Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 11 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi jagalah diri baik-baik. Di rumah anda, selamat, jadi anda tak perlu pakainya. Tetapi apabila anda keluar terutama pada hari berangin, pakai pelitup muka taklah memudaratkan terutama hari ini kita ada begitu banyak penyakit baharu yang datang. Jangan ingat saya suka beritahu anda semua ini untuk seronok-seronok. Tidak. Kerana apa-apa yang saya beritahu anda untuk dibuat, saya perlu menanggung karma atas itu atau berkongsi karma daripada anda atas itu. Jadi jagalah diri baik-baik, maka saya akan rasa sekurang-kurangnya pengorbanan saya berbaloi, ia membantu anda. Meskipun saya tahu begitu byk drpd anda tidak dengar, namun saya tak dapat tidak beritahu. Saya nampak visi penderitaan dan rasa perlu memberitahu.

Jadi tolonglah jaga diri. Jaga diri sebanyak yang boleh. Angin memang membawa sesuatu yang buruk. Saya rasa mungkin secara saintifik, ini terbukti juga, atau ia nyatakan itu. Anda boleh tinjau di internet. Tetapi saya tidak tersilap.

Walaupun saya tiada bukti atau penyelidikan, saya pasti macam itu. Itu logik. Angin meniupkan apa-apa saja, mana-mana saja! Virus, bakteria dan sebagainya ada di mana-mana saja! Jika angin kencang bertiup ke dalam hidung anda, maka hidung anda tak dapat menapis dengan secukupnya. Melalui mulut anda, ia masuk terus dan akan merosakkan badan anda atau buat anda sakit.

Excerpts from “Importance of Wearing a Mask” by World Health Organization South-East Asia Region – WHO SEARO – June 2, 2021: Salah satu langkah paling selamat yang boleh kita ambil adalah pakai pelitup muka untuk memastikan diri kita dilindungi. Setiap kali seseorang bercakap, bernyanyi, bersin atau bernafas pun, titisan mikroskopik yang mengandungi virus yg boleh bawa maut dilepaskan. Titisan ini boleh begitu kecil sehingga anda tak dapat lihatnya. Lebih-lebih lagi, titisan kecil ini tak perlu jatuh pada seseorang baru menjangkitinya. Memakai pelitup muka bertindak sebagai pelindung, menghalang titisan kecil daripada tersebar di udara dan menghalang titisan kecil luar daripada datang kepada anda. Pelitup muka menghalang titisan kecil daripada jatuh ke atas permukaan atau orang lain dan jangkiti orang lain juga. Risiko jangkitan berkurangan dengan setiap langkah pencegahan yang diambil. Jika tiada sesiapa yg pakai pelitup muka, risiko jangkitan adalah paling tinggi. Risiko ini berkurangan dengan ketara apabila semakin banyak orang memakai pelitup muka. Pelitup muka ialah barisan pertahanan pertama terhadap virus pernafasan. Apabila anda memakai pelitup muka dengan betul, menutup muka dan hidung serta memastikan tiada celah di antara pelitup muka dan muka, anda melindungi diri daripada virus dan menghalangnya daripada sampai kepada orang tersayang atau mereka yang mungkin berisiko.

Saya masih ingat di Munich – München, di Jerman – kadangkala ada angin khusus yang bertiup ke kawasan Munich. Kemudian banyak orang akan menjadi gila-gila, berbuat buruk, malah membunuh. Jadi pada waktu angin tertentu seperti itu, ada kelonggaran daripada kerajaan bagi hukuman atau denda terhadap penjenayah itu. Jadi sebenarnya ia dapat dibuktikan, seperti itu di Munich. Saya tak pasti sama ada anda dapat carinya tetapi ia terkenal di Jerman. Dulu saya di Munich selama beberapa tahun. Mungkin anda masih boleh buat kajian tentang itu, tentang Munich dan angin khusus yang buat orang menjadi gila-gila dan hilang akal, hilang taakulan dan buat perkara buruk yang biasanya mereka takkan buat. Kerajaan memaafkan, kenakan hukuman yang banyak dikurangkan, kurang daripada biasa.

Jadi tolonglah jaga diri. Apabila ada banyak angin, sekurang-kurangnya pakai pelitup muka. Letak satu atau beberapa pelitup muka di dalam kocek, beg tangan anda sepanjang masa supaya pada bila-bila anda perlukannya, anda pakainya. Semasa anda juga masuk ke dalam tandas awam, anda memakainya kerana apabila orang mengepam tandas, titisan air yang kecil, sangat halus akan berterbangan ke merata tempat dalam udara. Anda tak dapat tunggu terlalu lama untuk itu mati baru masuk kerana mungkin anda berada dalam barisan, contohnya di lapangan terbang. Maka anda hanya memakai pelitup muka. Apabila anda keluar, laplah muka dengan disinfektan atau sabun. Cuci muka dengan sabun. Buat sesuatu untuk melindungi diri anda. Anda ialah satu-satunya orang yang paling kasihi diri sendiri dan pelindung diri sendiri yang terbaik. Jadi buatlah sesuatu. Okey? Tolonglah. Saya minta maaf jika saya menyinggung perasaan anda sementara bercakap tetapi semua ini dilakukan dengan hati yang ikhlas demi kebaikan anda sendiri. Semoga Tuhan berkati kita semua. Amin. Semoga Buddha menaikkan kita semua kepada makrifat dan pembebasan di bawah Rahmat Tuhan. Amin.

