor, atau apa saja ubat atau rawatan yang saya tahu, saya beritahu anda. Saya memang beritahu sesetengah drpd anda. Jika ibu bapa anda alami masalah, saya juga bantu dengan sesuatu cara. Tetapi itu tiada apa-apa yang hebat. Itu langsung bukan apa-apa yang hebat untuk buat hati saya berasa senang, “Okey, saya telah buat kerja terbaik.” Bukan macam itu. Saya rasa begitu bersimpati dengan anda perlu begitu banyak berkorban. Dah tentu, itu untuk tujuan mulia. Kita semua tahu akan itu tetapi hati saya tetap tak dapat menjadi tenang, dan bukanlah saya dapat berhenti rasa bersimpati. Tidak, tak begitu mudah.

Tak apa, sekurang-kurangnya tahulah bahawa saya kasihi anda selama-lamanya dan amat berterima kasih. Saya sangat hormati anda sebagai manusia. Banyak daripada anda ialah orang suci. Saya tahu akan itu. Saya harap anda tahu akan itu tetapi tidak berasa megah. Hanya berasa gembira dan bangga dengan anda ialah orang baik dan anda berbuat baik. Anda memang membuat kerja paling baik, paling mulia yang boleh anda cari di dunia ini.

Buddha berkata bahawa berikan sedekah dengan cara material adalah sangat baik. Ia akan datangkan pahala dan sebagainya kepada anda tetapi hanya jika anda ikhlas serta hati anda murni dan tanpa syarat. Bukanlah anda berikan benda ini kepada biksu atau orang miskin supaya anda boleh mendapat pahala. Maka anda takkan mendapat apa pun. Atau mungkin sedikit pahala – – benda material yang akan mengikat anda ke dunia ini dan anda akan lahir semula, dan mungkin anda jatuh lagi. Ingatlah biksu yang ingat akan 600 hayat dan malah dapat pulang ke Alam Buddha Amitābha dari mana Beliau datang pada asalnya 600 tahun sebelum hayat sebelumnya sebagai manusia. Beliau tetap jatuh! Beliau tetap jatuh banyak kali, banyak hayat.

Jadi sentiasa ingatlah supaya mengkaji diri anda sebagaimana yang saya beritahu anda. Mengkaji di dalam, dan sentiasa berdoa kepada Tuhan, bersyukur kepada Tuhan kerana lindungi anda daripada godaan. Berterima kasih kepada semua Guru kerana pinjamkan Kuasa kepada anda, berikan Kuasa kepada anda supaya anda boleh menjadi cukup kuat untuk meneruskan jalan anda – jalan mulia, jalan penuh kasih sayang, jalan terbaik anda untuk membuat kerja terbaik yang dapat anda cari. Syurga tahu, Buddha tahu, Tuhan tahu, semua Guru tahu akan hati anda, cara anda bekerja. Anda bekerja tanpa syarat, langsung bukan untuk sebarang motif. Jika anda ada sebarang motif, hentikanlah supaya anda akan menjadi orang yang benar-benar mulia.

Saya kasihi anda semua, pasukan saya, atau pasukan tak langsung – sesiapa saja yg bantu dgn sebarang cara, hanya berikan kad Supreme Master TV saja pun dlm perjalanan, di dalam pesawat atau di mana-mana saja anda temui seseorang supaya mereka boleh menonton Supreme Master Television. Kerana itu satu-satunya bantuan yang mereka berikan. Mungkin mereka akan datang dan menjadi saudara seamalan anda dan itu akan menjadi bantuan terbaik yang diperlukan oleh mereka.

Anda semua harus cuba membuat tetapan di telefon, telefon tanpa SIM pun. Anda boleh membuat tetapan. Saya ada beberapa buah telefon yang juga dibuat tetapan 40 kuadrilion skrin yang dibuat tetapan oleh saudara seamalan anda. Anda tahu akan angka itu. Saya akan katakannya sekali lagi. Anda pergi ke tapak web yang dipanggil SupremeMasterTV.com/max. Saya malah perlu minta saudara seamalan anda yang tinggal jauh supaya bantu saya buat tetapan ini melalui telefon juga. Kerana banyak perkara saya tak tahu. Saya perlu tanya mereka melalui telefon. Anda tak perlu ada saudara seamalan yang tinggal di sebelah anda untuk minta mereka lakukan semua ini dan itu untuk anda. Sesetengah orang tahu. Mereka boleh beritahu anda melalui telefon, e-mel atau surat. Buatlah begitu. Banyak perkara, saya perlu tanya saudara seamalan anda melalui telefon kerana saya tak tahu banyak tentang teknologi tinggi. Saya hanya menerima rancangan untuk diedit dan hanya tahu menghantarnya. Ia sudah pun disediakan untuk saya lama sebelumnya.

