Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 8 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tapak sesawang yang saya beritahu anda sebelumnya, SupremeMasterTV.com/max adalah untuk jika anda tahu caranya, anda boleh membuat tetapan di komputer atau telefon pintar mudah dibawa tanpa SIM pun, menjadi 40 kuadrilion skrin Supreme Master Television. Satu kuadrilion saya rasa ialah satu ribu trilion. Jenis tenaga yang tertumpu, amat besar dan kuat itu akan berkati rumah, kawasan persekitaran, kampung, pekan atau bandar anda. Jika banyak orang buat begitu, akan berkati negara anda, berkati dunia. Jadi kita akan ada bencana yang kurang. […]

Tolonglah, galakkan semua orang supaya menjadi vegan kerana tenaga bunuh ialah apa yang paling buruk yang boleh kita ada untuk hidup kita, untuk dunia kita, kerana tenaga bunuh akan menarik tenaga bunuh. Yang sama saling menarik. Cepat atau lambat, kita akan alami bencana, peperangan yang akan bunuh kita, bunuh anak kita, bunuh generasi seterusnya, bunuh ekonomi dunia kita, bunuh segalanya yang kita hargai, sukai dan sayangi, malah orang tersayang kita, dah tentu. Jadi cubalah galakkan semua orang supaya menjadi vegan.

Sesiapa yg dengar kata-kata saya sekrg, segera berubahlah menjadi vegan untuk selamatkan nyawa anda, roh anda. Jika anda berubah menjadi vegan dan bertaubat secara ikhlas, meskipun anda hanya panggil nama saya satu kali saja, saya sumpah kpd semua Syurga, neraka, Bumi dan Tuhan Yang Maha Berkuasa bahawa saya akan bawa anda ke Syurga. Sekurang-kurangnya anda takkan pergi ke neraka. Sekurang-kurangnya anda akan menjadi manusia semula jika anda tidak cukup ikhlas atau karma anda terlalu berat.

Jika anda buat begitu, tolonglah, maka kita masih ada harapan untuk menyelamatkan dunia kita. Jika tidak, dengan terlalu banyak orang mati, terlalu banyak kemusnahan, bukan setiap kerajaan ada wang tambahan yang mencukupi untuk bina semula kehidupan anda, kampung anda, rumah anda. Mungkin mereka dapat, dari segi fizikal, material, tetapi mereka tak dapat bina semula kehilangan orang tersayang anda, rumah baik yang anda ada segala kenangan baik, manis. Ia berbeza. Selepas bencana, anda takkan rasa sama lagi. Anda akan ada parut selama-lamanya selagi anda masih hidup.

Tolonglah menjadi vegan. Bukan untuk saya. Untuk diri anda sendiri, untuk dunia, untuk planet ini, untuk keamanan dan pembebasan anda, dan dah tentu, dari segi fizikal, untuk anak anda. Mereka sedang membesar. Mereka harus mewarisi planet yang indah. Tetapi jika kita musnahkan segalanya, maka bagaimana mereka hidup? Mungkin ia belum berlaku lagi di bandar anda, jadi anda tak nampak kemusnahannya.

Tetapi lihatlah di internet, anda akan nampak begitu banyak kemusnahan. Begitu banyak orang mati disebabkan banjir tak terjangka, ribut tak terjangka, gempa bumi tak terjangka, segala jenis bencana, dan juga penyakit baharu tak terjangka atau kembalinya penyakit lama atau mungkin penyakit tak terubat yang mendatang, menular dengan pantas, berjangkit. Oh, dahsyatnya! Saya tak nak beritahu anda visinya kerana saya sedang cuba kurangkannya. Saya tak nak menakutkan anda juga tetapi tolonglah sangat berjaga-jaga sekarang. Sentiasa memikirkan Tuhan. Sentiasa sedia dengan hati anda sentiasa bersama Syurga, bersama Tuhan, memuji Tuhan, berdoa agar mendapat perlindungan. Tetapi anda sendiri ada segala perlindungan yang anda perlukan, percayalah.