Jadi lagi banyak anda beramal dengan ikhlas lagi baik. Orang luar yang bukan anak murid Tuhan saya, tolong berpatah balik, tolong jadi vegan, tolong bertaubat, tolong berdoa kepada Tuhan, berdoa kpd semua Santo dan Orang Suci untuk melindungi anda, bantu anda, beri pembebasan kepada anda, sekurangnya tidak pergi ke neraka. Saya bantu sebanyak yang boleh. Seperti yang saya dah kata, jika anda secara ikhlas bertaubat kepada Tuhan, memuji Tuhan dan menjadi vegan untuk selamatkan orang-haiwan yg menderita, maka meskipun anda panggil nama saya sekali saja dengan hati yang murni, saya akan datang kpd anda pada waktu anda meninggalkan dunia ini. Saya janjikan itu kepada anda. Syurga dan Bumi tahu bahawa saya bercakap benar kepada anda. Buat apa saya beritahu anda ini?

Anda tidak berikan apa pun kpd saya. Saya tidak ambil apa-apa pun drpd anda. Saya tak berjumpa dengan anda pun, agar anda datang bersujud kepada saya atau apa-apa. Saya tidak benarkan sesiapa pun bersujud kepada saya dan semua anak murid Tuhan saya tahu akan itu. Saya tak perlukan sebarang kemasyhuran Saya tak perlukan sebarang tawaran fizikal, apa-apa pun! Saya tak pernah ambil apa-apa pun daripada mana-mana anak murid saya. Jadi anda tak kehilangan apa-apa pun, hanya ingat akan saya pada waktu kematian anda atau pada waktu susah anda, dengan sepenuh hati, segala keikhlasan anda serta bertaubat, memuji Tuhan, berdoa kpd Tuhan agar melindungi anda, biar anda ingat akan Dia, biar Santo dan Orang Suci bantu anda pulang ke Rumah kerana dunia ini bukanlah Rumah sebenar anda. Ia sentiasa berubah. Ia boleh rosak. Ia boleh musnah. Ia boleh hilang juga, seperti salah satu Zuhrah atau Marikh – menjadi tak tahan, tak boleh didiami juga.

Tolonglah, apa-apa yg saya beritahu anda selama ini, semuanya benar. Sebabnya Tuhan beritahu saya bahawa saya perlu dedahkan identiti saya sebagai Buddha Maitreya dan Nabi Isa yang kembali – itu sama, Kedua-duanya Orang yang sama – adalah kerana saya perlu umumkannya kepada seluruh Alam Semesta supaya semua Raja dan Syurga akan kembali dan bantu saya semula. Jika tidak, Mereka akan tinggalkan saya sendirian, dan banyak daripada anda yang ada afiniti dengan Syurga, Raja-raja, Syurga-Syurga yang berlainan tak dapat dibantu jika Mereka tinggalkan saya, tinggalkan misi saya. Saya perlu menuntut semula semua Kuasa yang dimiliki oleh Buddha Maitreya untuk membantu dunia. Jika tidak, saya tidak perlukan apa pun, Kuasa itu pun tidak. Saya cukup baik untuk pergi ke Syurga. Saya tidak berbuat mudarat. Saya sentiasa bersama Syurga dan Tuhan. Saya tak perlukan Kuasa tambahan. Tetapi saya memang perlukan itu untuk menyelamatkan lebih banyak drpd anda atau juga dapat menyelamatkan seluruh planet, memulihkannya semula menjadi tempat yang boleh didiami, ceria supaya anda semua, semua anak dan cucu-cicit anda dapat nikmatinya.

Sama seperti, contohnya, Presiden Trump. Beliau orang kaya, multibilionwan. Beliau tak perlu menjadi presiden, merisikokan nyawa-Nya bagi bertanding dalam pilihan raya macam itu. Selepas pilihan raya pun, ada satu lagi percubaan meragut nyawa-Nya yang dilaporkan. Itu dilaporkan secara rasmi oleh Jabatan Kehakiman, dan sekarang Perkhidmatan Rahsia malah ada anjing robot yang berlari di sekeliling rumah-Nya untuk melindungi Beliau. Saya cuma harap Syurga berikan lebih banyak perlindungan juga. Saya buat apa yang boleh juga, dah tentu. Tetapi sebelum pilihan raya, saya sudah menulis nota untuk beri amaran kepada Beliau.