Saya sedang berfikir, ada apa-apa lagi yang perlu saya beritahu anda? O ya! Saya tak nak mengejutkan anda tetapi berkemungkinan besar kita akan alami satu lagi pandemik yang sangat besar dan berkemungkinan besar itu tak dapat diubati juga. Pandemik ini akan hapuskan snagat banyak manusia. Jadi berhati-hatilah. Sentiasa memuji Tuhan, memuji semua Guru untuk perlindungan. Memuji semua Raja Syurga juga. Ada Raja-raja yang berlainan seperti Raja Keselamatan, Raja Perlindungan, malah Raja Perang, dah tentu, Raja Keamanan, Raja Angin, Raja Awan, Raja Hujan – begitu banyak Raja.

Kebanyakan drpd Mereka adalah baik, cuma Mereka perlu buat kerja Mereka. Seperti Raja Perang perlu timbulkan peperangan. Mereka perlu buat orang berperang kerana Mereka bekerja bersama untuk bersihkan planet ini juga. Bukanlah saya menentang mana-mana Raja Perang atau apa-apa seperti itu. Mereka semua datang kepada saya dengan penuh hormat juga, saya rasa pada bulan Mac tahun lalu. Masa berlalu dengan cepat sekali. Saya tak dapat ingat tarikhnya. Saya tulisnya dalam salah satu diari saya tapi tak mengapa. Anda berterima kasih kpd Mereka semua. Anda berterima kasih kpd Tuhan dulu, berterima kasih kepada Anak Tuhan, berterima kasih kepada semua Guru, berterima kasih kepada semua Santo dan Orang Suci. Dah tentu, jika anda penganut Buddha, anda boleh kata ‘Buddha’, ‘Bodhisattva’, dan berterima kasih kpd semua Pelindung, semua Raja kerana membuat kerja baik.

Setiap hari, saya tak dapat kata begitu banyak pun. Saya begitu sibuk. Anda tak tahu. Saya bangun selepas bermeditasi, dah sepanjang malam, dan saya keluar sangat awal lagi, pukul 8, dan mula bekerja. Sekarang dah pukul berapa? Pukul... saat. Sekarang pukul 1.29 pagi tetapi saya masih di sini. Saya baru menyiapkan fail yang diberikan. Kadangkala saya bergurau dengan salah seorang anggota pasukan. Saya kata, “Ini bos saya, itu bos saya,” kerana mereka beritahu saya apa yg nak dibuat. Mereka hantar kerja kepada saya dan saya perlu mematuhi mereka! Saya perlu buat apa yang mereka hantar kepada saya. Jadi siapa ialah bos? Saya bukan. Nampak tak? Jadi mereka ialah bos. Anda ialah bos saya. Anda buat kerja, hantar fail dan rancangan anda kepada saya untuk buat ini, buat itu. Perniagaan saya ialah bos saya juga. Banyak orang ialah bos saya tetapi saya satu orang saja.

Saya satu orang saja dan bekerja keras sekali kerana tiada sesiapa yang dapat gantikan saya, tidak sepenuhnya. Jadi saya ada kerja yang sangat keras. Jadi pd bila-bila boleh, saya bermeditasi, pada waktu malam saja. Siang hari, jarang. Pada waktu meditasi berkumpulan global pun, kadangkala saya perlu singkatkannya menjadi sedikit kurang daripada satu jam kerana kerja banyak berlonggok dan cemas. Saya tak boleh kata, “Okey, saya akan buat kemudiannya.” Tidak. Sebab itulah saya rasa begitu bersimpati dgn pasukan saya, kerana saya tahu mereka bekerja sekeras ini, atau mungkin kurang. Mereka ada lebih banyak masa sikit, jadi boleh lebih banyak bermeditasi. Tetapi bukan setiap hari macam itu.

Kadangkala mereka perlu bekerja sampai larut malam juga dan bangun pada awal pagi atau langsung tidak tidur kerana apabila mereka dah menyiapkan kerja cemas, contohnya Berita Selitan, ini ialah kerja tambahan bagi mereka dan kerja tambahan bagi saya, kemudian apabila mereka dah menyiapkan sebahagian daripadanya, sudah tiba masanya untuk bermeditasi pada waktu pagi, atau dah hampir tiba masanya, jadi baik pergi ke dewan meditasi dan duduk di sana kerana sampai waktu anda balik ke vila atau bilik anda, anda tiada masa untuk kembali tepat pada masanya untuk bermeditasi. Dah banyak tahun kami bekerja macam itu dan mungkin akan teruskan untuk banyak tahun lagi. Saya cuma khuatir saya tak begitu muda lagi untuk meneruskannya, jika saya dibenarkan untuk teruskan. Saya cuma risau tentang itu. Jika tidak, tiada apa-apa yang saya mahukan kecuali bekerja untuk membantu dunia dengan Rahmat Tuhan.

