Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 15 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya juga sering membuat tawaran kepada biksu. Saya tidak berdiskriminasi antara biksu, paderi yang makan daging orang-haiwan, atau paderi atau biksu yang tidak makan daging. [...] Mungkin ini bergantung kepada tradisi tetapi biasanya makan apa-apa saja yang diberikan di dalam mangkuk anda. Itu saja. Sekarang, jika anda sudah kenal sangat orang, anda boleh beritahu mereka, “Tolong berikan makanan vegan saja.” Kerana sebagai seorang biksu, anda berbelas kasihan. Sebab itulah anda ingin menjadi biksu. Anda ingin menjadi Buddha supaya anda dapat bantu orang lain mengurangkan penderitaan mereka.

Makan daging menyebabkan banyak penderitaan kepada orang-haiwan, badan anda sendiri juga. Mungkin anda mendapat penyakit disebabkan itu. Ini juga sangat memudaratkan bagi planet ini kerana metana yang dihasilkan, tanpa disedari atau disedari, daripada penternakan orang-haiwan akan memanaskan planet ini. Sebab itulah kita ada perubahan iklim sekarang. Sebab itulah kita ada begitu banyak bencana dahsyat yang melanda seperti banjir dahsyat, taufan dahsyat, ribut dahsyat, tambahan, lebih banyak daripada biasa dan tidak pada masa yang dijangkakan.

Jika anda sukai jenis kehidupan itu, sudah lakukan ini untuk masa yang panjang dan tak dapat berubah, maka mungkin itu takdir anda untuk melakukannya. Tapi tolonglah pilih vegan supaya orang-haiwan tak perlu menderita untuk anda walaupun anda tak dengar raungan mereka. Anda tak nampak mereka dibunuh tetapi anda tahu dari mana datangnya daging orang-haiwan. Jangan terlalu sibuk, tidak ingati ini atau mengkaji itu. Anda boleh lihat di internet dan filem untuk lihat bagaimana orang-haiwan diseksa sepanjang hidup di dalam petak kecil. Mereka tak dapat bergerak masuk pun, apalagi berpusing. Anda boleh lihat di Supreme Master Television kami. Kami memaparkan itu kadangkala. Saya sakit hati tetapi kami terpaksa. Pada realitinya, lagi teruk daripada apa yang kita lihat. Itu hanya sedikit paparan sepintas lalu pada skrin kerana itu setiap hari bagi mereka. Itu bukan hanya beberapa saat yang berlalu pada skrin tetapi itu hari setiap hari, sepanjang hidup mereka.

Mereka begitu banyak, begitu banyak menderita. Mereka berendam di dalam air kencing dan tahi mereka. Mana boleh anda malah makan itu, makan penderitaan dan kotoran juga? Anda seorang biksu. Anda orang yang mulia. Anda berhasrat tinggi. Anda berhasrat untuk menjadi Buddha, puncak semua ciptaan. Tetapi anda makan kotoran ini? Anda makan jenis daging yang menyebabkan penderitaan yang tak terperikan kepada semua makhluk hidup ini. Anda sepatutnya menyelamatkan mereka. Anda sepatutnya bantu mereka meminimumkan penderitaan. Tetapi makan daging orang-haiwan akan buat anda berada dalam kesejukan. Tidak, maksud saya dalam kepanasan neraka. Maaf, biksu. Saya bercakap benar. Saya bersumpah kepada Buddha, saya bercakap benar. Agaknya anda tahu akan itu. Karma.

Anda tahu akan hukum karma. Apa yang anda semaikan, itulah yang akan anda tuai. Sama juga dalam agama Kristian, sama juga dalam agama-agama lain. Jika anda berpeluang untuk pergi ke neraka, anda akan tahu apa yang saya katakan. Saya harap anda tak berpeluang untuk pergi ke sana – bukan untuk penderitaan, bukan untuk pergi ke sana untuk diadili dan mendapat hukuman, hukuman yang menggerunkan, tetapi hanya untuk melawat, jika anda ada pahala yang mencukupi untuk itu. Hanya orang yang berhati murni dan berpahala boleh pergi melawat neraka. Jika tidak, pada saat anda pergi ke sana, siaplah, habislah. Anda akan sakit selama-lamanya. Beberapa hari saja pun, dah kelihatan macam selama-lamanya, apalagi terdapat neraka selama-lamanya.