Jika anda hanya hidup bermoral, menjadi vegan, secara ikhlas percaya kpd Tuhan, Buddha, Santo, Orang Suci, Nabi Isa dan Guru-guru lain, Nabi-nabi lain, moga-moga Tuhan beri kesejahteraan ke atas Mereka semua, maka anda dilindungi. Jika anda berhubungan dengan Kuasa Pelindung Alam Semesta, maka anda dilindungi. Jika tidak, tiada rumah, tiada kereta, tiada bank besar, apa pun yang dapat lindungi anda. Bukanlah Tuhan menghukum kita. Karma kitalah yang wujudkan situasi banjir, ribut, cuaca memusnah, gempa bumi, penyakit, pandemik yang dahsyat dll. Kita yang buat semua itu kerana kita tidak ingati Tuhan. Kita tidak ingat untuk berhubung dengan Sumber kebijaksanaan, perlindungan sebenar, kebahagiaan, kegembiraan sebenar dan kemakmuran sebenar kita, fizikal pun. “Kamu carilah Kerajaan Tuhan dulu, kemudian segalanya akan ditambahkan kepada kamu.”

Saya masih ingat sebuah cerita Yahudi. Ia panjang tapi saya akan pendekkannya. Ada seorang wanita tua. Dia bekerja untuk seorang wanita kaya. Pada waktu Paskah – waktu Paskah, perayaan untuk mengingati peristiwa mereka menyeberangi laut dari Mesir, dan dibebaskan daripada perhambaan. Nabi Musa memimpin mereka. Jadi ada perayaan yang sangat besar. Pada waktu Paskah itu, wanita kaya tersebut sediakan segala jenis benda dan segala-galanya, dan memandang rendah terhadap wanita miskin yang langsung tiada apa-apa pun untuk Paskah ini. Tetapi apa yang boleh dibuatnya? Dia tiada banyak, jadi keluar, hanya mencuci pakaian di anak sungai. Kemudian dia masih percaya kepada Tuhan, memuji Tuhan dan sebagainya. Bukanlah disebabkan oleh kemiskinannya dia menjadi miskin dalam imannya juga. Tidak, tidak, dia seorang pemuja Tuhan sejati. Jadi dia mencuci pakaian untuk wanita kaya itu. Kemudian ada seorang lelaki tua yang datang tanya dia, “Oh! Sekarang waktu Paskah. Adakah kamu dah sediakan byk makanan dan minuman serta pakaian yang elok, segala-galanya untuk perayaan ini? Rumahmu pasti dah sedia dengan banyak makanan dan segala jenis minuman baik untuk diminum bersama keluarga, kan? Kamu pasti dah sedia, kan? Kamu pasti dah sedia, kan?” Jadi wanita ini hanya berkata, “Memuji Tuhan, bersyukur kpd Tuhan.” Itu saja. Kemudian lelaki itu tinggalkan sana, pergi dari situ atau hilang.

Dia kata ‘memuji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan’ saja. Dia tak kata ya, tidak. Dia hanya kata, “Oh! Memuji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan.” Kerana lelaki itu tanya dia, seolah-olah dia telah sediakan segala-galanya di rumah dengan banyak untuk perayaan Paskah yang penting itu. Tetapi dia hanya kata, “Oh! Syukur kepada Tuhan, memuji Tuhan.” Kemudian apabila dia pulang ke rumah, dia lihat rumahnya penuh dengan segala-galanya! Sama seperti yang keluarga kaya ada, untuk dia dan keluarganya. Oh! Dah tentu, seluruh keluarga berlutut, bersyukur kepada Tuhan, memuji Tuhan dan nikmati semua itu.

Wanita kaya itu sentiasa memandang rendah terhadap wanita miskin ini. Kebetulan dia berlalu untuk lihat, hanya nak memandang rendah terhadap dia dan mengejek atau memfitnah dia supaya tahu bahawa dia tiada apa-apa pun agar dia boleh ketawa atau katakan perkara buruk untuk menyakiti perasaan wanita ini. Tetapi apabila dia datang ke rumah wanita miskin ini, dia nampak segala-galanya! Wau, lagi banyak, lagi lazat, lagi cantik daripada sediaan di rumahnya sendiri untuk Paskah! Jadi dia tanyanya, “Apa telah berlaku? Mengapa?” Jadi wanita miskin ini, dah tentu, berhati murni sekali, ​​beritahu dia segalanya dengan jujur: bahawa dia temui seorang lelaki, dia hanya mencuci, mencuci dan membersih, kerja kasar, kemudian orang tua itu datang tanya dia ini dan itu tentang Paskah, dan dia hanya kata, “Memuji Tuhan, bersyukur kpd Tuhan,” kemudian apabila pulang ke rumah, dia ada semua ini.