Mesej Guru kepada Presiden Trump: akan ada satu lagi percubaan bunuh terhadap Tuan, sebelum dan selepas pilihan raya. Pakailah alat perlindungan semasa berada di khalayak ramai, sentiasanya. Belilah dan gunakan kutleri perak peribadi, sentiasanya. Jika ia bertukar menjadi warna hitam selepas dicelupkan ke dalam makanan, jangan makan makanan itu, beracun! Jagalah diri Tuan untuk dunia. Sentiasa bersyukur kepada Tuhan atas Tuhan Kasihi/ Berkati/ Lindungi!

Saya tak tahu bagaimana hantarnya kepada Beliau. Saya tak tahu berapa banyak orang akan menapis penulisan saya, jadi saya tak menulis. Saya beritahu Beliau sebagai nota di Supreme Master Television kita. Saya beritahu-Nya bahawa Beliau perlu memakai pakaian pelindung dan juga tidak makan makanan beracun dengan gunakan peralatan perak untuk mengesan racun tetapi itu hanya yang minimum, asas. Ada sesetengah racun yang mungkin tak dapat dikesan. Hari ini, dunia begitu rendah sehingga kita ada segala jenis racun, segala jenis benda toksik, malah dalam udara, dengan gaya hidup kita sendiri. Jadi hanya atas cinta-Nya kepada rakyat Amerika, kpd dunia, saya beri amaran kpd Beliau tentang beberapa perkara saja. Saya harap Beliau menjadi lebih sedar akan hidup-Nya yang berharga dan lebih ingat supaya bersyukur kepada Tuhan agar melindungi Beliau.

Saya rasa jauh lebih senang hati selepas Beliau terpilih. Jadi saya tak perlu risau atau bermeditasi untuknya lagi, atau berdoa untuk Beliau, atau buat segala jenis perkara yang berkaitan dgn hal itu, secara tak nampak, dah tentu. Pelindung Syurga juga bekerja bersama saya, dah tentu. Sekarang saya berkata, bagi Presiden Trump, saya pasti hati-Nya bukan untuk kemasyhuran atau untung. Saya pasti. Saya boleh jamin itu kepada anda. Saya dapat lihat dengan jelas. Beliau hanya nak bantu negara-Nya. Beliau hanya ghairah dengan rakyat, negara-Nya. Beliau nak buatnya menjadi tempat yang lebih baik. Banyak orang di dunia juga buat banyak perkara untuk buat dunia ini menjadi tempat yang lebih baik. Jadi Presiden Trump ialah salah satu drpd mereka, cuma mungkin lebih ghairah daripada banyak daripada mereka, banyak orang yg lain.

Jadi disebabkan itu, Beliau perlu alami banyak kesusahan, kehilangan banyak wang, kehilangan banyak masa, banyak galakan, banyak ketenangan, banyak kebahagiaan keluarga bersama isteri, anak-Nya, bersama anak-anak lain, jadi sesetengah anak-Nya pun tidak mahu keluar dan bantu Beliau berkempen kerana barangkali Beliau beritahu mereka supaya jangan datang, kerana itu hanya akan gangguan jiwa mereka, terutama jika mereka ada anak kecil, mereka perlu menjaga anak kecil. Ibu bapa perlu berada di sisi, kuat dan ceria untuk anak, tak boleh sentiasa diugut di sana sini dan pulang ke rumah, jiwa terganggu.

Tetapi Presiden Trump juga ada waktu lesu, takut, tetapi Beliau teruskan. Wira bukanlah orang yang tidak takut akan apa-apa pun tetapi orang yang takut tetapi terus membuat kerja-Nya. Itu wira sejati.

Photo Caption: Musim Bunga ialah Peringatan untuk Menyegarkan Hati bagi Membaharui Kebaikan

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (11/20)
1
2024-11-24
7150 Tontonan
2
2024-11-25
3735 Tontonan
3
2024-11-26
3574 Tontonan
4
2024-11-27
3306 Tontonan
5
2024-11-28
3104 Tontonan
6
2024-11-29
2930 Tontonan
7
2024-11-30
2987 Tontonan
8
2024-12-01
3026 Tontonan
9
2024-12-02
3096 Tontonan
10
2024-12-03
2602 Tontonan
11
2024-12-04
2445 Tontonan
12
2024-12-05
2364 Tontonan
13
2024-12-06
2387 Tontonan
14
2024-12-07
2274 Tontonan
15
2024-12-08
2225 Tontonan
16
2024-12-09
2187 Tontonan
17
2024-12-10
1996 Tontonan
18
2024-12-11
2172 Tontonan
19
2024-12-12
1970 Tontonan
20
2024-12-13
1893 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android