Saya tidak maksudkan anda perlu berhenti meminta sedekah kerana mungkin negara anda teruskan jenis gaya hidup itu, jadi anda perlu lakukannya bersama mereka. Tetapi anda perlu beritahu penderma, penawar supaya berikan makanan vegan saja kpd anda. Lepas itu, mereka semua akan tahu itu dan akan berikannya kepada anda. Lebih rela mati kelaparan daripada melakukan karma bunuh kerana ia akan kembali kepada anda 10,000 kali ganda atau lebih drpd itu, bergantung kpd berapa lama anda hidup, berapa banyak anda makan, berapa banyak orang-haiwan yang anda tanam di dalam perut anda seperti perkuburan.

Sekarang, mungkin keluar untuk meminta makanan ialah takdir anda. Saya tak menyalahkan anda. Tiada sesiapa yang menyalahkan anda kerana kita semua ada takdir kita, sebagai biksu pun. Kita ada karma kita. Kita dah ada takdir kita yang telah ditetapkan. Anda tak dapat ubahnya kecuali anda menjadi bermakrifat dan benar-benar keluar daripada kitaran lahir dan mati.

Ada seorang biksu yang merupakan Raja Pengemis. Dia sejenis Raja Pengemis, sama seperti banyak raja yang lain, cuma sejenis raja yang berbeza. Dia Raja Pengemis tetapi menjadi biksu dalam hidup fizikal. Dia juga keluar untuk minta sedekah setiap hari. Dia pergi ke mana-mana saja, bukan hanya di dalam kampung atau kampung halamannya saja. Jadi dia tak dapat mengubah itu pun. Mungkin jika dia banyak berdoa, dia dapat mengubah, dapat menetap di sesuatu tempat dan biar orang yang ikut dia, hormati dia, datang beri tawaran kepada dia. Itu lebih selamat bagi dia dan lebih mudah bagi orang datang melawat. Tetapi jika anda merupakan Raja Pengemis, kemudian menjadi biksu dan pergi minta sedekah, maka itu takdir anda. Tetapi jika orang tersilap anggap takdir anda sebagai peringkat Buddha dan menobatkan anda sebagai Buddha, maka itu tidak baik utk anda sama sekali.

Ada banyak alam, bukan dunia kita saja, anda tahu akan itu. Alam Syaitan, Alam Hantu Ghairah, alam… segala jenis. Terdapat juga alam yang dipanggil ‘Alam Menghukum’. Banyak orang-anjing berada di alam ini. Banyak orang-anjing ialah pegawai atau raja alam ini. Orang-anjing itu akan mengadili orang dari alam mereka: siapa baik, siapa jahat. Mereka buat sesetengah pengadilan, bukan semua pengadilan, dah tentu. Tetapi mengikut kuasa dan kedudukan mereka, mereka boleh mengadili manusia juga. Jadi malang menimpa sesiapa yang makan daging orang-anjing! Ya Tuhan! Mereka tak tahu apa yang menanti mereka. Ini salah satu alam. Saya tahu akan itu. Tapi dah tentu, bukan setiap manusia tahu akan alam ini. Jadi mereka juga membantu. Mereka juga ada tugas untuk mengadili manusia mengikut pahala atau dosa mereka. Pastinya, jika anda bukan kawan orang-anjing, jika anda mendera orang-anjing atau jika anda makan orang-anjing – ya Tuhan. Oh,semoga Tuhan tolong anda

Ada banyak alam yang lain seperti Alam Karma, Alam Perang, Alam Damai. Setiap alam ada seorang raja. Ada sebuah lagi alam yang dipanggil ‘Alam Memahkota’. Alam Memahkota itu ada seorang raja juga. Seorang biksu merupakan Raja Pengemis. Tetapi dalam hidup fizikal juga, dia seorang biksu yang minta sedekah. Jika orang, pengikut agama itu – mungkin agama Buddha contohnya – jika orang, pengikut, penganut agama Buddha tersilap anggap kezahidan minta sedekah sebagai makrifat tinggi atau malah pencapaian Buddha, dan jika biksu pengemis itu tidak membetulkan itu, malah dalam hatinya berasa megah, berasa gembira, berasa seronok kerana orang memuja dia, menawarkan benda kepada dia, memuji dia dan memperlakukan dia seperti Buddha, dan dia gembira dengan semua itu, maka dia akan mendapat susah kerana Alam Memahkota takkan menyukai itu. Mereka takkan menerima itu. Ini perkara yang banyak biksu tak faham.