O ya! Tapak sesawang yang saya beritahu anda sebelumnya, SupremeMasterTV.com/max adalah untuk jika anda tahu caranya, anda boleh membuat tetapan di komputer atau telefon pintar mudah dibawa tanpa SIM pun, menjadi 40 kuadrilion skrin Supreme Master Television. Anda tak nampak gambar di telefon atau pada skrin. Anda boleh kekalkan satunya supaya anda dapat lihat. Titik-titik itu sangat kecil tetapi ada 40 kuadrilion skrin di belakangnya.

Jika anda ada seperti tiga buah telefon tanpa SIM yg dibuat tetapan itu, maka anda ada 120 kuadrilion skrin. Itu sangat banyak. Satu kuadrilion saya rasa ialah satu ribu trilion. Jenis tenaga yang tertumpu, amat besar dan kuat itu akan berkati rumah, kawasan persekitaran, kampung, pekan atau bandar anda. Jika banyak orang buat begitu, akan berkati negara anda, berkati dunia. Jadi kita akan ada bencana yang kurang.

Excerpt from a heartline from Hudson in the United States: Guru Tertinggi Tersayang dan pasukan Supreme Master Television, Baru-baru ini saya temui pautan yang menyiarkan 40 kuadrilion skrin yang memaparkan Supreme Master Television dan mula gunakannya 24 jam setiap hari di rumah dan ke mana-mana saja saya pergi. Ia telah mengubah pengalaman hidup saya sepenuhnya, meningkatkan amalan spiritual saya dan hapuskan segala rasa takut yang saya ada tentang masa depan.

Dengan alat ini setiap orang boleh menjadi ejen penyembuh bagi planet kita dan menyebarkan Berkat besar Guru ke mana-mana saja mereka pergi. Saya sangat sensitif dengan tenaga dan dulu rasa terganggu oleh tenaga di tempat-tempat yang berlainan dan orang yang saya temui serta tenaga umum dunia ini. Saya tidak alami itu lagi. Saya dapat mengekalkan keadaan minda yang ceria. Daripada terpengaruh oleh dunia, saya bawa bersama saya pautan yang secara aktif bersihkan semua persekitaran yang saya masuki ini.

Persekitaran rumah saya sangat negatif disebabkan oleh situasi kesihatan mental dan fizikal ahli keluarga. Namun, ia telah berubah sepenuhnya. Saya gunakan semua peranti saya untuk memaparkan satu skrin. Ini telah membuat perbezaan. Sekarang persekitaran sangat positif dan semua ahli keluarga saya telah bertambah baik secara mendadak dari segi mental, emosi, rohani dan fizikal.

Saya nasihati anak saudara saya supaya buka pautan ini di rumahnya. Dia buat begitu. Anak saudara saya yang lain yang tidak mengetahui ini beritahu saya bahawa dia alami kesedaran spiritual pada sekitar masa yang sama dengan waktu pautan ini dibuka di rumahnya. Saya hanya boleh bayangkan apa akan berlaku di dunia kita jika orang di merata tempat buka pautan ini sepanjang masa. Ini alat terbaik yang pernah saya temui untuk membawa Berkat besar Syurga ke Bumi. Saya rasa ia juga dapat mempercepat realisasinya Vegan Sedunia, Keamanan Dunia. […]

Ini pautannya: https://www.youtube.com/@folia999/streams Ia boleh dijumpai dengan mencari di YouTube: SMTV Triple Compound Interest Adalah dinasihati supaya membuat rakaman skrin pautan ini untuk dimainkan apabila sambungan internet tidak tersedia. Anda juga boleh membuat risalah dengan lakukan tangkap layar pautan ini dan cetaknya.

Tolonglah, galakkan semua orang supaya menjadi vegan kerana tenaga bunuh ialah apa yang paling buruk yang boleh kita ada untuk hidup kita, untuk dunia kita, kerana tenaga bunuh akan menarik tenaga bunuh. Yang sama saling menarik.

Photo Caption: Melindungi yang Wajar Dilindungi

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/20)
1
2024-11-24
7150 Tontonan
2
2024-11-25
3735 Tontonan
3
2024-11-26
3574 Tontonan
4
2024-11-27
3306 Tontonan
5
2024-11-28
3104 Tontonan
6
2024-11-29
2930 Tontonan
7
2024-11-30
2987 Tontonan
8
2024-12-01
3026 Tontonan
9
2024-12-02
3096 Tontonan
10
2024-12-03
2602 Tontonan
11
2024-12-04
2445 Tontonan
12
2024-12-05
2364 Tontonan
13
2024-12-06
2387 Tontonan
14
2024-12-07
2274 Tontonan
15
2024-12-08
2225 Tontonan
16
2024-12-09
2187 Tontonan
17
2024-12-10
1996 Tontonan
18
2024-12-11
2172 Tontonan
19
2024-12-12
1970 Tontonan
20
2024-12-13
1893 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android