Jadi wanita kaya tersebut dengar itu juga. Oleh sebab tamak, dia pulang ke rumah untuk ambil apa-apa saja yang boleh, pergi ke anak sungai dan buat kerja kasar, secara simbolik saja, dah tentu, dia tak pernah bekerja. Jadi dia melakukan itu, mencuci periuk dan membasuh mop kotor atau apa-apa saja yang dibuatnya. Lelaki itu keluar. Lelaki itu muncul dan tanya dia, “Oh, sekarang waktu Paskah! Adakah kamu sediakan segala-galanya untuk bersyukur kepada Tuhan, nikmatinya bersama keluarga dan meraikan perayaan Paskah?” Dia kata, “Tidak, tidak, saya miskin. Saya tiada apa-apa pun di rumah. Tidak, tiada apa-apa pun. Tolong berikan sesuatu kepada saya.” Jadi lelaki itu tinggalkan sana lepas itu. Apabila dia pulang ke rumah, dia jangkakan rumahnya akan ada segala-galanya lebih daripada apa yang dia dah ada, sekurang-kurangnya seperti rumah wanita miskin ini, dgn segala-galanya. Tetapi apabila dia pulang ke rumah, segala-galanya hilang. Tiada apa-apa pun yang tertinggal di rumahnya seperti yang telah disediakannya. Apa yang dibuatnya hanyalah mengeluh, menghentakkan kaki dan menangis.

Mengapa berbeza? Kerana wanita ini tidak ikhlas. Dia tak benar-benar percaya kepada Tuhan atau apa-apa pun. Walaupun dia mahukan sesuatu, dia tak kata, “Memuji Tuhan atas itu,” atau “Berdoa agar Tuhan berikan kpd saya,” pun. Dia menuntut, macam lelaki itu perlu datang ke sana dan berikan benda kepadanya. Jadi dah tentu, dia takkan mendapatnya. Jadi lihatlah, hati adalah penting, bukan apa yang sentiasa kita doakan, atau dakwa bahawa kita cintai Tuhan atau kita percaya kepada Buddha atau Nabi Isa, tetapi kita perlu benar-benar jadi semua itu. Kita perlu menjadi keikhlasan itu. Kita perlu menjadi keteringinan itu. Kita perlu bersatu dengan apa yang kita mahukan. Benar-benar, kita ialah ‘mahu’. Kita hanya mahu balik ke Syurga. Kita hanya mahu mendapat pembebasan kerana itu paling penting.

Apa kebaikannya kepada kita jika kita ada segala-galanya tetapi apabila mati, tiada apa-apa pun, dan perlu pergi ke neraka atasnya? Atau pergi ke peringkat yg lebih rendah, bukan peringkat manusia pun, atau meskipun kita pergi ke Syurga tapi tinggal sangat singkat saja di Syurga kemudian kita perlu kembali ke kitaran hidup dan mati, kitar semula secara berulangan untuk menjadi segala jenis makhluk: malah orang-haiwan, orang-haiwan yang menderita, hantu dan syaitan neraka dan sebagainya. Apa kebaikannya kepada kita? Jadi pembebasan ialah sesuatu yg benar, paling baik. Jangan menjadi hamba kepada neraka ini lagi. Dunia ini telah... Saat, saya akan tanya dulu sama ada saya boleh beritahu anda atau tidak. Saat. Saya akan kembali.

Photo Caption: Kecantikan Melangkaui Hujungnya

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/20)
1
2024-11-24
7150 Tontonan
2
2024-11-25
3735 Tontonan
3
2024-11-26
3574 Tontonan
4
2024-11-27
3306 Tontonan
5
2024-11-28
3104 Tontonan
6
2024-11-29
2930 Tontonan
7
2024-11-30
2987 Tontonan
8
2024-12-01
3026 Tontonan
9
2024-12-02
3096 Tontonan
10
2024-12-03
2602 Tontonan
11
2024-12-04
2445 Tontonan
12
2024-12-05
2364 Tontonan
13
2024-12-06
2387 Tontonan
14
2024-12-07
2274 Tontonan
15
2024-12-08
2225 Tontonan
16
2024-12-09
2187 Tontonan
17
2024-12-10
1996 Tontonan
18
2024-12-11
2172 Tontonan
19
2024-12-12
1970 Tontonan
20
2024-12-13
1893 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android