Kerana jika karma, takdir biksu itu belum berakhir tetapi orang dah kata dia seorang Buddha dan seumpamanya secara silap, atau hanya kerana terlalu percaya kepada ajaran Buddha dan terlalu ingin, terlalu dahaga untuk melihat kesucian dalam diri biksu... tetapi mereka harus tahu bahawa kesucian tak bermakna kezahidan. Kezahidan boleh membantu sikit, bergantung kepada keadaan juga. Jadi sekarang jika biksu pengemis itu, takdir menjadi biksu yang minta sedekah belum berakhir sebagai Raja Pengemis tetapi sudah berkata di sana sini atau menerima orang memanggil dia sebagai Buddha atau memperlakukan dia seperti Buddha dan dalam hati dia gembira dengan dipuja, disembah dan diberi tawaran macam itu, maka Alam Memahkota takkan senang hati. Mungkin mereka menimbulkan banyak kesusahan atau menghalang dia menjadi Buddha kemudiannya, meskipun dia berhasrat.

Kerana setiap orang di dunia kita ada tugas untuk membuat sesuatu. Jika anda tidak lakukannya, anda perlu lakukannya sekali lagi sehingga anda lakukannya dgn sempurna sebagaimana yang seharusnya. Semua orang, bukan hanya biksu pengemis atau Raja Pengemis yang menjadi biksu. Kerana macam itu, dia menyesatkan orang dan menunjukkan arah yang tak betul kepada orang, memuja orang yang tak betul, makhluk yang tak betul yang tidak layak dipuja dan tidak membuat kerja raja dengan sempurna sebagai Raja Pengemis sebenarnya. Macam itulah. Ada banyak raja di seluruh Alam Semesta. Setiapnya buat kerja yang berlainan, uruskan kerja yang berlainan.

Jadi Raja Pengemis tak boleh buat lebih banyak daripada hanya pergi mengemis, jadi dia tak dapat membantu diri juga. Tetapi dia juga boleh berhenti dan mengemis di satu tempat. Sementara itu, di dalam, dia juga perlu menjaga pengemis. Mungkin dia tak tahu akannya pun jika dia tak cukup bermakrifat. Maka dia tak tahu siapa dia dan apa yang dibuatnya secara tak sedar sementara dia di planet ini sebagai manusia, dalam bentuk manusia. Dia perlu menjaga semua pengemis. Jadi apabila mereka dalam kesusahan, dia perlu pergi ke sana dan menenangkan atau bantu mereka dgn apa yang boleh. Tetapi jika dia rasa seronok diletak di atas kekaki, dipanggil sebagai Buddha dan tidak mahu turun dari sana atau terlalu selesa berada di sana, maka pahalanya akan ditolak dengan banyak sekali.

Jika dia tak dapat menyiapkan kerjanya dalam hayat ini sebagai Raja Pengemis – dia tidak buat dengan baik kerana tidak bertumpu pada itu, hanya bertumpu pada dipuja, disembah, menerima tawaran, disujud dan sebagainya, maka dia tak dapat ada masa dan tumpuan yang mencukupi untuk membantu pengemis dan melaksanakan tugasnya sebagai Raja Pengemis. Hayat seterusnya, jika bertuah, dia perlu terus menjadi Raja Pengemis sekali lagi sehingga dia lakukannya dengan sempurna. Atau dia perlu menjadi pengemis biasa, dilucutkan mahkota, kedudukannya, bergantung kepada berapa banyak dia mengabaikan kerjanya.

Photo Caption: Jalan Terbentang, Menyenangkan atau Tidak, Mesti Ikut

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (15/20)
1
2024-11-24
7150 Tontonan
2
2024-11-25
3735 Tontonan
3
2024-11-26
3574 Tontonan
4
2024-11-27
3306 Tontonan
5
2024-11-28
3104 Tontonan
6
2024-11-29
2930 Tontonan
7
2024-11-30
2987 Tontonan
8
2024-12-01
3026 Tontonan
9
2024-12-02
3096 Tontonan
10
2024-12-03
2602 Tontonan
11
2024-12-04
2445 Tontonan
12
2024-12-05
2364 Tontonan
13
2024-12-06
2387 Tontonan
14
2024-12-07
2274 Tontonan
15
2024-12-08
2225 Tontonan
16
2024-12-09
2187 Tontonan
17
2024-12-10
1996 Tontonan
18
2024-12-11
2172 Tontonan
19
2024-12-12
1970 Tontonan
20
2024-12-13
1893 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android